Nabi ﷺ telah mengkhabarkan mengenai Abdullah bin Jud'an, dan beliau merupakan salah seorang pembesar Quraisy sebelum Islam, Antara perbuatan baiknya ialah dia menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya, memberi makan orang miskin, dan lain-lain amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam, namun amalan-amalan ini tidak akan memberinya manfaat di akhirat. Hal ini kerana kekufurannya kepada Allah, dan kerana dia tidak pernah sekalipun berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan.”
- Penjelasan kelebihan iman, dan bahawa ia ialah syarat bagi penerimaan amal ibadah.
- Menjelaskan keburukan kekufuran, dan bahawa ia membatalkan amalan-amalan soleh.
- Amalan-amalan orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di akhirat kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
- Amalan seseorang semasa kafir akan tetap dicatat untuknya apabila dia memeluk Islam, dan dia akan menerima balasannya.
صحيح مسلم (1/ 196) (214)، شرح النووي على مسلم (3/87)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 459)، إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري (4/ 170)، التنوير شرح الجامع الصغير (2/364)، فتح المنعم (2/54)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (3/ 455).