Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun

عَنْ مُعَاذٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حِمَارٍ يُقَالُ لَهُ عُفَيْرٌ، فَقَالَ: «يَا مُعَاذُ، هَلْ تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ، وَمَا حَقُّ العِبَادِ عَلَى اللَّهِ؟»، قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى العِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، وَحَقَّ العِبَادِ عَلَى اللَّهِ أَنْ لا يُعَذِّبَ مَنْ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا»، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ أُبَشِّرُ بِهِ النَّاسَ؟ قَالَ: «لا تُبَشِّرْهُمْ، فَيَتَّكِلُوا».
Daripada Mu‘az رضي الله عنه, beliau berkata: Aku membonceng di belakang Nabi ﷺ di atas seekor keldai yang bernama 'Ufair. Lalu baginda bersabda: “Wahai Mu'az, tahukah engkau hak Allah ke atas hamba-Nya, dan apa hak hamba ke atas Allah?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun” Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Baginda bersabda: “Jangan sampaikan kepada mereka, nanti mereka akan berserah sahaja.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya, dan hak hamba-hamba-Nya ke atas Allah, dan bahawa hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah menyembah-Nya semata-mata tanpa mensyirikkan-Nya, Dan bahawa hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab golongan muwahidin yang tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun. Kemudian Mu'az berkata: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai agar mereka dapat bergembira dan bersukacita dengan kurniaan ini?” Maka Nabi ﷺ melarangnya kerana khuatir mereka akan bergantung kepadanya.

Faedah
  1. Penjelasan tentang hak Allah Taala yang diwajibkan-Nya ke atas hamba-Nya, iaitu menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun.
  2. Penjelasan tentang hak hamba-hamba-Nya ke atas Allah Taala yang telah diwajibkan-Nya ke atas Diri-Nya sebagai satu kemurahan dan nikmat daripada-Nya, iaitu memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak mengazab mereka.
  3. Di dalamnya terkandung khabar gembira yang besar bagi golongan yang mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, bahawa kesudahan mereka adalah syurga.
  4. Mu'az RA meriwayatkan hadis ini sebelum kewafatannya, kerana bimbang akan jatuh ke dalam dosa menyembunyikan ilmu.
  5. Peringatan agar tidak menyebarkan sebahagian hadis kepada sesetengah orang kerana khuatir terhadap mereka yang tidak memahami maknanya; iaitu pada perkara yang tidak mengandungi tuntutan amalan dan tidak pula terdapat padanya hukum hudud Syariat.
  6. Para pelaku maksiat dalam kalangan orang yang bertauhid tertakluk kepada kehendak Allah: jika Dia berkehendak, Dia mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia mengampuni mereka. Akhirnya, kesudahan mereka adalah syurga.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 29) (2856)، صحيح مسلم (1/ 58) (30)، المحكم لابن سيده (10/26)، المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 203)، فتح الباري (11/340، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (1/ 623)، (1/ 627)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (14/ 148).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Oneness of Allah's Worship

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com