Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Descriptions of Paradise and Hell

7 hadis

Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «مَنْ لَقِيَ اللهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ لَقِيَهُ يُشْرِكُ بِهِ دَخَلَ النَّارَ».
Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka kesudahannya adalah syurga sekalipun dia diazab atas sebahagian dosanya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mensyirikkan Allah akan kekal di dalam neraka.

Faedah
  1. Keutamaan bertauhid dan bahawa ia adalah sebab keselamatan daripada kekal dalam neraka.
  2. Dekatnya syurga dan neraka kepada hamba, dan bahawasanya tiada antara dia dan kedua-duanya melainkan kematian.
  3. Amaran daripada syirik, sama ada sedikit mahupun banyak, kerana keselamatan daripada neraka adalah dengan menjauhinya.
  4. Iktibar pada amalan adalah berdasarkan kesudahannya.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 94) (93). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص49). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص60).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga

عن سهل بن سعد رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ».
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang dua perkara, yang jika seorang Muslim berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka dia akan masuk syurga, Pertama: Menjaga lidah daripada berkata perkara yang memurkai Allah Taala, Kedua: Menjaga kemaluan daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji; Kerana kedua-dua anggota ini adalah punca banyak berlakunya maksiat.

Faedah
  1. Menjaga lidah dan kemaluan adalah jalan memasuki syurga.
  2. Lidah dan kemaluan dikhususkan; kerana kedua-duanya adalah sumber bala terbesar bagi manusia di dunia dan akhirat.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 100) (6474). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، تأليف سليم الهلالي (3/ 9). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، تأليف د. مصطفى الخِن وغيره (2/ 1035). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (18/ 85). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (6/ 117). إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري، للقسطلاني (9/ 272).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: «الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ».
Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberitahu bahawa syurga dan neraka itu dekat dengan manusia, sedekat tali kasut pada kakinya, kerana seseorang itu boleh jadi melakukan suatu ketaatan yang diredai Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung yang memasukkannya ke dalam syurga, atau melakukan suatu maksiat yang menjadi sebab dia dimasukkan ke dalam neraka.

Faedah
  1. Galakan untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit, dan amaran daripada berbuat keburukan walaupun sedikit.
  2. Seorang Muslim dalam kehidupannya mestilah menggabungkan antara ibadah harap dan takut, dan sentiasa memohon kepada Allah SWT akan ketetapan di atas kebenaran, sehingga dia selamat dan tidak terpedaya dengan keadaannya.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 102) (6488). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 99). فتح الباري، لابن حجر(11/ 321). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (1/ 186). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمصطفى الخِن وغيره (1/ 136).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «حُجِبَتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ، وَحُجِبَتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa neraka dikelilingi oleh perkara-perkara yang diingini oleh hawa nafsu seperti melakukan perkara-perkara haram atau memandang ringan terhadap kewajipan; Maka sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya dalam hal itu, maka dia layak memasuki neraka, Dan bahawa syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh diri; seperti berterusan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan, meninggalkan perkara yang haram, dan bersabar atasnya. Maka apabila seseorang itu menempuhinya dan berjihad melawan dirinya untuk melakukannya, dia berhak masuk ke syurga.

