Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Segala sesuatu dengan takdir, sehinggalah kelemahan dan kepintaran, atau kepintaran dan kelemahan

عَنْ طَاوُسٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُونَ كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، قَالَ: وَسَمِعْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ رضي الله عنهما يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، حَتَّى الْعَجْزِ وَالْكَيْسِ، أَوِ الْكَيْسِ وَالْعَجْزِ».
Daripada Tāwus, beliau berkata: Aku sempat bertemu dengan beberapa orang sahabat Rasulullah ﷺ, mereka berkata: “Setiap sesuatu adalah dengan takdir.” Dan aku juga mendengar ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Segala sesuatu dengan takdir, sehinggalah kelemahan dan kepintaran, atau kepintaran dan kelemahan."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menerangkan bahawa setiap sesuatu dengan takdir; Sehinggalah kepada kelemahan, iaitu meninggalkan perkara yang wajib dilakukan, menangguh-nangguhkannya, serta melambatkannya daripada waktunya, dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Bahkan juga al-Kays, iaitu: kecergasan dan kepintaran dalam urusan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menakdirkan kelemahan, kepandaian dan segala sesuatu, dan tiada apa pun yang wujud melainkan telah didahului oleh ilmu dan kehendak-Nya.

Faedah
  1. Penjelasan akidah para Sahabat رضوان الله عليهم tentang Takdir.
  2. Segala sesuatu berlaku dengan takdir Allah, sehinggakan kelemahan dan kecergasan.
  3. Ketelitian dan kehati-hatian para sahabat رضوان الله عليهم dalam menukilkan hadis Rasulullah ﷺ.
  4. Percaya kepada takdir, sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 2045) (2655)، إكمال المعلم (8/143)، شرح النووي على مسلم (16/205)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 122).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Belief in the Divine Decree and Fate

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com