Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Islam

15 hadis

Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ: «إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ، فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ، فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ، وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ».
Dari Ibnu 'Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka lima solat pada setiap hari dan malam, jika mereka mentaatinya, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka zakat; diambil daripada orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang fakir mereka, jika mereka mentaatinya, maka janganlah engkau mengambil harta-harta pilihan mereka, dan takutilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada penghalang antaranya dengan Allah»."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Apabila Nabi ﷺ mengutus Mu'az bin Jabal RA ke negeri Yaman sebagai pendakwah kepada Allah dan guru, baginda menerangkan kepadanya bahawa dia akan berhadapan dengan kaum daripada kalangan Nasrani; agar dia bersiap sedia untuk mereka, kemudian hendaklah dia memulakan dakwahnya kepada mereka dengan mendahulukan yang terpenting kemudian yang penting, Maka dia menyeru mereka untuk memperbaiki akidah terlebih dahulu; dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah; Kerana dengannya mereka memeluk Islam, maka apabila mereka tunduk mematuhinya, mereka diperintahkan untuk menunaikan solat; kerana ia ialah kewajipan yang teragung selepas Tauhid, Maka apabila mereka telah mendirikannya, Baginda memerintahkan orang kaya mereka untuk membayar zakat harta mereka kepada orang miskin mereka, kemudian memberinya amaran agar tidak mengambil harta yang terbaik; kerana yang wajib adalah yang pertengahan. Kemudian Baginda mewasiatkannya untuk menjauhi kezaliman, agar orang yang dizalimi tidak berdoa menentangnya, kerana sesungguhnya doanya diperkenankan.

Faedah
  1. Maksud syahadah 'La ilaha illallah' ialah mengesakan Allah dengan ibadah, dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya.
  2. Maksud syahadah bahawa Muhammad itu Rasulullah ialah beriman kepada Baginda ﷺ, membenarkan risalah yang dibawanya, dan meyakini bahawa Baginda adalah rasul Allah yang terakhir kepada seluruh umat manusia.
  3. Bahawa berbicara dengan orang alim dan orang yang mempunyai syubhah tidak sama seperti berbicara dengan orang jahil. Oleh itu, Baginda memberi peringatan kepada Mu'az dengan sabdanya: "Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum ahli kitab."
  4. Kepentingan seorang Muslim untuk jelas dan faham tentang agamanya, supaya dapat melepaskan diri daripada syubhah-syubhah golongan yang menimbulkan keraguan, dan hal itu adalah dengan menuntut ilmu.
  5. Kebatalan agama Yahudi dan Nasrani selepas pengutusan Rasulullah ﷺ, dan mereka bukanlah daripada kalangan orang yang selamat pada hari kiamat sehinggalah mereka memeluk Islam dan beriman kepada Nabi ﷺ.
Rujukan

صحيح البخاري (2/ 119) (1458)، (2/ 128) (1496)، (9/ 114) (7372). صحيح مسلم (1/ 50) (19). فتح الباري لابن حجر (13/ 349). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح فوزان (ص54). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص64).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ».
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat, apabila mereka melakukan semua itu, maka darah dan harta mereka terpelihara daripadaku kecuali menurut hak (menurut) Islam, dan perhitungan mereka di sisi Allah.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah memerintahkan baginda untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tiada sekutu bagi-Nya dan mereka mengakui Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Rasul-Nya, serta melaksanakan tuntutan syahadah itu dengan menegakkan solat lima waktu dan menunaikan zakat yang wajib kepada yang berhak (mendapatnya). Apabila mereka sudah melakukan perkara-perkara tersebut maka Islam memelihara nyawa dan harta mereka, tidak halal membunuh mereka melainkan jika mereka melakukan jenayah atau kesalahan yang memang layak dikenakan hukuman mati menurut hukum Islam. Kemudian pada hari kiamat, Allah SWT akan mengadili mereka kerana Dia Maha Mengetahui segala yang tersimpan dalam hati mereka.

