Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Disbelief

2 hadis

kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، ابْنُ جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ، وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ، فَهَلْ ذَاكَ نَافِعُهُ؟ قَالَ: «لَا يَنْفَعُهُ، إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا: رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ».
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ telah mengkhabarkan mengenai Abdullah bin Jud'an, dan beliau merupakan salah seorang pembesar Quraisy sebelum Islam, Antara perbuatan baiknya ialah dia menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya, memberi makan orang miskin, dan lain-lain amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam, namun amalan-amalan ini tidak akan memberinya manfaat di akhirat. Hal ini kerana kekufurannya kepada Allah, dan kerana dia tidak pernah sekalipun berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan.”

Faedah
  1. Penjelasan kelebihan iman, dan bahawa ia ialah syarat bagi penerimaan amal ibadah.
  2. Menjelaskan keburukan kekufuran, dan bahawa ia membatalkan amalan-amalan soleh.
  3. Amalan-amalan orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di akhirat kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
  4. Amalan seseorang semasa kafir akan tetap dicatat untuknya apabila dia memeluk Islam, dan dia akan menerima balasannya.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 196) (214)، شرح النووي على مسلم (3/87)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 459)، إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري (4/ 170)، التنوير شرح الجامع الصغير (2/364)، فتح المنعم (2/54)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (3/ 455).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنَ اللَّيْلَةِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: «هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ، فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ، وَأَمَّا مَنْ قَالَ: بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا، فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي وَمُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ».
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah selepas hujan yang turun pada malamnya. Setelah selesai solat, baginda menghadap orang ramai, lalu bersabda: «Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya', maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Dan adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan disebabkan bintang sekian dan sekian', maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menunaikan solat Subuh di Hudaibiyah -iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Mekah- selepas hujan yang turun pada malam itu, Setelah baginda memberi salam dan selesai solatnya, baginda menghadap orang ramai, lalu bertanya kepada mereka: "Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu Azza wa Jalla?" Maka mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Maka beliau berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan ketika turunnya hujan: golongan yang beriman kepada Allah SWT, dan golongan yang kafir kepada Allah SWT. Maka adapun sesiapa yang berkata: “Kita diturunkan hujan dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,” dan menyandarkan penurunan hujan kepada Allah SWT; maka dia adalah seorang yang beriman kepada Allah, Sang Pencipta lagi Pengatur alam ini, dan kafir terhadap bintang. Adapun sesiapa yang berkata: "Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian dan sekian"; maka dia adalah kafir kepada Allah, beriman kepada bintang, dan ia adalah kufur kecil kerana dia menisbahkan penurunan hujan kepada bintang; sedangkan Allah tidak menjadikannya sebagai sebab syar‘i mahupun qadari, Adapun sesiapa yang menyandarkan turunnya hujan dan kejadian-kejadian lain di bumi kepada pergerakan bintang-bintang ketika terbit dan terbenamnya, dengan meyakini bahawa ia adalah penyebab sebenar, maka dia telah kafir dengan kekufuran yang besar.

Faedah
  1. Ucapan yang disunnahkan setelah turun hujan: "Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah."
  2. Sesiapa yang menisbahkan nikmat turunnya hujan dan selainnya kepada bintang sebagai pencipta dan pengadanya, maka dia kafir dengan kekufuran yang besar, dan jika dia menisbahkannya sebagai satu sebab, maka dia kafir dengan kekufuran yang kecil kerana ia bukanlah sebab yang syar'i mahupun hissi.
  3. Nikmat menjadi sebab kepada kekufuran apabila tidak disyukuri, dan menjadi sebab kepada iman apabila disyukuri.
  4. Larangan daripada berkata: "Hujan diturunkan kepada kita oleh bintang sekian-sekian," walaupun tujuannya untuk merujuk waktu; bagi menutup jalan yang membawa kepada syirik.
  5. Kewajipan menggantungkan hati kepada Allah Ta’ala dalam meraih nikmat dan menolak bala.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 169) (846)، صحيح مسلم (1/ 83) (71)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (2/ 484)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 260).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com