Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «مَنْ لَقِيَ اللهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ لَقِيَهُ يُشْرِكُ بِهِ دَخَلَ النَّارَ».
Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka kesudahannya adalah syurga sekalipun dia diazab atas sebahagian dosanya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mensyirikkan Allah akan kekal di dalam neraka.

Faedah
  1. Keutamaan bertauhid dan bahawa ia adalah sebab keselamatan daripada kekal dalam neraka.
  2. Dekatnya syurga dan neraka kepada hamba, dan bahawasanya tiada antara dia dan kedua-duanya melainkan kematian.
  3. Amaran daripada syirik, sama ada sedikit mahupun banyak, kerana keselamatan daripada neraka adalah dengan menjauhinya.
  4. Iktibar pada amalan adalah berdasarkan kesudahannya.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 94) (93). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص49). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص60).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Polytheism

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com