Faedah
  1. Hukum-hukum syarak hanya terpakai pada perkara yang zahir, manakala Allah SWT mengadili perkara yang tersembunyi dalam hati.
  2. Kepentingan dakwah kepada mengesakan Allah kerana ia merupakan perkara pertama yang harus didahulukan dalam menyampaikan agama.
  3. Hadis ini tidak bermaksud memaksa orang kafir memeluk Islam, sebaliknya mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan melainkan menghalang dakwah Islam, maka barulah dibenarkan tindakan peperangan menurut hukum Islam.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 14) (25). صحيح مسلم (1/ 53) (22). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل السعدي (ص23). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص125).

Hadis ini di HadeethEnc.com

‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رضي الله عنه قَالَ: كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ، فَأَصْبَحْتُ يَوْمًا قَرِيبًا مِنْهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ: «لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ البَيْتَ» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ: الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ» قَالَ: ثُمَّ تَلاَ: «{تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ}، حَتَّى بَلَغَ {يَعْمَلُونَ}» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ، وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: «رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا نَبِيَّ اللهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ: «كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا» فَقُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ».
Daripada Mu‘az bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: “Aku pernah bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan, suatu pagi aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku amalan yang memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya. Iaitu, sembahlah Allah dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan apa pun, dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan tunaikan haji ke Baitullah.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat malam seorang lelaki…’ Lalu baginda membaca: {Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur mereka} sehingga sampai pada {mereka beramal}. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Mahukah aku beritahu kepadamu permulaan segala urusan semuanya, tiangnya dan puncak bukitnya?’ Aku menjawab: ‘Tentu sekali, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: “Permulaan segala urusan itu ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan puncaknya ialah jihad.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku beritahu kunci bagi semua itu?’ Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Nabi Allah.’ Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: ‘Tahanlah lidahmu ini.’ Aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah, apakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami ucapkan?’ Baginda bersabda: ‘Apalah kau ini, wahai Mu‘az! Manusia tidak akan dilempar ke dalam neraka di atas wajah atau hidungnya melainkan kerana akibat lidah mereka.’”
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمدDarjatصحيح بمجموع طرقه
Huraian

Mu‘az رضي الله عنه berkata: “Aku berada bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: “Engkau telah bertanya amalan yang besar lagi berat kepada diri, namun ia mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya; tunaikanlah kewajipan-kewajipan Islam:” Pertama: Sembahlah Allah sahaja dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Kedua: Dirikanlah solat lima waktu yang wajib setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak, dengan menunaikan syarat, rukun, dan kewajipannya. Ketiga: Tunaikanlah zakat yang wajib, iaitu ibadah harta yang diwajibkan ke atas setiap harta yang mencapai kadar tertentu menurut syarak, diberikan kepada yang berhak menerimanya. Keempat: Berpuasalah pada bulan Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat ibadah, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Kelima: Tunaikanlah haji ke Baitullah dengan niat menunaikan ibadah haji sebagai suatu ibadah kerana Allah Ta‘ala. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan yang membawa kepada pintu-pintu kebaikan? Iaitu dengan mengikuti kewajipan-kewajipan tersebut disertai amalan-amalan sunat:” Pertama: Puasa sunat, ia berfungsi sebagai perisai daripada terjerumus ke dalam maksiat dengan menahan nafsu dan melemahkan kekuatan syahwat. Kedua: Sedekah sunat memadamkan dosa setelah dilakukannya, menghilangkan dan menghapus kesannya. Ketiga: Solat Tahajjud pada sepertiga malam yang terakhir. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم membaca firman Allah Ta‘ala: {Mereka menjauhkan punggung mereka daripada tempat tidur mereka, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan solat, zikir dan bacaan Al-Quran, dengan rasa takut dan mengharap, dan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka membelanjakan nya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang Kami sediakan untuk mereka sebagai kesenangan mata} iaitu nikmat yang menyenangkan pandangan mereka di Hari Kiamat dan di syurga, {sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan}. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu asal agama, tiangnya yang menjadi sandarannya, dan kemuncaknya?” Mu‘az رضي الله عنه menjawab: “Tentu sekali, wahai Rasulullah.” Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pokok segala urusan ialah Islam, iaitu dua kalimah syahadah; dengannya terbina pada diri seseorang asas agama.” Tiangnya ialah solat; tiada Islam tanpa solat, sebagaimana tiada rumah tanpa tiang. Sesiapa yang menegakkan solat, kukuhlah agamanya dan bertambah tingginya darjatnya. Manakala puncak tertingginya ialah jihad, iaitu berusaha gigih menentang musuh agama demi meninggikan kalimah Allah. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu cara menjaga dan menyempurnakan segala yang telah disebutkan tadi?” Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: “Tahanlah ini dan janganlah engkau bercakap tentang perkara yang tidak berkait denganmu.” Mu‘az bertanya: “Adakah Tuhan kita akan menghukum, menghitung, dan membalas kita atas setiap apa yang kita ucapkan?” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga ibumu kehilangan kamu!” Ini bukan bermaksud doa buruk ke atasnya, tetapi ia merupakan ungkapan orang Arab untuk menarik perhatian terhadap perkara yang patut diambil cakna dan dimaklumi. Kemudian baginda bersabda: “Tidaklah manusia dilempar dan dijatuhkan ke dalam api neraka atas muka mereka, kecuali akibat dari lidah mereka, berupa kekufuran, tuduhan, cercaan, mengumpat, mengadu domba, fitnah, dan seumpamanya.”

