Daripada Jabir رضي الله عنه: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu bertanya: Bagaimana jika aku menunaikan solat yang diwajibkan, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan tidak menambah lebih daripada itu, adakah aku akan masuk syurga? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Ya.»
Lelaki itu berkata: “Demi Allah, aku tidak akan menambah lebih daripada itu."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan tanpa menambah sebarang solat sunat, berpuasa pada bulan Ramadan tanpa puasa sunat, meyakini kehalalan perkara yang halal dan melakukannya serta meyakini keharaman perkara yang haram dan menjauhinya, maka dia akan masuk syurga.
Faedah
Seorang Muslim harus berusaha menunaikan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram, dengan tujuan utamanya adalah untuk masuk syurga.
Kepentingan melakukan yang halal dan meyakini kehalalannya, serta mengharamkan yang haram dan meyakini keharamannya.
Melakukan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram adalah sebab masuk ke syurga.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 44) (15).
جامع العلوم والحكم (1/513). شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 215).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين للعباد (ص 77).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com