Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Belief in Allah the Mighty and Majestic

28 hadis

“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ».
Daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”
رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهماDarjatقال النووي: حديث حسن
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah telah memberi pengampunan kepada umat Baginda dalam tiga keadaan: Pertama: Kesilapan – iaitu perbuatan yang dilakukan tanpa niat sengaja. Maksudnya, seorang Muslim berniat melakukan sesuatu, tetapi hasil perbuatannya berbeza daripada yang dimaksudkan. Kedua: Lupa – iaitu apabila seorang Muslim sedar akan sesuatu, tetapi terlupa sewaktu melakukan perbuatan itu. Dalam hal ini, tiada dosa dikenakan. Ketiga: Dipaksa – iaitu apabila seorang hamba dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dikehendakinya dan dia tidak mampu menolak paksaan itu. Dalam keadaan ini, tiada dosa yang dikenakan ke atasnya. Perlu diperhatikan bahawa topik hadis ini adalah mengenai hubungan hamba dengan Tuhannya dalam melakukan perkara yang diharamkan. Adapun jika meninggalkan perintah kerana lupa, maka tidak gugur. Namun, jika perbuatan itu mengakibatkan kemudaratan kepada makhluk, maka hak makhluk tidak gugur. Contohnya jika membunuh secara tidak sengaja, wajib membayar diyat, atau merosakkan kereta secara tidak sengaja, wajib menanggung ganti rugi.

Faedah
  1. Betapa luasnya rahmat Allah ﷻ dan kelembutan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya, kerana Dia menghapuskan dosa mereka apabila maksiat itu berlaku dalam tiga keadaan tersebut.
  2. Kurniaan Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan umat baginda.
  3. Tidak berdosa bukan bermaksud tiada hukum atau tanggungan. Contohnya, seseorang yang lupa wuduk lalu menunaikan solat dengan menganggap dirinya telah suci, maka tiada dosa ke atasnya, tetapi dia tetap wajib mengambil wuduk dan mengulangi solat tersebut.
  4. Dalam kes penghapusan dosa akibat paksaan, syarat-syarat tertentu mesti dipenuhi, seperti bahawa orang yang memaksa itu benar-benar berkuasa untuk melaksanakan ancaman yang diberikannya.
Rujukan

الأربعون النووية (ص127) (ح39). سنن ابن ماجه (3/ 200) (2045). السنن الكبرى للبيهقي (7/ 584) (15094). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص89). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص382).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Islam itu dibina atas lima perkara

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ عُمَر رضي الله عنهما قال: قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: «بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ».
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara: Mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadan.
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengumpamakan bahawa Islam itu seperti sebuah bangunan yang kukuh dengan lima tiang serinya sebagai sendi binaan tersebut, manakala amalan-amalan lain dalam Islam berfungsi sebagai penyempurna binaan itu. Rukun pertama daripada lima rukun itu ialah dua kalimah syahadah iaitu mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah pesuruh Allah. Kedua-duanya merupakan satu rukun yang tidak boleh dipisahkan. Dengan mengucapkannya, seorang hamba mengakui keesaan Allah, mengesahkan bahawa hanya Dia yang layak disembah bukan selainnya, beramal selari dengan pengakuan itu, serta mempercayai dan mengikuti risalah Muhammad ﷺ. Rukun kedua ialah menunaikan solat, iaitu lima solat fardhu yang diwajibkan setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, dengan menunaikannya mengikut syarat, rukun, dan kewajipan yang ditetapkan. Rukun ketiga ialah menunaikan zakat yang diwajibkan, iaitu ibadah harta yang wajib dikeluarkan daripada setiap harta yang mencapai nisab tertentu menurut syarak, dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya. Rukun keempat ialah menunaikan haji, iaitu pergi ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji sebagai pengabdian kepada Allah ﷻ. Rukun kelima ialah puasa Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat beribadah kepada Allah ﷻ bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Faedah
  1. Kedua-dua kalimah syahadah saling berkait. Maka tidak sah yang satu tanpa yang lain. Oleh itu, kedua-duanya dijadikan sebagai satu rukun.
  2. Syahadah merupakan asas agama, maka tiada perkataan atau amalan yang diterima melainkan dengannya.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 11) (8)، صحيح مسلم (1/ 45) (16)، و(1/ 88) (82)، فتح الباري لابن رجب (1/ 22)، جامع العلوم والحكم (1/147)، شرح الأربعين لابن العطّار (ص 62)، شرح الأربعين النووية لعبد الكريم الخضير (ص 87)، فتح القوي المتين في شرح الأربعين للعباد (ص 29)، شرح الأربعين النووية لصالح آل الشيخ (ص 91 - 95)، التحفة الربانية لإسماعيل الأنصاري (ص 12).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka

عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْمُوجِبَتَانِ؟ فَقَالَ: «مَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ»
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang mewajibkan itu?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka»
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ tentang dua perkara: yang menyebabkan masuk ke dalam syurga, dan yang menyebabkan masuk ke dalam neraka? Maka Nabi ﷺ menjawabnya bahawa perkara yang mewajibkan syurga ialah mati dalam keadaan menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, Dan bahawa perbuatan yang menyebabkan neraka adalah apabila seseorang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, iaitu dengan menjadikan bagi Allah sekutu dan tandingan dalam uluhiyyah-Nya atau rububiyyah-Nya atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

Faedah
  1. Keutamaan bertauhid dan bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan beriman tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun akan masuk syurga.
  2. Syirik adalah berbahaya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan menyekutukan Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
  3. Para pelaku maksiat daripada golongan yang mengesakan-Nya adalah di bawah kehendak Allah SWT; jika Dia berkehendak, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia akan mengampuni mereka, kemudian kesudahan mereka adalah ke syurga.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 94) (93)، إكمال المعلم بفوائد مسلم (1/ 363)، شرح النووي على مسلم (2/96) المفهم للقرطبي (1/290)، تطريز رياض الصالحين (ص 281)، الكوكب الوهاج شرح صحيح مسلم بن الحجاج (3/63).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قال: جَاءَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلُوهُ: إِنَّا نَجِدُ فِي أَنْفُسِنَا مَا يَتَعَاظَمُ أَحَدُنَا أَنْ يَتَكَلَّمَ بِهِ، قَالَ: «وَقَدْ وَجَدْتُمُوهُ؟» قَالُوا: نَعَمْ، قَالَ: «ذَاكَ صَرِيحُ الْإِيمَانِ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ datang, lalu mereka bertanya kepada baginda: “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Sekumpulan para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم datang lalu bertanya kepada Baginda tentang perkara-perkara besar yang mereka dapati dalam diri mereka, yang terasa amat berat untuk diucapkan kerana keburukannya dan kebencian mereka terhadapnya, Maka Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apa yang kamu rasakan ini adalah keimanan yang tulus dan keyakinan sejati, yang mendorong kamu menolak apa yang dibisikkan syaitan di dalam hati, serta penolakan kamu untuk melafazkannya dan perasaan betapa besarnya perkara itu dalam diri kamu. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menguasai hati kamu, berbeza dengan orang yang syaitan telah menguasai hatinya dan tidak lagi ada penentangan daripadanya."