Faedah
  1. Para sahabat رضي الله عنهم sangat bersemangat menuntut ilmu, oleh itu mereka kerap bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم mengenainya.
  2. Para sahabat رضي الله عنهم memiliki kefahaman yang mendalam kerana mereka mengetahui bahawa amal perbuatan adalah sebab untuk memasuki syurga.
  3. Soalan yang diajukan oleh Mu‘az رضي الله عنه adalah soalan yang agung; kerana sesungguhnya ia merupakan rahsia kehidupan dan kewujudan. Setiap makhluk di dunia ini, sama ada dalam kalangan manusia atau jin, matlamatnya sama ada syurga atau neraka. Justeru, soalan ini sangat agung.
  4. Masuknya seseorang ke syurga bergantung kepada pelaksanaan lima rukun Islam, iaitu: syahadah, solat, zakat, puasa, dan haji.
  5. Pokok agama, tugas yang paling agung dan kewajiban tertinggi adalah mentauhidkan Allah, iaitu menyembah-Nya semata-mata tanpa sekutu.
  6. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya adalah dengan membuka pintu-pintu kebaikan bagi mereka supaya dapat mengambil bekal daripada penyebab-penyebab pahala dan pengampunan dosa.
  7. Kelebihan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat selepas menunaikan fardhu.
  8. Solat menurut Islam ibarat tiang yang menjadi tonggak kepada khemah; runtuh Islam seseorang dek hilang solatnya, sepertimana runtuh khemah dek runtuhnya tiang.
  9. Kewajipan menjaga lidah daripada perkara yang membahayakan agama seseorang.
  10. Menahan, mengawal, dan mengekang lidah adalah asas bagi segala kebaikan.
Rujukan

سنن الترمذي (4/ 362) (2616). سنن ابن ماجه (5/ 116) (3973). مسند أحمد (36/ 344) (22016). التحفة الربانية، لإسماعيل الأنصاري (ص67). شرح الأربعين النووية، للعثيمين (ص291). الأحاديث الأربعين النووية مع ما زاد عليها ابن رجب وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله بن صالح المحسن (ص57).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Islam itu dibina atas lima perkara

