Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ».
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat, apabila mereka melakukan semua itu, maka darah dan harta mereka terpelihara daripadaku kecuali menurut hak (menurut) Islam, dan perhitungan mereka di sisi Allah.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah memerintahkan baginda untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tiada sekutu bagi-Nya dan mereka mengakui Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Rasul-Nya, serta melaksanakan tuntutan syahadah itu dengan menegakkan solat lima waktu dan menunaikan zakat yang wajib kepada yang berhak (mendapatnya). Apabila mereka sudah melakukan perkara-perkara tersebut maka Islam memelihara nyawa dan harta mereka, tidak halal membunuh mereka melainkan jika mereka melakukan jenayah atau kesalahan yang memang layak dikenakan hukuman mati menurut hukum Islam. Kemudian pada hari kiamat, Allah SWT akan mengadili mereka kerana Dia Maha Mengetahui segala yang tersimpan dalam hati mereka.

Faedah
  1. Hukum-hukum syarak hanya terpakai pada perkara yang zahir, manakala Allah SWT mengadili perkara yang tersembunyi dalam hati.
  2. Kepentingan dakwah kepada mengesakan Allah kerana ia merupakan perkara pertama yang harus didahulukan dalam menyampaikan agama.
  3. Hadis ini tidak bermaksud memaksa orang kafir memeluk Islam, sebaliknya mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan melainkan menghalang dakwah Islam, maka barulah dibenarkan tindakan peperangan menurut hukum Islam.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 14) (25). صحيح مسلم (1/ 53) (22). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل السعدي (ص23). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص125).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Islam

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com