Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ melarang sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas syarak dalam memuji baginda, serta menyifatkan baginda dengan sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan khusus milik Allah Taala, atau mendakwa bahawa baginda mengetahui perkara ghaib, atau berdoa kepadanya di samping Allah, sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa bin Maryam AS. qq;';''
Faedah
Peringatan terhadap perbuatan melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syarak dalam pengagungan dan pujian kerana perkara itu membawa kepada syirik.
Perkara yang diperingatkan oleh Nabi ﷺ telahpun berlaku dalam kalangan umat ini. Wujud golongan yang melampaui batas terhadap Rasulullah ﷺ, satu golongan terhadap Ahlul Bait, dan golongan yang lain terhadap para wali, lalu mereka terjerumus ke dalam syirik.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyifatkan diri baginda sebagai hamba Allah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang hamba yang dicipta dan dipelihara oleh Allah, yang tidak boleh ditujukan kepada baginda sesuatu pun daripada sifat-sifat khusus Tuhan.
Rasulullah ﷺ menyifatkan diri baginda sebagai Rasulullah; untuk menjelaskan bahawa baginda adalah seorang rasul yang diutus dari sisi Allah, maka wajiblah baginda dipercayai dan diikuti.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 167) (3445).
عمدة القاري شرح صحيح البخاري، محمود بن أحمد بدر الدين العيني (16/ 37).
فتح الباري، لابن حجر (6/ 490).
منار القاري شرح مختصر صحيح البخاري، حمزة محمد قاسم (4/ 208).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com