عن جابر رضي الله عنه: أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلَالَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: «نَعَمْ»، قَالَ: وَاللهِ لَا أَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا.
Daripada Jabir رضي الله عنه: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu bertanya: Bagaimana jika aku menunaikan solat yang diwajibkan, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan tidak menambah lebih daripada itu, adakah aku akan masuk syurga? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Ya.»
Lelaki itu berkata: “Demi Allah, aku tidak akan menambah lebih daripada itu."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan tanpa menambah sebarang solat sunat, berpuasa pada bulan Ramadan tanpa puasa sunat, meyakini kehalalan perkara yang halal dan melakukannya serta meyakini keharaman perkara yang haram dan menjauhinya, maka dia akan masuk syurga.
Faedah
- Seorang Muslim harus berusaha menunaikan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram, dengan tujuan utamanya adalah untuk masuk syurga.
- Kepentingan melakukan yang halal dan meyakini kehalalannya, serta mengharamkan yang haram dan meyakini keharamannya.
- Melakukan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram adalah sebab masuk ke syurga.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 44) (15).
جامع العلوم والحكم (1/513). شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 215).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين للعباد (ص 77).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن أبي مالكٍ الأشعريِّ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ، وَالْحَمْدُ لِلهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ تَمْلَآنِ -أَوْ تَمْلَأُ- مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ، كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو، فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا».
Daripada Abu Malik al-Ash‘ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi., Solat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu sinar dan al-Quran akan menjadi pembela atau pendakwamu. Setiap manusia keluar (pada waktu pagi), lalu menjual dirinya; sama ada membebaskan dirinya (dengan amalan soleh) atau membinasakannya (dengan dosa)."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa kesucian zahir diperoleh melalui wuduk dan mandi. Ia merupakan syarat sah solat. Ucapan: “Alhamdulillah memenuhi timbangan” ialah pujian kepada-Nya SWT, dengan menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat kesempurnaan, yang akan ditimbang pada hari kiamat dan memenuhi timbangan amal. Ucapan: “Subhanallah dan Alhamdulillah” ialah mensucikan-Nya daripada segala kekurangan dan menyifatkan-Nya dengan kesempurnaan mutlak yang sesuai dengan keagungan-Nya, disertai dengan kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya, yang memenuhi antara langit dan bumi. "Solat itu cahaya” bagi hamba (yang terpancar) di dalam hatinya, wajahnya, kuburnya dan ketika dibangkitkan pada hari kiamat. “Sedekah itu bukti” menunjukkan keikhlasan iman seorang mukmin, berbeza dengan munafik yang menahan diri daripadanya kerana tidak mempercayai janji ganjarannya. “Kesabaran itu sinar” iaitu menahan diri daripada keluh kesah dan rasa kecewa merupakan cahaya yang menghasilkan kehangatan dan pembakaran, seperti cahaya matahari; kerana ia berat dan memerlukan perjuangan menundukkan nafsu daripada apa yang diingininya.
Pemiliknya sentiasa diterangi cahaya, mendapat petunjuk dan terus berada di jalan yang benar. Kesabaran ini termasuk kesabaran dalam mentaati Allah, meninggalkan maksiat, serta bersabar menghadapi musibah dan pelbagai kesusahan di dunia. “Al-Quran menjadi pembela” melalui pembacaan dan pengamalannya, atau "menjadi pendakwa" jika ditinggalkan tanpa membaca atau mengamalkannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa semua manusia bangun, bergerak, tidak tidur dan keluar dari rumah-rumah mereka untuk melakukan pelbagai pekerjaan. Terdapat di antara mereka yang istiqamah dalam ketaatan kepada Allah maka dia membebaskan dirinya daripada api neraka dan ada pula yang menyimpang serta melakukan maksiat sehingga menjerumuskan dirinya ke dalam neraka.
Faedah
- Kesucian itu dua jenis: Kesucian zahir yang diperoleh melalui wuduk dan mandi, manakala kesucian batin diperoleh melalui tauhid, keimanan dan amal soleh.
- Kepentingan menjaga solat ialah ia menjadi cahaya bagi hamba di dunia dan di akhirat.
- Sedekah menjadi bukti keikhlasan iman.
- Kepentingan mengamalkan al-Quran dan mempercayainya agar ia menjadi pembela bukan pendakwa.
- Jika jiwa tidak diisi dengan ketaatan, ia akan memenuhi hidupmu dengan maksiat.
- Setiap manusia pasti melakukan sesuatu amalan sama ada ia membebaskan dirinya melalui ketaatan atau menghancurkannya melalui maksiat.
- Kesabaran memerlukan ketahanan dan pengharapan pahala serta terdapat kesukaran padanya.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 203) (223)، شرح الأربعين لابن دقيق العيد (ص 84)، شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 231)، الرياض الزكية شرح الأربعين النووية للخضير (ص 293)، فتح القوي المتين في شرح الأربعين للعباد (ص 79)
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنَ اللَّيْلَةِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: «هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ، فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ، وَأَمَّا مَنْ قَالَ: بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا، فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي وَمُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ».