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ عُمَر رضي الله عنهما قال: قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: «بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ».
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara: Mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadan.
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengumpamakan bahawa Islam itu seperti sebuah bangunan yang kukuh dengan lima tiang serinya sebagai sendi binaan tersebut, manakala amalan-amalan lain dalam Islam berfungsi sebagai penyempurna binaan itu. Rukun pertama daripada lima rukun itu ialah dua kalimah syahadah iaitu mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah pesuruh Allah. Kedua-duanya merupakan satu rukun yang tidak boleh dipisahkan. Dengan mengucapkannya, seorang hamba mengakui keesaan Allah, mengesahkan bahawa hanya Dia yang layak disembah bukan selainnya, beramal selari dengan pengakuan itu, serta mempercayai dan mengikuti risalah Muhammad ﷺ. Rukun kedua ialah menunaikan solat, iaitu lima solat fardhu yang diwajibkan setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, dengan menunaikannya mengikut syarat, rukun, dan kewajipan yang ditetapkan. Rukun ketiga ialah menunaikan zakat yang diwajibkan, iaitu ibadah harta yang wajib dikeluarkan daripada setiap harta yang mencapai nisab tertentu menurut syarak, dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya. Rukun keempat ialah menunaikan haji, iaitu pergi ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji sebagai pengabdian kepada Allah ﷻ. Rukun kelima ialah puasa Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat beribadah kepada Allah ﷻ bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Faedah
  1. Kedua-dua kalimah syahadah saling berkait. Maka tidak sah yang satu tanpa yang lain. Oleh itu, kedua-duanya dijadikan sebagai satu rukun.
  2. Syahadah merupakan asas agama, maka tiada perkataan atau amalan yang diterima melainkan dengannya.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 11) (8)، صحيح مسلم (1/ 45) (16)، و(1/ 88) (82)، فتح الباري لابن رجب (1/ 22)، جامع العلوم والحكم (1/147)، شرح الأربعين لابن العطّار (ص 62)، شرح الأربعين النووية لعبد الكريم الخضير (ص 87)، فتح القوي المتين في شرح الأربعين للعباد (ص 29)، شرح الأربعين النووية لصالح آل الشيخ (ص 91 - 95)، التحفة الربانية لإسماعيل الأنصاري (ص 12).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنُؤَاخَذُ بِمَا عَمِلْنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ؟ قَالَ: «مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ لَمْ يُؤَاخَذْ بِمَا عَمِلَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ أُخِذَ بِالْأَوَّلِ وَالْآخِرِ».
Daripada Ibn Mas'ūd RA, beliau berkata: Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami lakukan pada zaman Jahiliah?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan kemuliaan memeluk Islam, Dan bahawa sesiapa yang memeluk Islam dan baik keislamannya, serta ikhlas dan benar, maka dia tidak akan dihisab atas perbuatan-perbuatan maksiat yang telah dilakukannya pada zaman jahiliyah, Sesiapa yang melakukan kejahatan dalam Islam dengan menjadi seorang munafik atau murtad daripada agamanya, maka dia akan dihisab atas amalannya semasa dalam kekafiran dan juga atas amalannya semasa dalam Islam.

Faedah
  1. Keprihatinan para sahabat رضوان الله عليهم dan ketakutan mereka terhadap amal perbuatan yang pernah mereka lakukan pada zaman jahiliah.
  2. Galakan untuk tetap teguh di atas Islam.
  3. Keutamaan memeluk Islam dan bahawa ia menghapuskan amalan-amalan terdahulu.
  4. Orang murtad dan munafik akan dihisab atas setiap amalan yang dilakukannya pada zaman jahiliah, dan atas setiap dosa yang dilakukannya dalam Islam.
Rujukan

صحيح البخاري (9/ 14) (6921). صحيح مسلم (1/ 111) (120). مشارق الأنوار على صحاح الآثار (2/229). الكواكب الدراري (24/43). عمدة القاري شرح صحيح البخاري (24/ 76).

Hadis ini di HadeethEnc.com

kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، ابْنُ جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ، وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ، فَهَلْ ذَاكَ نَافِعُهُ؟ قَالَ: «لَا يَنْفَعُهُ، إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا: رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ».
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ telah mengkhabarkan mengenai Abdullah bin Jud'an, dan beliau merupakan salah seorang pembesar Quraisy sebelum Islam, Antara perbuatan baiknya ialah dia menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya, memberi makan orang miskin, dan lain-lain amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam, namun amalan-amalan ini tidak akan memberinya manfaat di akhirat. Hal ini kerana kekufurannya kepada Allah, dan kerana dia tidak pernah sekalipun berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan.”

