Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «كَتَبَ اللهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، قَالَ: وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ».
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, sedang Arasy-Nya berada di atas air.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa Allah telah menulis takdir makhluk secara terperinci, merangkumi kehidupan, kematian, rezeki dan sebagainya, di dalam Lawh Mahfuz sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan ia berlaku menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah, Maka segala sesuatu yang berlaku adalah dengan qada' dan qadar Allah, Apa yang menimpa seorang hamba tidak mungkin tersasar daripadanya, dan apa yang tidak ditakdirkan untuknya tidak akan menimpanya.

Faedah
  1. Kewajipan beriman kepada qada' dan qadar Allah.
  2. Takdir adalah Allah mengetahui segala sesuatu, menuliskannya, menghendakinya, dan menciptakannya.
  3. Beriman kepada takdir yang telah ditetapkan sebelum penciptaan langit dan bumi membuahkan keredaan dan penyerahan diri.
  4. Bahawa ʿArasy al-Raḥmān berada di atas air sebelum penciptaan langit dan bumi.
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 2044) (2653)، إكمال المعلم (8/141)، البحر المحيط الثجاج (41/450).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Levels of Divine Decree and Fate

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com