Faedah
  1. Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, di mana kuasanya hanyalah sekadar bisikan.
  2. Tidak membenarkan dan menerima waswas yang terlintas di dalam hati, kerana sesungguhnya ia berpunca daripada syaitan.
  3. Bisikan syaitan tidak memudaratkan orang yang beriman, namun hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada bisikannya, dan berhenti daripada terus melayaninya.
  4. Seorang Muslim tidak seharusnya berdiam diri terhadap perkara yang tidak jelas baginya dalam urusan agama, sebaliknya dia perlu bertanya untuk mendapatkan penjelasan.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 119) (132)، معالم السنن (4/174)، المفهم للقرطبي (1/344)، شرح النووي على مسلم (2/154)، البحر المحيط الثجاج (3/622).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاءَ رجُلُ إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ، إن أحدنا يجدُ في نفسِهِ -يُعرِّضُ بالشَّيءِ- لأَن يكونَ حُمَمَةً أحَبُّ إليه من أن يتكلَّم بِهِ، فقال: «اللهُ أكبرُ، اللهُ أكبرُ، الحمدُ لله الذي ردَّ كيدَه إلى الوسوسَةِ».
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu dalam dirinya, yang mana dia lebih suka menjadi arang daripada memperkatakannya." Baginda bersabda: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah."
رواه أبو داود والنسائي في الكبرىDarjatصحيح
Huraian

Datang seorang lelaki kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu perkara timbul dalam dirinya, tetapi untuk bercakap tentangnya adalah suatu perkara yang amat berat, sehinggakan menjadi abu lebih disukainya daripada bercakap tentangnya.” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertakbir sebanyak dua kali dan memuji Allah kerana telah menolak tipu daya syaitan kepada sekadar bisikan.

Faedah
  1. Penjelasan bahawa syaitan menghendap orang-orang yang beriman dengan membisikkan waswas, untuk memalingkan mereka daripada keimanan kepada kekufuran.
  2. Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, kerana ia tidak berkuasa melainkan sekadar bisikan.
  3. Seorang mukmin hendaklah berpaling daripada bisikan-bisikan syaitan dan menolaknya.
  4. Pensyariatan takbir apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap baik atau menakjubkan, atau perkara-perkara seumpamanya.
  5. Pensyariatan bagi seorang Muslim untuk bertanya kepada orang yang berilmu mengenai semua perkara yang menjadi kemusykilan baginya.
Rujukan

سنن أبي داود (7/ 435) (5112) السنن الكبرى للنسائي (9/ 249) (10435)، شرح سنن أبي داود للعباد (580/ 28)، صحيح مسلم (1/ 119) (132)، شرح سنن أبي داود لابن رسلان (19/370)، ومرقاة الصعود (3/1301).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti

عَن أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ حَتَّى يَقُولَ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ وَلْيَنْتَهِ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Rasulullah ﷺ menjelaskan tentang rawatan yang mujarab bagi persoalan-persoalan yang diwaswaskan oleh syaitan kepada orang yang beriman, Maka syaitan berkata: "Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan langit? Dan siapakah yang menciptakan bumi?" Maka orang mukmin menjawabnya, berdasarkan agama, fitrah, dan akal, dengan katanya: Allah, Akan tetapi, syaitan tidak berhenti pada peringkat waswas ini sahaja, bahkan ia beralih sehingga berkata: "Siapa yang menciptakan Tuhanmu?" Maka pada ketika itu orang mukmin menolak waswas ini dengan tiga perkara: Dengan beriman kepada Allah. Dan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan. Dan berhenti daripada melayani waswas.

Faedah
  1. Berpaling daripada waswas syaitan dan bisikan-bisikannya serta tidak memikirkannya, dan memohon perlindungan kepada Allah Taala untuk menghilangkannya.
  2. Semua yang terdetik di dalam hati manusia berupa waswas yang menyalahi syarak, maka ia adalah daripada syaitan.
  3. Larangan untuk bertafakur tentang Zat Allah SWT, namun digalakkan untuk merenung ciptaan-ciptaan-Nya dan tanda-tanda kebesaran-Nya.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 123) (3276)، صحيح مسلم (1/ 120) (134)، إكمال المعلم (1/432)، المفهم (1/345)، فتح الباري (6/ 340)، طرح التثريب (8/163)، بهجة قلوب الأبرار (ص 27).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”

