عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.
Faedah
- Peringatan terhadap syirik dengan segala bentuknya dan bahawa ia adalah penghalang daripada penerimaan amalan.
- Menghayati kekayaan dan kebesaran Allah membantu untuk ikhlas dalam amalan.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2289) (2985).
شرح النووي على مسلم (18/ 115).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص287).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص325).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن جندب رضي الله عنه قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ وَهُوَ يَقُولُ «إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللهِ أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدِ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلًا! أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ! إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ».
Daripada Jundub رضي الله عنه, beliau berkata: Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan tentang kedudukan baginda di sisi Allah Ta‘ala, dan bahawa ia telah mencapai darjat kecintaan yang tertinggi, sebagaimana yang telah dicapai oleh Nabi Ibrahim AS. Oleh sebab itu, baginda menafikan mempunyai seorang kekasih selain Allah; kerana hati baginda dipenuhi dengan kecintaan, pengagungan dan makrifah kepada Allah Ta‘ala, sehingga tiada lagi ruang di dalamnya untuk sesiapa pun selain Allah. Sekiranya baginda mempunyai seorang khalil daripada kalangan makhluk, pastinya ia adalah Abu Bakar al-Siddiq RA. Kemudian baginda memberi amaran agar tidak melampaui batas dalam kecintaan, seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan-tuhan syirik yang disembah selain Allah, serta mendirikan masjid dan tempat-tempat ibadat di atas kubur mereka. Baginda ﷺ telah melarang umatnya daripada melakukan perbuatan seperti mereka.
Faedah
- Keutamaan Abu Bakar al-Siddiq RA, dan bahawa beliau adalah Sahabat yang paling afdal dan manusia yang paling layak menjadi khalifah Rasulullah ﷺ selepas kewafatan baginda.
- Membina masjid di atas perkuburan merupakan salah satu kemungkaran umat-umat terdahulu.
- Larangan untuk menjadikan kubur sebagai tempat-tempat ibadah di mana solat didirikan di sisinya atau menghadap ke arahnya, dan dibina di atasnya masjid atau kubah, sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam syirik disebabkan perbuatan tersebut.
- Peringatan berkenaan sikap ghuluw (melampau) terhadap orang-orang soleh kerana ia membawa kepada syirik.
- Seriusnya peringatan Nabi ﷺ, kerana baginda telah menekankannya lima malam sebelum kewafatan baginda.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 377) (532).
شرح النووي على مسلم (5/ 13).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص188).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص172).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَن عُمَرَ بنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ؛ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ».
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ melarang sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas syarak dalam memuji baginda, serta menyifatkan baginda dengan sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan khusus milik Allah Taala, atau mendakwa bahawa baginda mengetahui perkara ghaib, atau berdoa kepadanya di samping Allah, sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa bin Maryam AS. qq;';''
Faedah
- Peringatan terhadap perbuatan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syarak dalam pengagungan dan pujian kerana perkara itu membawa kepada syirik.
- Perkara yang diperingatkan oleh Nabi ﷺ telahpun berlaku dalam kalangan umat ini. Wujud golongan yang melampaui batas terhadap Rasulullah ﷺ, satu golongan terhadap Ahlul Bait, dan golongan yang lain terhadap para wali, lalu mereka terjerumus ke dalam syirik.
- Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyifatkan diri baginda sebagai hamba Allah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang hamba yang dicipta dan dipelihara oleh Allah, yang tidak boleh ditujukan kepada baginda sesuatu pun daripada sifat-sifat khusus Tuhan.
- Rasulullah ﷺ menyifatkan diri baginda sebagai Rasulullah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang rasul yang diutus dari sisi Allah, maka wajiblah baginda dipercayai dan diikuti.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 167) (3445).
عمدة القاري شرح صحيح البخاري، محمود بن أحمد بدر الدين العيني (16/ 37).
فتح الباري، لابن حجر (6/ 490).
منار القاري شرح مختصر صحيح البخاري، حمزة محمد قاسم (4/ 208).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلَنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ؛ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ، أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ»».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Telah ditanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling beruntung dengan syafaatmu pada hari kiamat?" Rasulullah ﷺ bersabda: "Sungguh aku telah menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tiada sesiapa yang akan bertanya kepadaku tentang hadis ini sebelummu, kerana aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis. Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia beruntung yang mendapat syafaatnya pada hari Kiamat ialah orang yang mengucapkan: "Tiada yang berhak disembah selain Allah" dengan tulus murni daripada hatinya, iaitu tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan hendaklah ia bersih daripada syirik dan riyak.
Faedah
- Penetapan syafaat bagi Nabi ﷺ di akhirat dan bahawa ia hanyalah bagi golongan yang mengesakan-Nya.
- Syafaat Nabi ﷺ ialah permohonan baginda kepada Allah Taala bagi ahli tauhid yang layak masuk neraka agar tidak memasukinya, dan bagi mereka yang telah memasukinya agar dikeluarkan daripadanya.
- Keutamaan kalimah Tauhid yang ikhlas bagi Allah تعالى dan keagungan kesannya.
- Merealisasikan kalimah Tauhid ialah dengan mengetahui maknanya, dan mengamalkan tuntutannya.
- Keutamaan Abu Hurayrah RA, dan semangatnya menuntut ilmu.
Rujukan
صحيح البخاري (1/ 31) (99).