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah selepas hujan yang turun pada malamnya. Setelah selesai solat, baginda menghadap orang ramai, lalu bersabda: «Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya', maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Dan adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan disebabkan bintang sekian dan sekian', maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menunaikan solat Subuh di Hudaibiyah -iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Mekah- selepas hujan yang turun pada malam itu, Setelah baginda memberi salam dan selesai solatnya, baginda menghadap orang ramai, lalu bertanya kepada mereka: "Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu Azza wa Jalla?" Maka mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Maka beliau berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan ketika turunnya hujan: golongan yang beriman kepada Allah SWT, dan golongan yang kafir kepada Allah SWT. Maka adapun sesiapa yang berkata: “Kita diturunkan hujan dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,” dan menyandarkan penurunan hujan kepada Allah SWT; maka dia adalah seorang yang beriman kepada Allah, Sang Pencipta lagi Pengatur alam ini, dan kafir terhadap bintang. Adapun sesiapa yang berkata: "Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian dan sekian"; maka dia adalah kafir kepada Allah, beriman kepada bintang, dan ia adalah kufur kecil kerana dia menisbahkan penurunan hujan kepada bintang; sedangkan Allah tidak menjadikannya sebagai sebab syar‘i mahupun qadari, Adapun sesiapa yang menyandarkan turunnya hujan dan kejadian-kejadian lain di bumi kepada pergerakan bintang-bintang ketika terbit dan terbenamnya, dengan meyakini bahawa ia adalah penyebab sebenar, maka dia telah kafir dengan kekufuran yang besar.
Faedah
- Ucapan yang disunnahkan setelah turun hujan: "Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah."
- Sesiapa yang menisbahkan nikmat turunnya hujan dan selainnya kepada bintang sebagai pencipta dan pengadanya, maka dia kafir dengan kekufuran yang besar, dan jika dia menisbahkannya sebagai satu sebab, maka dia kafir dengan kekufuran yang kecil kerana ia bukanlah sebab yang syar'i mahupun hissi.
- Nikmat menjadi sebab kepada kekufuran apabila tidak disyukuri, dan menjadi sebab kepada iman apabila disyukuri.
- Larangan daripada berkata: "Hujan diturunkan kepada kita oleh bintang sekian-sekian," walaupun tujuannya untuk merujuk waktu; bagi menutup jalan yang membawa kepada syirik.
- Kewajipan menggantungkan hati kepada Allah Ta’ala dalam meraih nikmat dan menolak bala.
Rujukan
صحيح البخاري (1/ 169) (846)، صحيح مسلم (1/ 83) (71)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (2/ 484)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 260).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَتْ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنِّي عَلَى الحَوْضِ حَتَّى أَنْظُرَ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ مِنْكُمْ، وَسَيُؤْخَذُ نَاسٌ دُونِي، فَأَقُولُ: يَا رَبِّ مِنِّي وَمِنْ أُمَّتِي، فَيُقَالُ: هَلْ شَعَرْتَ مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ، وَاللَّهِ مَا بَرِحُوا يَرْجِعُونَ عَلَى أَعْقَابِهِمْ».
Daripada Asma’ binti Abi Bakr رضي الله عنهما, beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku berada di telaga untuk melihat siapa di antara kalian yang datang kepadaku, dan sebahagian orang akan diambil menjauh daripadaku. Aku akan berkata, "Ya Rabb, (mereka adalah) sebahagian daripadaku dan daripada umatku", maka akan dikatakan, "Tahukah engkau apa yang telah mereka lakukan setelahmu? Demi Allah, mereka sentiasa berpaling ke belakang."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa baginda akan berada di telaganya pada hari kiamat untuk melihat siapa daripada umatnya yang datang ke telaga itu, Dan beberapa orang akan diambil berdekatan dengan baginda, selawat dan salam ke atasnya, maka baginda bersabda: “Wahai Tuhanku, mereka daripadaku dan daripada umatku,” Maka dikatakan: "Adakah engkau tahu apa yang telah mereka kerjakan selepas engkau berpisah daripada mereka? Demi Allah, mereka sentiasa berpaling ke belakang dan murtad daripada agama mereka, maka mereka bukanlah daripadamu, dan bukan pula daripada umatmu."
Faedah
- Rahmat dan keprihatinan Nabi ﷺ terhadap umat baginda.
- Bahaya menentang sunnah Nabi ﷺ.
- Galakan untuk berpegang teguh dengan sunnah Nabi ﷺ.
Rujukan
صحيح البخاري (8/ 121) (6593)، صحيح مسلم (4/ 1793) (2292)، عمدة القاري (23/144)، البحر المحيط الثجاج (37/322).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com