عَنْ سُفْيان بنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِيّ رضي الله عنه قال: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ، قَالَ: «قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ اسْتَقِمْ».
Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
رواه مسلم وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Sahabat, iaitu Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه bertanya kepada Nabi ﷺ agar baginda mengajarkannya suatu ucapan yang merangkumi makna-makna Islam, yang dapat dijadikan pegangan dan tidak akan bertanya tentangnya kepada orang lain. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Katakanlah: Aku mengesakan Allah, dan aku beriman bahawa Dia adalah Rabb-ku, Tuhanku, Penciptaku dan Tuhan yang aku sembah, tiada sekutu bagi-Nya.” Kemudian tunduk kepada perintah Allah dengan menunaikan segala kewajipan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, serta konsisten dalam melakukannya.

Faedah
  1. Asas agama ialah beriman kepada Allah dengan pengakuan-Nya sebagai Rabb, keesaan-Nya dalam ketuhanan, serta (beriman) drngan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Kepentingan istiqamah selepas beriman, konsisten dalam ibadah dan mengekalkan ketekunan dalam ketaatan.
  3. Beriman merupakan syarat penerimaan amal ibadah.
  4. Beriman kepada Allah meliputi segala yang wajib diyakini dari sudut akidah, asas-asasnya, amalan hati yang mengikutinya, serta kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah secara dalaman dan luaran.
  5. Istiqamah ialah teguh di jalan yang benar dengan melaksanakan perkara wajib dan meninggalkan larangan.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 65) (38)، مسند أحمد (24/ 141) (15416)، المفهم (1/137)، جامع العلوم والحكم (1/507)، فتح القوي المتين للعباد (ص 76)، شرح الأربعين النووية لعبد الكريم الخضير (ص 285)، شرح الأربعين لصالح آل الشيخ (ص 305).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr

