عن أبي سعيد الخُدْريِّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ».
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan supaya mengubah kemungkaran iaitu segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya menurut kemampuan. Maka apabila seseorang melihat kemungkaran, wajiblah dia mengubahnya dengan tangan sekiranya berkemampuan. Sekiranya dia tidak mampu (mengubah dengan tangan), hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, iaitu dengan menegur pelakunya, menjelaskan kemudaratannya serta membimbingnya kepada kebaikan sebagai ganti kejahatan tersebut. Sekiranya dia tidak mampu sampai kepada tahap ini, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan berazam bahawa jika dia mampu mengubahnya, dia pasti akan melakukannya. Mengubah dengan hati merupakan tahap iman yang paling lemah dalam usaha mengubah kemungkaran.
Faedah
- Hadis ini merupakan asas dalam menjelaskan tingkatan-tingkatan mencegah kemungkaran.
- Perintah supaya beransur-ansur mencegah kemungkaran adalah setiap orang mengikut kemampuan dan kesanggupannya.
- Mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang agung dalam agama dan tidak gugur tanggungjawabnya daripada sesiapa pun, bahkan setiap Muslim dipertanggungjawabkan mengikut kemampuan dirinya.
- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran termasuk dalam ciri-ciri keimanan dan iman itu bertambah dan berkurang.
- Syarat dalam mencegah kemungkaran ialah mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah mungkar.
- Syarat dalam mengubah kemungkaran ialah perbuatan itu tidak mendatangkan kemungkaran yang lebih besar daripadanya.
- Mencegah kemungkaran mempunyai adab dan syarat yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim.
- Mencegah kemungkaran memerlukan kebijakan syariah, ilmu dan pandangan yang tajam.
- Tidak ingkar dengan hati menunjukkan kelemahan iman.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 69).
جامع العلوم والحكم (2/245).
المعين على تفهم الأربعين (ص 393).
شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 336).
البحر المحيط الثجاج (2/204).
فتح القوي المتين للعباد (ص 116).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنُؤَاخَذُ بِمَا عَمِلْنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ؟ قَالَ: «مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ لَمْ يُؤَاخَذْ بِمَا عَمِلَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ أُخِذَ بِالْأَوَّلِ وَالْآخِرِ».
Daripada Ibn Mas'ūd RA, beliau berkata: Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami lakukan pada zaman Jahiliah?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan kemuliaan memeluk Islam, Dan bahawa sesiapa yang memeluk Islam dan baik keislamannya, serta ikhlas dan benar, maka dia tidak akan dihisab atas perbuatan-perbuatan maksiat yang telah dilakukannya pada zaman jahiliyah, Sesiapa yang melakukan kejahatan dalam Islam dengan menjadi seorang munafik atau murtad daripada agamanya, maka dia akan dihisab atas amalannya semasa dalam kekafiran dan juga atas amalannya semasa dalam Islam.
Faedah
- Keprihatinan para sahabat رضوان الله عليهم dan ketakutan mereka terhadap amal perbuatan yang pernah mereka lakukan pada zaman jahiliah.
- Galakan untuk tetap teguh di atas Islam.
- Keutamaan memeluk Islam dan bahawa ia menghapuskan amalan-amalan terdahulu.
- Orang murtad dan munafik akan dihisab atas setiap amalan yang dilakukannya pada zaman jahiliah, dan atas setiap dosa yang dilakukannya dalam Islam.
Rujukan
صحيح البخاري (9/ 14) (6921).
صحيح مسلم (1/ 111) (120).
مشارق الأنوار على صحاح الآثار (2/229).
الكواكب الدراري (24/43).
عمدة القاري شرح صحيح البخاري (24/ 76).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قال: جَاءَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلُوهُ: إِنَّا نَجِدُ فِي أَنْفُسِنَا مَا يَتَعَاظَمُ أَحَدُنَا أَنْ يَتَكَلَّمَ بِهِ، قَالَ: «وَقَدْ وَجَدْتُمُوهُ؟» قَالُوا: نَعَمْ، قَالَ: «ذَاكَ صَرِيحُ الْإِيمَانِ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ datang, lalu mereka bertanya kepada baginda: “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Sekumpulan para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم datang lalu bertanya kepada Baginda tentang perkara-perkara besar yang mereka dapati dalam diri mereka, yang terasa amat berat untuk diucapkan kerana keburukannya dan kebencian mereka terhadapnya, Maka Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apa yang kamu rasakan ini adalah keimanan yang tulus dan keyakinan sejati, yang mendorong kamu menolak apa yang dibisikkan syaitan di dalam hati, serta penolakan kamu untuk melafazkannya dan perasaan betapa besarnya perkara itu dalam diri kamu. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menguasai hati kamu, berbeza dengan orang yang syaitan telah menguasai hatinya dan tidak lagi ada penentangan daripadanya."
Faedah
- Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, di mana kuasanya hanyalah sekadar bisikan.
- Tidak membenarkan dan menerima waswas yang terlintas di dalam hati, kerana sesungguhnya ia berpunca daripada syaitan.
- Bisikan syaitan tidak memudaratkan orang yang beriman, namun hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada bisikannya, dan berhenti daripada terus melayaninya.
- Seorang Muslim tidak seharusnya berdiam diri terhadap perkara yang tidak jelas baginya dalam urusan agama, sebaliknya dia perlu bertanya untuk mendapatkan penjelasan.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 119) (132)، معالم السنن (4/174)، المفهم للقرطبي (1/344)، شرح النووي على مسلم (2/154)، البحر المحيط الثجاج (3/622).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَخْلَقُ فِي جَوْفِ أَحَدِكُمْ كَمَا يَخْلَقُ الثَّوْبُ الْخَلِقُ، فَاسْأَلُوا اللَّهَ أَنْ يُجَدِّدَ الْإِيمَانَ فِي قُلُوبِكُمْ».
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya iman juga melapuk dalam dada seseorang, seperti lapuknya bajunya. Maka pintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian."
رواه الحاكم والطبرانيDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa iman menjadi lapuk di dalam hati seorang Muslim dan melemah, sama seperti pakaian baharu yang menjadi lapuk kerana lama digunakan; Ini adalah kerana lemahnya ibadah, atau melakukan maksiat dan tenggelam dalam syahwat. Maka Nabi ﷺ membimbing kita agar berdoa kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperbaharui iman kita, dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan, memperbanyakkan zikir dan istighfar.
Faedah
- Galakan untuk memohon kepada Allah ketetapan dan memperbaharui iman di dalam hati.
- Iman ialah pengakuan, amalan dan iktikad, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat.
Rujukan
المستدرك على الصحيحين للحاكم (1/ 45) (5)، المعجم الكبير للطبراني (13/ 36) (84)، النهاية في غريب الحديث والأثر، ص(282)، النهاية (1/316)، فيض القدير (2/323)، التنوير شرح الجامع الصغير (3/434).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com