Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”

عَنْ أَبِي عَمْرٍو- وَقِيلَ: أَبِي عَمْرَةَ-، سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ، قَالَ: «قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ اسْتَقِمْ».
Daripada Abu ‘Amr – dan dikatakan: Abu ‘Amrah, – Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Sahabat, iaitu Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه bertanya kepada Nabi ﷺ agar baginda mengajarkannya suatu ucapan yang merangkumi makna-makna Islam, yang dapat dijadikan pegangan dan tidak akan bertanya tentangnya kepada orang lain. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Katakanlah: Aku mengesakan Allah, dan aku beriman bahawa Dia adalah Rabb-ku, Tuhanku, Penciptaku dan Tuhan yang aku sembah, tiada sekutu bagi-Nya.” Kemudian tunduk kepada perintah Allah dengan menunaikan segala kewajipan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, serta konsisten dalam melakukannya.

Faedah
  1. Asas agama ialah beriman kepada Allah dengan pengakuan-Nya sebagai Rabb, keesaan-Nya dalam ketuhanan, serta (beriman) drngan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Kepentingan istiqamah selepas beriman, konsisten dalam ibadah dan mengekalkan ketekunan dalam ketaatan.
  3. Beriman merupakan syarat penerimaan amal ibadah.
  4. Beriman kepada Allah meliputi segala yang wajib diyakini dari sudut akidah, asas-asasnya, amalan hati yang mengikutinya, serta kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah secara dalaman dan luaran.
  5. Istiqamah ialah teguh di jalan yang benar dengan melaksanakan perkara wajib dan meninggalkan larangan.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 65) (38). مسند أحمد (24/ 141) (15416). المفهم (1/137). جامع العلوم والحكم (1/507). فتح القوي المتين للعباد (ص 76). شرح الأربعين النووية لعبد الكريم الخضير (ص 285). شرح الأربعين لصالح آل الشيخ (ص 305).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Belief in Allah the Mighty and Majestic

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com