عن أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رضي الله عنه قال: بينما نحن جلوس مع النبي صلى الله عليه وسلم في المسجد دخل رجل على جمل، فأناخه في المسجد ثم عقله، ثم قال لهم: أيكم محمد؟ والنبي صلى الله عليه وسلم متكئ بين ظهرانيهم، فقلنا: هذا الرجل الأبيض المتكئ. فقال له الرجل: يا ابن عبد المطلب فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: «قد أجبتك». فقال الرجل للنبي صلى الله عليه وسلم: إني سائلك فمشدد عليك في المسألة، فلا تجد علي في نفسك؟ فقال: «سل عما بدا لك» فقال: أسألك بربك ورب من قبلك، آلله أرسلك إلى الناس كلهم؟ فقال: «اللهم نعم». قال: أنشدك بالله، آلله أمرك أن نصلي الصلوات الخمس في اليوم والليلة؟ قال: «اللهم نعم». قال: أنشدك بالله، آلله أمرك أن نصوم هذا الشهر من السنة؟ قال: «اللهم نعم». قال: أنشدك بالله، آلله أمرك أن تأخذ هذه الصدقة من أغنيائنا فتقسمها على فقرائنا؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «اللهم نعم». فقال الرجل: آمنت بما جئت به، وأنا رسول من ورائي من قومي، وأنا ضمام بن ثعلبة أخو بني سعد بن بكر.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Nabi ﷺ di masjid, masuklah seorang lelaki menaiki seekor unta. Dia menyuruh unta itu duduk di dalam masjid lalu menambatkannya. Kemudian dia berkata kepada orang-orang di situ: "Siapakah antara kamu Muhammad?" Pada ketika itu Nabi ﷺ sedang bersandar di tengah-tengah kami. Kami pun berkata: "Itulah lelaki berkulit putih yang sedang bersandar." Lelaki itu berkata kepada baginda: "Wahai anak Abdul Muttalib!" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Aku telah menjawabmu." Lelaki itu berkata kepada Nabi ﷺ: "Aku akan bertanya kepadamu, dan aku akan bersikap tegas dalam pertanyaanku; maka janganlah engkau menyimpan rasa terhadapku." Baginda bersabda: "Tanyalah apa sahaja yang terlintas bagimu." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah yang mengutuskanmu kepada seluruh manusia?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami berpuasa pada bulan ini dalam setahun?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk mengambil sedekah ini daripada orang-orang kaya dalam kalangan kami lalu membahagikannya kepada orang-orang miskin dalam kalangan kami?" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Ya Allah, benar." Lelaki itu berkata: "Aku beriman dengan apa yang engkau bawa, dan aku adalah utusan bagi pihak kaumku yang berada di belakangku. Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau menceritakan: Ketika para Sahabat duduk bersama Nabi ﷺ di masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki seekor unta, lalu menderumkannya kemudian mengikatnya, Kemudian dia bertanya kepada mereka: "Siapakah antara kamu Muhammad?" Dan Nabi ﷺ sedang bersandar di antara kaumnya, lalu kami berkata: "Itulah lelaki putih yang sedang bersandar itu," Maka berkatalah lelaki itu kepadanya: "Wahai Ibn Abd al-Muttalib," Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Aku mendengarmu, maka bertanyalah, nescaya akan aku jawab.” Lalu lelaki itu berkata kepada Nabi ﷺ: “Sesungguhnya aku akan bertanya kepadamu dan bersikap tegas dalam pertanyaanku, maka janganlah engkau marah kepadaku.” Iaitu: janganlah engkau marah kepadaku, dan janganlah engkau ditimpa kesusahan, Maka baginda bersabda: Tanyalah apa yang engkau kehendaki, Maka dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah mengutuskanmu kepada manusia?" Maka dia berkata: "Ya, benar" untuk menegaskan kebenarannya. Lelaki itu berkata: "Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, yakni aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkan kamu agar kami menunaikan solat lima waktu sehari semalam? Iaitu solat-solat fardhu," Dia menjawab: "Ya, benar." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Allah, adakah Allah telah memerintahkanmu agar kita berpuasa pada bulan ini dalam setahun? Iaitu: bulan Ramadan," Dia berkata: "Ya, benar." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, apakah Allah memerintahkanmu untuk mengambil zakat ini daripada orang kaya kami, lalu membahagikannya kepada orang miskin kami?” iaitu zakat, Nabi ﷺ bersabda, “Ya, itu benar.” Maka Dhimam pun memeluk Islam dan memberitahu Nabi ﷺ bahawa beliau akan menyeru kaumnya kepada Islam, kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Dhimam bin Tha'labah dari Bani Saad bin Bakr.

Faedah
  1. Ketawadukan Nabi ﷺ sehinggakan seseorang tidak dapat membezakan antara baginda dengan para sahabatnya.
  2. Akhlak Nabi ﷺ yang mulia, kelembutan baginda dalam menjawab orang yang bertanya, dan sesungguhnya jawapan yang baik merupakan antara sebab diterimanya dakwah.
  3. Keharusan mengenalkan seorang lelaki dengan sifat putih dan kemerahan, tinggi dan pendek, dan seumpamanya, selagi mana tidak bertujuan untuk mencela, dan jika dia tidak membencinya.
  4. Keharusan masuknya orang kafir ke masjid kerana hajat.
  5. Haji tidak disebutkan dalam hadis kerana mungkin ia belum difardukan ketika itu.
  6. Para sahabat amat bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada manusia; sebaik sahaja seseorang memeluk Islam, beliau akan terus menyeru kaumnya.
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 23) (63)، صحيح مسلم (1/ 41) (12)، شرح ابن بطال (1/145)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (2/ 22).

Hadis ini di HadeethEnc.com
8 daripada 10
10 hadis
  1. “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”
  2. Islam itu dibina atas lima perkara
  3. Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka
  4. “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
  5. Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah
  6. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti
  7. “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
  8. Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr
  9. Islam itu dibina atas lima perkara
  10. “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com