عَنْ طَاوُسٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُونَ كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، قَالَ: وَسَمِعْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ رضي الله عنهما يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ، حَتَّى الْعَجْزِ وَالْكَيْسِ، أَوِ الْكَيْسِ وَالْعَجْزِ».
Daripada Tāwus, beliau berkata: Aku sempat bertemu dengan beberapa orang sahabat Rasulullah ﷺ, mereka berkata: “Setiap sesuatu adalah dengan takdir.” Dan aku juga mendengar ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Segala sesuatu dengan takdir, sehinggalah kelemahan dan kepintaran, atau kepintaran dan kelemahan."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menerangkan bahawa setiap sesuatu dengan takdir; Sehinggalah kepada kelemahan, iaitu meninggalkan perkara yang wajib dilakukan, menangguh-nangguhkannya, serta melambatkannya daripada waktunya, dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Bahkan juga al-Kays, iaitu: kecergasan dan kepintaran dalam urusan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menakdirkan kelemahan, kepandaian dan segala sesuatu, dan tiada apa pun yang wujud melainkan telah didahului oleh ilmu dan kehendak-Nya.
Faedah
- Penjelasan akidah para Sahabat رضوان الله عليهم tentang Takdir.
- Segala sesuatu berlaku dengan takdir Allah, sehinggakan kelemahan dan kecergasan.
- Ketelitian dan kehati-hatian para sahabat رضوان الله عليهم dalam menukilkan hadis Rasulullah ﷺ.
- Percaya kepada takdir, sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2045) (2655)، إكمال المعلم (8/143)، شرح النووي على مسلم (16/205)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 122).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ مَطَرِ بْنِ عُكَامِسٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا قَضَى اللَّهُ لِعَبْدٍ أَنْ يَمُوتَ بِأَرْضٍ جَعَلَ لَهُ إِلَيْهَا حَاجَةً».
Daripada Matar bin 'Ukamis رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana."
رواه الترمذيDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa apabila Allah telah menetapkan dan menakdirkan seorang hamba akan mati di sesuatu negeri, sedangkan dia tidak berada di situ, nescaya Dia akan menjadikan suatu urusan untuknya di sana, lalu dia pun mendatanginya, dan rohnya akan dicabut di situ.
Faedah
- Hadis ini membenarkan firman Allah 'Azza wa Jalla: “...dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati.”
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 23) (2146)، تحفة الأحوذي (6/ 299).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ: «قُلْ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ»، قَالَ: لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ، يَقُولُونَ: إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ. فَأَنْزَلَ اللهُ: {إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ } [القصص: 56].
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepada bapa saudaranya: “Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat.” Dia berkata: “Kalaulah bukan kerana kaum Quraisy akan mencelaku, dengan berkata: ‘Sesungguhnya yang mendorongnya berbuat demikian hanyalah kerana ketakutan (menghadapi kematian),’ nescaya aku akan mengucapkannya untuk menyenangkan hatimu.” Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki} [al-Qasas: 56].
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ meminta bapa saudaranya Abu Talib, ketika beliau sedang dalam sakaratulmaut, agar mengucapkan 'tiada yang berhak disembah selain Allah' supaya baginda boleh memberikannya syafaat pada hari kiamat dan menjadi saksi keislamannya. Namun beliau enggan melafazkan syahadah kerana bimbang kaum Quraisy akan mencelanya dan mengatakan bahawa beliau memeluk Islam hanya kerana takut akan kematian dan berada dalam keadaan lemah! Lalu beliau berkata kepada Nabi ﷺ: "Kalaulah bukan kerana itu, nescaya aku telah menggembirakan hatimu dengan melafazkan syahadah, dan aku tunaikan hajatmu sehingga engkau reda!"
Maka Allah SWT menurunkan ayat yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ tidak memiliki hidayah taufik untuk Islam, sebaliknya hanya Allah SWT sahajalah yang memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan bahawa Nabi ﷺ memberi hidayah kepada makhluk dalam bentuk petunjuk, penjelasan, bimbingan dan seruan ke jalan yang lurus.
Faedah
- Kebenaran tidak ditinggalkan kerana takut akan kata-kata manusia.
- Nabi ﷺ hanya memiliki bimbingan berbentuk tunjuk ajar, bukan bimbingan taufik.
- Pensyariatan menziarahi orang kafir yang sakit untuk menyerunya kepada Islam.
- Nabi ﷺ bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada Allah SWT pada setiap keadaan.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 55) (25)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (1/ 539)، النهاية في غريب الحديث والأثر (ص 742).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ: «إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٍّ أَوْ سَعِيدٍ؛ فَوَالَّذِي لَا إلَهَ غَيْرُهُ إنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا».
Daripada Abu ‘Abd al-Rahman, Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menceritakan kepada kami, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi diakui kebenaran nya:
“Sesungguhnya kejadian salah seorang daripada kamu dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging selama tempoh yang sama. Kemudian diutuskan malaikat kepadanya, lalu ditiupkan roh ke dalamnya, dan diperintahkan dengan empat perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, dan sama ada dia celaka atau bahagia. Demi Tuhan yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada antara kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antara dirinya dan syurga melainkan sehasta, namun ketentuan takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka dan dia memasukinya. Dan sesungguhnya ada antara kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tiada jarak antara dirinya dan neraka melainkan sehasta, namun ketentuan takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia memasukinya.”
