Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Hypocrisy

3 hadis

Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَثَلُ الْمُنَافِقِ، كَمَثَلِ الشَّاةِ الْعَائِرَةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ تَعِيرُ إِلَى هَذِهِ مَرَّةً وَإِلَى هَذِهِ مَرَّةً».
Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan keadaan orang munafik bahawa ia seperti seekor kambing yang teragak-agak di antara dua kawanan kambing, tidak tahu yang mana satu harus diikutinya. Ada kalanya ia pergi ke kawanan ini, dan ada kalanya ke kawanan yang lain, Maka mereka kebingungan antara iman dan kufur, lantas mereka tidak bersama orang-orang yang beriman secara zahir dan batin, dan tidak pula bersama orang-orang kafir secara zahir dan batin. Bahkan zahir mereka bersama orang-orang yang beriman, manakala batin mereka dalam keraguan dan kebimbangan, maka kadangkala mereka cenderung kepada golongan ini, dan kadangkala cenderung kepada golongan itu.

Faedah
  1. Antara petunjuk Nabi ﷺ adalah memberikan perumpamaan untuk mendekatkan makna.
  2. Menjelaskan keadaan orang munafik yang berada dalam keraguan, syak, dan ketidakstabilan.
  3. Amaran terhadap keadaan orang munafik serta anjuran kepada kejujuran dan keazaman dalam keimanan secara zahir dan batin.
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 2146) (2784)، إكمال المعلم بفوائد مسلم (8/ 313)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (16/ 69).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قال: قال رَسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ».
Daripada Abdullah bin Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم memberi peringatan tentang empat sifat ini. Sekiranya sifat-sifat ini terkumpul pada seorang Muslim, dia sangat menyerupai orang munafik kerana sifat-sifat tersebut. Ini berlaku bagi orang yang sifat-sifat itu menguasai dirinya (sering melakukannya) manakala bagi yang jarang memilikinya (jarang melakukannya), tidak termasuk dalam kategori ini. Sifat-sifat tersebut ialah: Pertama: apabila bercakap, dia sengaja berdusta dan tidak jujur dalam ucapannya. Kedua: Apabila membuat perjanjian, dia tidak menepatinya dan mengkhianati pihak yang membuat perjanjian dengannya. Ketiga: Apabila memberi janji, dia tidak menunaikannya dan mengingkarinya. Keempat: Apabila bertengkar atau berkelahi dengan seseorang, pertengkarannya menjadi keras, dia menyimpang daripada kebenaran, menggunakan tipu daya untuk menolak dan membatalkan, serta berkata perkara yang salah dan dusta. Sesungguhnya nifaq ialah menzahirkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang tersembunyi di dalam hati. Makna tersebut wujud pada orang yang memiliki sifat-sifat ini, dan nifaqnya berlaku terhadap orang yang dia bercakap, dijanjikan, dipercayai, bertengkar atau membuat janji dengannya, bukan bahawa dia seorang munafik dalam Islam yang zahirnya menunjukkan iman tetapi batinnya mengandungi kekufuran. Sesiapa yang wujud padanya salah satu sifat ini, maka dia memiliki sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya.

