Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik

عن ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أنه سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: لَا وَالْكَعْبَةِ، فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: لَا يُحْلَفُ بِغَيْرِ اللَّهِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ».
Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: “Tidak, demi Kaabah.” Lalu beliau berkata: “Janganlah bersumpah dengan selain Allah, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:” "Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."
رواه أبو داود والترمذي وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, maka dia telah kufur kepada Allah atau melakukan syirik; kerana perbuatan bersumpah itu menuntut pengagungan terhadap sesuatu yang dijadikan sumpah, dan keagungan itu hanyalah milik Allah semata-mata; maka tidak boleh bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya SWT, Sumpah ini termasuk dalam syirik kecil tetapi, jika orang yang bersumpah mengagungkan apa yang disumpahkannya sepertimana dia mengagungkan Allah Taala atau lebih dahsyat lagi, maka pada ketika itu ia menjadi Syirik Akbar.

Faedah
  1. Sesungguhnya pengagungan melalui sumpah adalah hak Allah SWT, maka tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Kesungguhan para sahabat dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, khususnya jika kemungkaran tersebut berkaitan dengan syirik atau kufur.
Rujukan

سنن الترمذي (3/ 194) (1535). سنن أبي داود (5/ 154- 155) (3251). مسند أحمد (9/ 249) (5346)، (9/ 275) (5375)، (10/ 249) (6072). فتح المجيد شرح كتاب التوحيد، لعبد الرحمن التميمي (ص413). القول المفيد على كتاب التوحيد، لابن عثيمين (2/ 214). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص326). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص365). التمهيد لشرح كتاب التوحيد، لصالح آل الشيخ (ص452). فتاوى اللجنة الدائمة، (1/ 343).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Polytheism

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com