عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: «اللهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا، لَعَنَ اللهُ قَوْمًا اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala", Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid."
رواه أحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ berdoa kepada Tuhannya agar tidak menjadikan kubur baginda seperti berhala yang disembah manusia dengan mengagungkannya dan menghadapnya ketika sujud. Kemudian, baginda ﷺ memberitahu bahawa Allah telah menjauhkan dan mengusir dari rahmat-Nya sesiapa yang menjadikan kubur para nabi sebagai masjid; kerana menjadikan kubur sebagai masjid adalah jalan yang membawa kepada penyembahannya dan kepercayaan terhadapnya.
Faedah
Melampaui batas syarak pada kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh menyebabkannya disembah selain daripada Allah, maka wajiblah berhati-hati daripada jalan-jalan syirik.
Tidak dibenarkan menjadikan kubur sebagai tujuan untuk diagungkan dan dijadikan tempat ibadah, walau bagaimana mulia sekalipun kedudukan penghuninya di sisi Allah Taala.
Pengharaman Membina Masjid Di Atas Perkuburan.
Pengharaman solat di kubur, walaupun tidak dibina masjid, kecuali solat jenazah yang belum disolatkan.
Rujukan
مسند أحمد (12/ 314) (7358).
فتح المجيد شرح كتاب التوحيد، لعبد الرحمن التميمي (1/ 434).
القول المفيد على كتاب التوحيد، لمحمد بن عثيمين (1/ 434).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص178).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص194).
التمهيد لشرح كتاب التوحيد، لصالح آل الشيخ (ص51).
مشكاة المصابيح، للتبريزي (1/ 234).
Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: “Tidak, demi Kaabah.” Lalu beliau berkata: “Janganlah bersumpah dengan selain Allah, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:” "Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."
رواه أبو داود والترمذي وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, maka dia telah kufur kepada Allah atau melakukan syirik; kerana perbuatan bersumpah itu menuntut pengagungan terhadap sesuatu yang dijadikan sumpah, dan keagungan itu hanyalah milik Allah semata-mata; maka tidak boleh bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya SWT, Sumpah ini termasuk dalam syirik kecil tetapi, jika orang yang bersumpah mengagungkan apa yang disumpahkannya sepertimana dia mengagungkan Allah Taala atau lebih dahsyat lagi, maka pada ketika itu ia menjadi Syirik Akbar.
Faedah
Sesungguhnya pengagungan melalui sumpah adalah hak Allah SWT, maka tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
Kesungguhan para sahabat dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, khususnya jika kemungkaran tersebut berkaitan dengan syirik atau kufur.
Rujukan
سنن الترمذي (3/ 194) (1535).
سنن أبي داود (5/ 154- 155) (3251).
مسند أحمد (9/ 249) (5346)، (9/ 275) (5375)، (10/ 249) (6072).
فتح المجيد شرح كتاب التوحيد، لعبد الرحمن التميمي (ص413).
القول المفيد على كتاب التوحيد، لابن عثيمين (2/ 214).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص326).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص365).
التمهيد لشرح كتاب التوحيد، لصالح آل الشيخ (ص452).
فتاوى اللجنة الدائمة، (1/ 343).
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «مَنْ لَقِيَ اللهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ لَقِيَهُ يُشْرِكُ بِهِ دَخَلَ النَّارَ».
Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memberitahu bahawa sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka kesudahannya adalah syurga sekalipun dia diazab atas sebahagian dosanya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mensyirikkan Allah akan kekal di dalam neraka.
Faedah
Keutamaan bertauhid dan bahawa ia adalah sebab keselamatan daripada kekal dalam neraka.
Dekatnya syurga dan neraka kepada hamba, dan bahawasanya tiada antara dia dan kedua-duanya melainkan kematian.
Amaran daripada syirik, sama ada sedikit mahupun banyak, kerana keselamatan daripada neraka adalah dengan menjauhinya.
Iktibar pada amalan adalah berdasarkan kesudahannya.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 94) (93).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص49).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص60).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com