Faedah
  1. Menjelaskan beberapa tanda orang munafik sebagai peringatan dan amaran agar tidak terjerumus ke dalamnya.
  2. Maksud hadis: Sifat-sifat ini ialah sifat nifaq dan pemiliknya menyerupai orang munafik dalam sifat-sifat tersebut serta berakhlak seperti mereka, bukannya bermaksud bahawa dia seorang munafik yang zahirnya menunjukkan Islam tetapi batinnya mengandungi kekufuran. Ungkapan ini merujuk kepada orang yang sifat-sifat ini menguasai dirinya, dia mengabaikannya dan memandang remeh terhadapnya. Oleh itu, sesiapa yang sedemikian, kebiasaannya akidahnya rosak.
  3. Al-Ghazali berkata: “Asas agama tertumpu kepada tiga perkara: Perkataan, perbuatan dan niat. Beliau menekankan bahawa perkataan yang palsu menunjukkan kerosakan, perbuatan yang khianat menunjukkan kerosakan, dan niat yang rosak juga menunjukkan kerosakan. Hal ini kerana mengingkari janji hanya menjejaskan sekiranya tekadnya sejajar dengan janji; jika dia berazam tetapi wujud halangan atau berubah pandangan, maka tidak timbul sifat nifaq padanya.”
  4. Nifaq ada dua jenis: Nifaq akidah yang mengeluarkan pemiliknya daripada keimanan, iaitu zahir menunjukkan Islam tetapi batinnya menyembunyikan kekufuran. Nifaq amali, iaitu meniru sifat-sifat orang munafik dalam akhlak mereka. Perkara ini tidak mengeluarkan pemiliknya daripada iman tetapi ia termasuk salah satu dosa besar.
  5. Ibn Hajar berkata: “Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang beriman dengan hatinya, lisannya, dan perbuatannya, walaupun terdapat sifat-sifat ini padanya maka tidak dihukumkan sebagai kafir dan dia bukanlah munafik yang kekal di neraka.”
  6. Al-Nawawi berkata: “Sekumpulan ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah orang munafik yang wujud pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم, mereka menzahirkan keimanan tetapi berdusta, dipercayai mengenai urusan agama tetapi mengkhianati, berjanji dalam perkara agama dan membelanya tetapi mengingkarinya, serta bersikap jahat dalam pertengkaran mereka.”
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 16) (34)، صحيح مسلم (1/ 78) (58)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 250)، بهجة قلوب الأبرار (ص 26)، البحر المحيط الثجاج (2/370).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قال: قال رَسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا، وَإِنْ كَانَتْ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ فِيهِ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: مَنْ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وإذَا خَاصَمَ فَجَرَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ».
Daripada Abdullah bin Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Empat perkara yang jika ada pada seseorang, ia termasuk dalam tanda-tanda munafik, dan jika terdapat salah satu daripadanya, maka ia mengandungi sebahagian sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya: Apabila berbicara, dia berdusta. Apabila berjanji, dia memungkirinya. Apabila berselisih, dia melampaui batas. Dan apabila membuat perjanjian, dia mengkhianatinya."
رواه البخاري ومسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم memberi peringatan tentang empat sifat ini. Sekiranya sifat-sifat ini terkumpul pada seorang Muslim, dia sangat menyerupai orang munafik kerana sifat-sifat tersebut. Ini berlaku bagi orang yang sifat-sifat itu menguasai dirinya (sering melakukannya) manakala bagi yang jarang memilikinya (jarang melakukannya), tidak termasuk dalam kategori ini. Sifat-sifat tersebut ialah: Pertama: apabila bercakap, dia sengaja berdusta dan tidak jujur dalam ucapannya. Kedua: Apabila membuat perjanjian, dia tidak menepatinya dan mengkhianati pihak yang membuat perjanjian dengannya. Ketiga: Apabila memberi janji, dia tidak menunaikannya dan mengingkarinya. Keempat: Apabila bertengkar atau berkelahi dengan seseorang, pertengkarannya menjadi keras, dia menyimpang daripada kebenaran, menggunakan tipu daya untuk menolak dan membatalkan, serta berkata perkara yang salah dan dusta. Sesungguhnya nifaq ialah menzahirkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang tersembunyi di dalam hati. Makna tersebut wujud pada orang yang memiliki sifat-sifat ini, dan nifaqnya berlaku terhadap orang yang dia bercakap, dijanjikan, dipercayai, bertengkar atau membuat janji dengannya, bukan bahawa dia seorang munafik dalam Islam yang zahirnya menunjukkan iman tetapi batinnya mengandungi kekufuran. Sesiapa yang wujud padanya salah satu sifat ini, maka dia memiliki sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya.

Faedah
  1. Menjelaskan beberapa tanda orang munafik sebagai peringatan dan amaran agar tidak terjerumus ke dalamnya.
  2. Maksud hadis: Sifat-sifat ini ialah sifat nifaq dan pemiliknya menyerupai orang munafik dalam sifat-sifat tersebut serta berakhlak seperti mereka, bukannya bermaksud bahawa dia seorang munafik yang zahirnya menunjukkan Islam tetapi batinnya mengandungi kekufuran. Ungkapan ini merujuk kepada orang yang sifat-sifat ini menguasai dirinya, dia mengabaikannya dan memandang remeh terhadapnya. Oleh itu, sesiapa yang sedemikian, kebiasaannya akidahnya rosak.
  3. Al-Ghazali berkata: “Asas agama tertumpu kepada tiga perkara: Perkataan, perbuatan dan niat. Beliau menekankan bahawa perkataan yang palsu menunjukkan kerosakan, perbuatan yang khianat menunjukkan kerosakan, dan niat yang rosak juga menunjukkan kerosakan. Hal ini kerana mengingkari janji hanya menjejaskan sekiranya tekadnya sejajar dengan janji; jika dia berazam tetapi wujud halangan atau berubah pandangan, maka tidak timbul sifat nifaq padanya.”
  4. Nifaq ada dua jenis: Nifaq akidah yang mengeluarkan pemiliknya daripada keimanan, iaitu zahir menunjukkan Islam tetapi batinnya menyembunyikan kekufuran. Nifaq amali, iaitu meniru sifat-sifat orang munafik dalam akhlak mereka. Perkara ini tidak mengeluarkan pemiliknya daripada iman tetapi ia termasuk salah satu dosa besar.
  5. Ibn Hajar berkata: “Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang beriman dengan hatinya, lisannya, dan perbuatannya, walaupun terdapat sifat-sifat ini padanya maka tidak dihukumkan sebagai kafir dan dia bukanlah munafik yang kekal di neraka.”
  6. Al-Nawawi berkata: “Sekumpulan ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah orang munafik yang wujud pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم, mereka menzahirkan keimanan tetapi berdusta, dipercayai mengenai urusan agama tetapi mengkhianati, berjanji dalam perkara agama dan membelanya tetapi mengingkarinya, serta bersikap jahat dalam pertengkaran mereka.”
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 16) (34). صحيح مسلم (1/ 78) (58). المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 250). بهجة قلوب الأبرار (ص 26). البحر المحيط الثجاج (2/370).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com