عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ: «يَا غُلَامُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ، احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ، لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ، لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ».
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh umat berkumpul untuk memberimu suatu kebaikan maka mereka tidak akan mampu memberikanmu kebaikan itu kecuali sesuatu yang Allah telah tetapkan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu maka mereka tidak akan mampu menimpakan mudarat kecuali sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”
رواه الترمذيDarjatصحيح
Huraian
Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya:
“Aku mahu mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepadamu:
Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada segala larangan-Nya, di mana Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.”
Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya.”
Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah.
Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang kebaikan walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu kebaikan, melainkan apa yang Allah sudah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memudaratkanmu, melainkan apa yang Allah sudah takdirkan Allah ke atasmu.
(Ketahuilah) bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang telah Allah tetapkan.
Faedah
- Kepentingan mendidik kanak-kanak tentang perkara agama, termasuk tauhid, adab dan lain-lain.
- Balasan setimpal dengan perbuatan.
- Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.
- Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.
- Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 284) (2516).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص42).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص200).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص69).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ: «أَنَّ خَلْقَ أَحَدِكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا وَأَرْبَعِينَ لَيْلَةً، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَهُ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَهُ، ثُمَّ يُبْعَثُ إِلَيْهِ المَلَكُ، فَيُؤْذَنُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، فَيَكْتُبُ: رِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَعَمَلَهُ وَشَقِيٌّ أَمْ سَعِيدٌ، ثُمَّ يَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ حَتَّى لاَ يَكُونُ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُ النَّارَ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ، فَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا».
Daripada ʿAbdullāh bin Masʿūd رضي الله عنه: Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai:
"Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam, kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Setelah itu, malaikat diutus kepadanya, lalu diperintahkan untuk menulis empat perkara: rezeki, ajal, amal perbuatan dan kecelakaan atau kebahagiaan. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antaranya dengan syurga kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka dia pun memasukinya. Dan sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli neraka sehingga tiada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia pun memasukinya."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Ibn Masʿūd رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ telah menyampaikan kepada kami, dan Baginda adalah orang yang benar dalam tutur katanya serta dibenarkan (oleh wahyu) kerana Allah ﷻ membenarkannya. Baginda bersabda: Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan; iaitu apabila seorang lelaki mendatangi isterinya, maka maninya yang berselerak itu dihimpunkan di dalam rahim wanita selama 40 hari sebagai setitis air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah beku yang pekat, dan ia berlaku dalam tempoh 40 hari yang kedua. Kemudian ia menjadi segumpal daging iaitu seketul daging seukuran sesuatu yang boleh dikunyah, dan perkara ini berlaku dalam 40 hari yang ketiga. Setelah berakhir tempoh 40 hari yang ketiga itu, Allah mengutus malaikat kepadanya, lalu malaikat tersebut meniupkan roh ke dalamnya. Malaikat itu juga diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: Rezekinya dan ia kadar nikmat dan pemberian yang akan diperolehnya sepanjang hidupnya. Ajalnya iaitu tempoh masa dia akan hidup di dunia. Amalannya, apakah yang akan dia lakukan? Sama ada dia sengsara atau bahagia. Kemudian Nabi ﷺ bersumpah bahawa seseorang itu akan melakukan amalan ahli syurga dan amalannya kelihatan baik, iaitu sebagaimana yang terlihat oleh manusia. Dia terus kekal demikian sehingga jaraknya dengan syurga hanyalah sehasta, iaitu tiada yang memisahkannya dengan syurga melainkan jarak sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis untuknya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini kerana syarat penerimaan amal ialah dia terus istiqamah di atasnya dan tidak mengubahnya. Ada pula orang lain yang melakukan amalan ahli neraka sehingga dia hampir memasukinya, seakan-akan jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis baginya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.
Faedah
- Kesudahan segala urusan pada akhirnya kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh ketentuan (qadha’) dan telah ditulis oleh takdir.
- Peringatan agar berhati-hati daripada terpedaya dengan rupa bentuk amalan kerana sesungguhnya amalan itu (diukur) berdasarkan penutupnya (kesudahannya).
Rujukan
صحيح البخاري (9/ 135) (7454)، (4/ 111) (3208)، صحيح مسلم (4/ 2036) (2643)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (15/ 130)، شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 84).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «كَتَبَ اللهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، قَالَ: وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ».
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, sedang Arasy-Nya berada di atas air.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa Allah telah menulis takdir makhluk secara terperinci, merangkumi kehidupan, kematian, rezeki dan sebagainya, di dalam Lawh Mahfuz sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan ia berlaku menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah, Maka segala sesuatu yang berlaku adalah dengan qada' dan qadar Allah, Apa yang menimpa seorang hamba tidak mungkin tersasar daripadanya, dan apa yang tidak ditakdirkan untuknya tidak akan menimpanya.
Faedah
- Kewajipan beriman kepada qada' dan qadar Allah.
- Takdir adalah Allah mengetahui segala sesuatu, menuliskannya, menghendakinya, dan menciptakannya.
- Beriman kepada takdir yang telah ditetapkan sebelum penciptaan langit dan bumi membuahkan keredaan dan penyerahan diri.
- Bahawa ʿArasy al-Raḥmān berada di atas air sebelum penciptaan langit dan bumi.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2044) (2653)، إكمال المعلم (8/141)، البحر المحيط الثجاج (41/450).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ طَاوُسٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُونَ كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، قَالَ: وَسَمِعْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ رضي الله عنهما يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، حَتَّى الْعَجْزِ وَالْكَيْسِ، أَوِ الْكَيْسِ وَالْعَجْزِ».
Daripada Tāwus, beliau berkata: Aku sempat bertemu dengan beberapa orang sahabat Rasulullah ﷺ, mereka berkata: “Setiap sesuatu adalah dengan takdir.” Dan aku juga mendengar ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Segala sesuatu dengan takdir, sehinggalah kelemahan dan kepintaran, atau kepintaran dan kelemahan."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menerangkan bahawa setiap sesuatu dengan takdir; Sehinggalah kepada kelemahan, iaitu meninggalkan perkara yang wajib dilakukan, menangguh-nangguhkannya, serta melambatkannya daripada waktunya, dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Bahkan juga al-Kays, iaitu: kecergasan dan kepintaran dalam urusan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menakdirkan kelemahan, kepandaian dan segala sesuatu, dan tiada apa pun yang wujud melainkan telah didahului oleh ilmu dan kehendak-Nya.
Faedah
- Penjelasan akidah para Sahabat رضوان الله عليهم tentang Takdir.
- Segala sesuatu berlaku dengan takdir Allah, sehinggakan kelemahan dan kecergasan.
- Ketelitian dan kehati-hatian para sahabat رضوان الله عليهم dalam menukilkan hadis Rasulullah ﷺ.
- Percaya kepada takdir, sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2045) (2655)، إكمال المعلم (8/143)، شرح النووي على مسلم (16/205)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 122).
Hadis ini di HadeethEnc.com