Apabila Nabi ﷺ mengutus Mu'az bin Jabal RA ke negeri Yaman sebagai pendakwah kepada Allah dan guru, baginda menerangkan kepadanya bahawa dia akan berhadapan dengan kaum daripada kalangan Nasrani; agar dia bersiap sedia untuk mereka, kemudian hendaklah dia memulakan dakwahnya kepada mereka dengan mendahulukan yang terpenting kemudian yang penting, Maka dia menyeru mereka untuk memperbaiki akidah terlebih dahulu; dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah; Kerana dengannya mereka memeluk Islam, maka apabila mereka tunduk mematuhinya, mereka diperintahkan untuk menunaikan solat; kerana ia ialah kewajipan yang teragung selepas Tauhid, Maka apabila mereka telah mendirikannya, Baginda memerintahkan orang kaya mereka untuk membayar zakat harta mereka kepada orang miskin mereka, kemudian memberinya amaran agar tidak mengambil harta yang terbaik; kerana yang wajib adalah yang pertengahan. Kemudian Baginda mewasiatkannya untuk menjauhi kezaliman, agar orang yang dizalimi tidak berdoa menentangnya, kerana sesungguhnya doanya diperkenankan.
- Maksud syahadah 'La ilaha illallah' ialah mengesakan Allah dengan ibadah, dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya.
- Maksud syahadah bahawa Muhammad itu Rasulullah ialah beriman kepada Baginda ﷺ, membenarkan risalah yang dibawanya, dan meyakini bahawa Baginda adalah rasul Allah yang terakhir kepada seluruh umat manusia.
- Bahawa berbicara dengan orang alim dan orang yang mempunyai syubhah tidak sama seperti berbicara dengan orang jahil. Oleh itu, Baginda memberi peringatan kepada Mu'az dengan sabdanya: "Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum ahli kitab."
- Kepentingan seorang Muslim untuk jelas dan faham tentang agamanya, supaya dapat melepaskan diri daripada syubhah-syubhah golongan yang menimbulkan keraguan, dan hal itu adalah dengan menuntut ilmu.
- Kebatalan agama Yahudi dan Nasrani selepas pengutusan Rasulullah ﷺ, dan mereka bukanlah daripada kalangan orang yang selamat pada hari kiamat sehinggalah mereka memeluk Islam dan beriman kepada Nabi ﷺ.
صحيح البخاري (2/ 119) (1458)، (2/ 128) (1496)، (9/ 114) (7372). صحيح مسلم (1/ 50) (19). فتح الباري لابن حجر (13/ 349). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح فوزان (ص54). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص64).