منار القاري شرح مختصر صحيح البخاري، لحمزة محمد قاسم (1/ 197).
القول المفيد على كتاب التوحيد، لابن عثيمين (1/ 343).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُون» قالها ثلاثًا.
Daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)," baginda mengucapkannya tiga kali.
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu tentang kekecewaan dan kerugian golongan yang berlebih-lebihan - tanpa petunjuk dan ilmu - dalam urusan agama dan dunia mereka, serta dalam perkataan dan perbuatan mereka, yang melampaui batasan syarak yang dibawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.
Faedah
- Pengharaman sikap melampau dan memberat-beratkan diri dalam semua urusan, serta seruan untuk menghindarinya dalam segala hal; khususnya dalam ibadah dan memuliakan orang-orang soleh.
- Menuntut kesempurnaan dalam ibadah dan selainnya adalah perkara yang terpuji, dan ia dicapai dengan mengikuti syarak.
- Disunnahkan untuk menegaskan perkara yang penting, kerana Nabi ﷺ mengulang kalimat ini sebanyak tiga kali.
- Kelapangan dan Kemudahan Islam.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2055) (2670).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، للقرعاوي (ص180).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص167).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ مُعَاذٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حِمَارٍ يُقَالُ لَهُ عُفَيْرٌ، فَقَالَ: «يَا مُعَاذُ، هَلْ تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ، وَمَا حَقُّ العِبَادِ عَلَى اللَّهِ؟»، قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى العِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، وَحَقَّ العِبَادِ عَلَى اللَّهِ أَنْ لا يُعَذِّبَ مَنْ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا»، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ أُبَشِّرُ بِهِ النَّاسَ؟ قَالَ: «لا تُبَشِّرْهُمْ، فَيَتَّكِلُوا».
Daripada Mu‘az رضي الله عنه, beliau berkata: Aku membonceng di belakang Nabi ﷺ di atas seekor keldai yang bernama 'Ufair. Lalu baginda bersabda: “Wahai Mu'az, tahukah engkau hak Allah ke atas hamba-Nya, dan apa hak hamba ke atas Allah?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun” Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Baginda bersabda: “Jangan sampaikan kepada mereka, nanti mereka akan berserah sahaja.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya, dan hak hamba-hamba-Nya ke atas Allah, dan bahawa hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah menyembah-Nya semata-mata tanpa mensyirikkan-Nya, Dan bahawa hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab golongan muwahidin yang tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun. Kemudian Mu'az berkata: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai agar mereka dapat bergembira dan bersukacita dengan kurniaan ini?” Maka Nabi ﷺ melarangnya kerana khuatir mereka akan bergantung kepadanya.
Faedah
- Penjelasan tentang hak Allah Taala yang diwajibkan-Nya ke atas hamba-Nya, iaitu menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun.
- Penjelasan tentang hak hamba-hamba-Nya ke atas Allah Taala yang telah diwajibkan-Nya ke atas Diri-Nya sebagai satu kemurahan dan nikmat daripada-Nya, iaitu memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak mengazab mereka.
- Di dalamnya terkandung khabar gembira yang besar bagi golongan yang mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, bahawa kesudahan mereka adalah syurga.
- Mu'az RA meriwayatkan hadis ini sebelum kewafatannya, kerana bimbang akan jatuh ke dalam dosa menyembunyikan ilmu.
- Peringatan agar tidak menyebarkan sebahagian hadis kepada sesetengah orang kerana khuatir terhadap mereka yang tidak memahami maknanya; iaitu pada perkara yang tidak mengandungi tuntutan amalan dan tidak pula terdapat padanya hukum hudud Syariat.
- Para pelaku maksiat dalam kalangan orang yang bertauhid tertakluk kepada kehendak Allah: jika Dia berkehendak, Dia mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia mengampuni mereka. Akhirnya, kesudahan mereka adalah syurga.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 29) (2856)، صحيح مسلم (1/ 58) (30)، المحكم لابن سيده (10/26)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 203)، فتح الباري (11/340، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (1/ 623)، (1/ 627)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (14/ 148).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْمُوجِبَتَانِ؟ فَقَالَ: «مَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ»
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang mewajibkan itu?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka»
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ tentang dua perkara: yang menyebabkan masuk ke dalam syurga, dan yang menyebabkan masuk ke dalam neraka? Maka Nabi ﷺ menjawabnya bahawa perkara yang mewajibkan syurga ialah mati dalam keadaan menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, Dan bahawa perbuatan yang menyebabkan neraka adalah apabila seseorang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, iaitu dengan menjadikan bagi Allah sekutu dan tandingan dalam uluhiyyah-Nya atau rububiyyah-Nya atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
Faedah
- Keutamaan bertauhid dan bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan beriman tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun akan masuk syurga.
- Syirik adalah berbahaya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan menyekutukan Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
- Para pelaku maksiat daripada golongan yang mengesakan-Nya adalah di bawah kehendak Allah SWT; jika Dia berkehendak, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia akan mengampuni mereka, kemudian kesudahan mereka adalah ke syurga.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 94) (93)، إكمال المعلم بفوائد مسلم (1/ 363)، شرح النووي على مسلم (2/96) المفهم للقرطبي (1/290)، تطريز رياض الصالحين (ص 281)، الكوكب الوهاج شرح صحيح مسلم بن الحجاج (3/63).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com