Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلَنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ؛ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ، أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ»».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Telah ditanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling beruntung dengan syafaatmu pada hari kiamat?" Rasulullah ﷺ bersabda: "Sungguh aku telah menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tiada sesiapa yang akan bertanya kepadaku tentang hadis ini sebelummu, kerana aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis. Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia beruntung yang mendapat syafaatnya pada hari Kiamat ialah orang yang mengucapkan: "Tiada yang berhak disembah selain Allah" dengan tulus murni daripada hatinya, iaitu tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan hendaklah ia bersih daripada syirik dan riyak.

Faedah
  1. Penetapan syafaat bagi Nabi ﷺ di akhirat dan bahawa ia hanyalah bagi golongan yang mengesakan-Nya.
  2. Syafaat Nabi ﷺ ialah permohonan baginda kepada Allah Taala bagi ahli tauhid yang layak masuk neraka agar tidak memasukinya, dan bagi mereka yang telah memasukinya agar dikeluarkan daripadanya.
  3. Keutamaan kalimah Tauhid yang ikhlas bagi Allah تعالى dan keagungan kesannya.
  4. Merealisasikan kalimah Tauhid ialah dengan mengetahui maknanya, dan mengamalkan tuntutannya.
  5. Keutamaan Abu Hurayrah RA, dan semangatnya menuntut ilmu.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 31) (99). منار القاري شرح مختصر صحيح البخاري، لحمزة محمد قاسم (1/ 197). القول المفيد على كتاب التوحيد، لابن عثيمين (1/ 343).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Oneness of Allah's Worship

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com