Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ أَشْيَاءَ كُنْتُ أَتَحَنَّثُ بِهَا فِي الجَاهِلِيَّةِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ عَتَاقَةٍ، وَصِلَةِ رَحِمٍ، فَهَلْ فِيهَا مِنْ أَجْرٍ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ».
Daripada Hakim bin Hizam رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan amalan-amalan yang aku lakukan pada zaman jahiliah seperti bersedekah, memerdekakan hamba, dan menyambung silaturahim, adakah aku akan mendapat pahala daripadanya?” Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa orang kafir apabila memeluk Islam, maka dia akan diberi pahala atas amalan-amalan soleh yang telah dilakukannya pada zaman jahiliah sebelum keislamannya, seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturahim.

Faedah
  1. Amalan baik orang kafir di dunia tidak akan mendapat ganjaran di akhirat jika mereka meninggal dunia dalam keadaan kufur.
Rujukan

صحيح البخاري (2/ 114) (1436)، صحيح مسلم (1/ 113) (123)، المفهم (1/332)، شرح النووي على مسلم (2/140)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (22/ 96)، فتح الباري لابن حجر (3/ 302)، البحر المحيط الثجاج (3/499).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Islam

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com