Faedah
  1. Penjelasan kelebihan iman, dan bahawa ia ialah syarat bagi penerimaan amal ibadah.
  2. Menjelaskan keburukan kekufuran, dan bahawa ia membatalkan amalan-amalan soleh.
  3. Amalan-amalan orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di akhirat kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
  4. Amalan seseorang semasa kafir akan tetap dicatat untuknya apabila dia memeluk Islam, dan dia akan menerima balasannya.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 196) (214)، شرح النووي على مسلم (3/87)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 459)، إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري (4/ 170)، التنوير شرح الجامع الصغير (2/364)، فتح المنعم (2/54)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (3/ 455).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti

عَن أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ حَتَّى يَقُولَ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ وَلْيَنْتَهِ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Rasulullah ﷺ menjelaskan tentang rawatan yang mujarab bagi persoalan-persoalan yang diwaswaskan oleh syaitan kepada orang yang beriman, Maka syaitan berkata: "Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan langit? Dan siapakah yang menciptakan bumi?" Maka orang mukmin menjawabnya, berdasarkan agama, fitrah, dan akal, dengan katanya: Allah, Akan tetapi, syaitan tidak berhenti pada peringkat waswas ini sahaja, bahkan ia beralih sehingga berkata: "Siapa yang menciptakan Tuhanmu?" Maka pada ketika itu orang mukmin menolak waswas ini dengan tiga perkara: Dengan beriman kepada Allah. Dan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan. Dan berhenti daripada melayani waswas.

Faedah
  1. Berpaling daripada waswas syaitan dan bisikan-bisikannya serta tidak memikirkannya, dan memohon perlindungan kepada Allah Taala untuk menghilangkannya.
  2. Semua yang terdetik di dalam hati manusia berupa waswas yang menyalahi syarak, maka ia adalah daripada syaitan.
  3. Larangan untuk bertafakur tentang Zat Allah SWT, namun digalakkan untuk merenung ciptaan-ciptaan-Nya dan tanda-tanda kebesaran-Nya.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 123) (3276)، صحيح مسلم (1/ 120) (134)، إكمال المعلم (1/432)، المفهم (1/345)، فتح الباري (6/ 340)، طرح التثريب (8/163)، بهجة قلوب الأبرار (ص 27).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللهَ لَا يَظْلِمُ مُؤْمِنًا حَسَنَةً، يُعْطَى بِهَا فِي الدُّنْيَا وَيُجْزَى بِهَا فِي الْآخِرَةِ، وَأَمَّا الْكَافِرُ فَيُطْعَمُ بِحَسَنَاتِ مَا عَمِلَ بِهَا لِلَّهِ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا أَفْضَى إِلَى الْآخِرَةِ، لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَةٌ يُجْزَى بِهَا».
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat. Adapun orang kafir, maka dia diberi ganjaran dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di dunia, sehinggalah apabila dia tiba di akhirat, tidak ada lagi baginya satu kebaikan pun yang akan dibalas».
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan kurniaan Allah yang agung ke atas orang-orang mukmin, dan keadilan-Nya terhadap orang-orang kafir. Adapun bagi seorang mukmin, ganjaran kebaikan yang dilakukannya tidak akan dikurangkan. Sebaliknya, dia diberikan kebaikan di dunia sebagai balasan atas ketaatannya, di samping ganjaran yang disimpan untuknya di akhirat. Adakalanya pula, keseluruhan ganjaran itu disimpan sepenuhnya untuknya di akhirat. Adapun bagi orang kafir, Allah akan membalas kebaikan yang dilakukannya dengan ganjaran di dunia, sehinggalah apabila dia kembali ke akhirat, tiada lagi sebarang pahala untuknya yang akan dibalas; kerana amalan soleh yang bermanfaat di dunia dan akhirat mestilah pelakunya seorang mukmin.

Faedah
  1. Sesiapa yang mati dalam keadaan kufur, maka amalannya tidak akan bermanfaat baginya.
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 2162) (2808)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 460)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (43/ 460)، شرح النووي على مسلم (17/150).

Hadis ini di HadeethEnc.com
8 daripada 15
15 hadis
  1. Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  2. “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,
  3. ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya
  4. Islam itu dibina atas lima perkara
  5. Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir
  6. kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
  7. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti
  8. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat
  9. “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”
  10. Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam
  11. Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr
  12. Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat
  13. Islam itu dibina atas lima perkara
  14. “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram,
  15. “Sesungguhnya engkau telah bertanya tentang perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi sesiapa yang Allah memudahkan kepadanya

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com