Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ».
Daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”
رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهماDarjatقال النووي: حديث حسن
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah telah memberi pengampunan kepada umat Baginda dalam tiga keadaan: Pertama: Kesilapan – iaitu perbuatan yang dilakukan tanpa niat sengaja. Maksudnya, seorang Muslim berniat melakukan sesuatu, tetapi hasil perbuatannya berbeza daripada yang dimaksudkan. Kedua: Lupa – iaitu apabila seorang Muslim sedar akan sesuatu, tetapi terlupa sewaktu melakukan perbuatan itu. Dalam hal ini, tiada dosa dikenakan. Ketiga: Dipaksa – iaitu apabila seorang hamba dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dikehendakinya dan dia tidak mampu menolak paksaan itu. Dalam keadaan ini, tiada dosa yang dikenakan ke atasnya. Perlu diperhatikan bahawa topik hadis ini adalah mengenai hubungan hamba dengan Tuhannya dalam melakukan perkara yang diharamkan. Adapun jika meninggalkan perintah kerana lupa, maka tidak gugur. Namun, jika perbuatan itu mengakibatkan kemudaratan kepada makhluk, maka hak makhluk tidak gugur. Contohnya jika membunuh secara tidak sengaja, wajib membayar diyat, atau merosakkan kereta secara tidak sengaja, wajib menanggung ganti rugi.

Faedah
  1. Betapa luasnya rahmat Allah ﷻ dan kelembutan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya, kerana Dia menghapuskan dosa mereka apabila maksiat itu berlaku dalam tiga keadaan tersebut.
  2. Kurniaan Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan umat baginda.
  3. Tidak berdosa bukan bermaksud tiada hukum atau tanggungan. Contohnya, seseorang yang lupa wuduk lalu menunaikan solat dengan menganggap dirinya telah suci, maka tiada dosa ke atasnya, tetapi dia tetap wajib mengambil wuduk dan mengulangi solat tersebut.
  4. Dalam kes penghapusan dosa akibat paksaan, syarat-syarat tertentu mesti dipenuhi, seperti bahawa orang yang memaksa itu benar-benar berkuasa untuk melaksanakan ancaman yang diberikannya.
Rujukan

الأربعون النووية (ص127) (ح39). سنن ابن ماجه (3/ 200) (2045). السنن الكبرى للبيهقي (7/ 584) (15094). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص89). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص382).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Belief in Allah the Mighty and Majestic

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com