رواه البخاري ومسلمDarjatصحيح
Huraian
Ibn Masʿūd رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ telah menyampaikan kepada kami, dan Baginda adalah orang yang benar dalam tutur katanya serta dibenarkan (oleh wahyu) kerana Allah ﷻ membenarkannya. Baginda bersabda: Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan; iaitu apabila seorang lelaki mendatangi isterinya, maka maninya yang berselerak itu dihimpunkan di dalam rahim wanita selama 40 hari sebagai setitis air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah beku yang pekat, dan ia berlaku dalam tempoh 40 hari yang kedua. Kemudian ia menjadi segumpal daging iaitu seketul daging seukuran sesuatu yang boleh dikunyah, dan perkara ini berlaku dalam 40 hari yang ketiga. Setelah berakhir tempoh 40 hari yang ketiga itu, Allah mengutus malaikat kepadanya, lalu malaikat tersebut meniupkan roh ke dalamnya. Malaikat itu juga diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: Rezekinya dan ia kadar nikmat dan pemberian yang akan diperolehnya sepanjang hidupnya. Ajalnya iaitu tempoh masa dia akan hidup di dunia. Amalannya, apakah yang akan dia lakukan? Sama ada dia sengsara atau bahagia. Kemudian Nabi ﷺ bersumpah bahawa seseorang itu akan melakukan amalan ahli syurga dan amalannya kelihatan baik, iaitu sebagaimana yang terlihat oleh manusia. Dia terus kekal demikian sehingga jaraknya dengan syurga hanyalah sehasta, iaitu tiada yang memisahkannya dengan syurga melainkan jarak sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis untuknya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini kerana syarat penerimaan amal ialah dia terus istiqamah di atasnya dan tidak mengubahnya. Ada pula orang lain yang melakukan amalan ahli neraka sehingga dia hampir memasukinya, seakan-akan jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis baginya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.
Faedah
- Penjelasan tentang peringkat kejadian manusia.
- Beriman kepada ketentuan dan takdir Allah.
- Kesudahan segala urusan pada akhirnya kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh ketentuan (qadha’) dan telah ditulis oleh takdir.
- Peringatan agar berhati-hati daripada terpedaya dengan rupa bentuk amalan kerana sesungguhnya amalan itu (diukur) berdasarkan penutupnya (kesudahannya).
Rujukan
صحيح البخاري (9/ 135) (7454)، (4/ 111) (3208).
صحيح مسلم (4/ 2036) (2643).
عمدة القاري شرح صحيح البخاري (15/ 130).
شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 84).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي العَبَّاسِ، عَبْدِ الله بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْت خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ: «يَا غُلَامِ! إنِّي أُعَلِّمُك كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ؛ رُفِعَتِ الأَقْلَامُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ».
وَفِي رِوَايَةِ غَيْرِ التِّرْمِذِيِّ: «احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ، وَمَا أَصَابَك لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنْ الفَرَجَ مَعَ الكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا».
Daripada Abu al-‘Abbās, ‘Abdullah bin ‘Abbās رضي الله عنهما, beliau berkata: “Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda: "Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah bahawa jika seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, mereka tidak dapat melakukannya melainkan dengan izin Allah. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan berjaya melakukannya melainkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Pena telah diangkat dan takdir telah ditulis." Dalam satu riwayat selain al-Tirmidhi disebut:
“Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Dekatlah kepada Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang terlepas daripada kamu tidak akan menimpamu, dan apa yang akan menimpamu tidak akan terlepas daripada kamu. Ketahuilah bahawa kemenangan datang bersama kesabaran, kemudahan datang bersama kesempitan dan bersama kesukaran pasti ada kelapangan.”
رواه الترمذي وغيرهDarjatصحيح
Huraian
Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia masih kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya: “Aku akan mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi kebaikan kepadamu: Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya, sehingga Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.” Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya. Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang manfaat walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu manfaat, melainkan apa yang Allah telah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk mencelakakanmu, melainkan apa yang Allah telah takdirkan ke atasmu. Ketahuilah bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang Allah telah tetapkan. Sesiapa yang memelihara Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala sentiasa di hadapan hamba-Nya, mengetahui keadaannya, menolongnya dan memberi pertolongan kepadanya. Dan bahawa jika seseorang itu taat kepada Allah ketika dalam kesenangan, maka Allah akan memudahkan jalan keluar dan pertolongan baginya ketika dalam kesempitan. Setiap hamba hendaklah reda dengan apa yang ditetapkan Allah ke atasnya, sama ada baik atau buruk. Dalam menghadapi kesusahan dan ujian, hamba mesti bersabar, kerana sabar itu kunci kepada pertolongan. Apabila kesusahan bertambah berat, pertolongan datang daripada Allah, dan apabila kesulitan berlaku, Allah mengakhirinya dengan kemudahan.
Faedah
- Kepentingan mendidik kanak-kanak tentang perkara agama, termasuk tauhid, adab dan lain-lain.
- Balasan setimpal dengan perbuatan.
- Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.
- Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.
- Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.
- Khabar gembira yang agung ialah apabila seseorang ditimpa kesusahan, hendaklah ia menantikan kesenangan.
- Ia merupakan satu bentuk penyejuk hati bagi hamba apabila ditimpa musibah dan kehilangan sesuatu yang disayangi. Dalam sabda Nabi ﷺ: «Ketahuilah, apa yang menimpa kamu itu tidak mungkin terlepas daripada kamu, dan apa yang terlepas daripada kamu itu tidak mungkin menimpa kamu», ayat pertama memberikan rasa tenang ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, manakala ayat kedua memberikan ketenangan apabila sesuatu yang disukai terlepas daripada dirinya.
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 284) (2516).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص42).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص200).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص69).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com