Faedah
  1. Antara sebab-sebab terjatuh ke dalam syahwat ialah perbuatan syaitan yang menghiaskan perkara yang mungkar dan keji, sehingga jiwa melihatnya sebagai sesuatu yang baik, lalu cenderung kepadanya.
  2. Perintah untuk menjauhi syahwat yang diharamkan; kerana ia adalah jalan ke neraka, dan bersabar atas perkara-perkara yang dibenci kerana ia adalah jalan ke syurga.
  3. Keutamaan berjuang melawan hawa nafsu, bersungguh-sungguh dalam ibadah, dan bersabar atas segala kesukaran dan kepayahan dalam menjalankan ketaatan.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 102) (6487). صحيح مسلم (4/ 2174) (2822). سنن أبي داود (7/ 122) (4744). سنن الترمذي (4/ 274) (2560). سنن النسائي (7/ 3) (3763). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (2/ 449). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 87). المنهاج شرح صحيح مسلم بن الحجاج، للنووي (17/ 165). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (1/ 183). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمصطفى الخِن وغيره (1/ 134).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى الْجَنَّةِ، فَقَالَ: انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَرَجَعَ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: اذْهَبْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا، فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ. قَالَ: اذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَى النَّارِ وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا، فَرَجَعَ فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَدْخُلُهَا أَحَدٌ. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَقَالَ: ارْجِعْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَرَجَعَ وَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam ke syurga, lalu Dia berfirman: 'Lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril pun melihatnya lalu kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan pasti akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci, lalu Dia berfirman: 'Pergilah kepadanya, lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci. Lalu dia berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan dapat memasukinya.' Dia berfirman: 'Pergilah, lihatlah neraka dan apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata api neraka bergelora sebahagiannya menimpa sebahagian yang lain. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tiada seorang pun yang akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar neraka diliputi dengan syahwat, lalu Dia berfirman: 'Kembalilah dan lihatlah kepadanya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan syahwat. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya, melainkan dia pasti akan memasukinya».
رواه أبو داود والترمذي والنسائيDarjatحسن
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa apabila Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia berfirman kepada Jibril عليه السلام: "Pergilah ke syurga dan lihatlah kepadanya," lalu dia pergi melihatnya, kemudian kembali, Maka Jibril berkata: "Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, tiada sesiapa pun yang mendengar tentangnya serta segala kenikmatan, kemuliaan dan kebaikan yang ada di dalamnya, melainkan dia pasti berhasrat untuk memasukinya dan beramal deminya." Kemudian Allah meliputi syurga dengan perkara-perkara yang dibenci dan kesukaran, iaitu melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan; maka sesiapa yang ingin memasukinya, hendaklah dia melepasi perkara-perkara yang dibenci tersebut. Kemudian Allah Azza wa Jalla berfirman: Wahai Jibril! Pergilah dan lihatlah syurga, setelah Aku mengelilinginya dengan perkara-perkara yang dibenci, Maka dia pun pergi melihatnya, kemudian kembali lalu berkata: “Wahai Tuhanku, demi kemuliaan-Mu, aku takut tiada seorang pun akan memasukinya disebabkan kesukaran dan kepayahan yang ada pada jalannya.” Dan apabila Allah SWT menciptakan Neraka, Dia berfirman: “Wahai Jibril! Pergilah dan lihatlah ia,” maka Jibril pun pergi lalu melihatnya, Kemudian Jibril datang lalu berkata: "Wahai Tuhanku, demi kemuliaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengar tentang azab, kesengsaraan dan penyeksaan yang ada di dalamnya, melainkan dia pasti akan benci untuk memasukinya dan akan menjauhi sebab-sebabnya." Kemudian Allah SWT mengelilingi Neraka dan menjadikan jalan yang menuju kepadanya dengan syahwat dan kelazatan, kemudian Dia berfirman: “Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya,” Maka Jibril pun pergi lalu melihat ke arahnya, kemudian dia kembali dan berkata: "Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, aku sangat bimbang dan khuatir bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya; kerana ia dikelilingi oleh pelbagai syahwat dan kelazatan."

Faedah
  1. Beriman bahawa syurga dan neraka wujud sekarang.
  2. Kita wajib beriman kepada perkara ghaib dan segala yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya ﷺ.
  3. Kepentingan kesabaran dalam menghadapi musibah kerana ia adalah jalan yang membawa ke syurga.
  4. Kepentingam menjauhi perkara-perkara yang diharamkan kerana ia adalah jalan yang membawa ke neraka.
  5. Menjadikan syurga dikelilingi oleh kesukaran, dan neraka oleh syahwat, adalah tuntutan ujian dan cubaan dalam kehidupan dunia.
  6. Jalan syurga itu sukar dan payah, serta memerlukan kesabaran dan perjuangan berserta iman, manakala jalan neraka dipenuhi dengan kelazatan dan syahwat di dunia.
Rujukan

سنن أبي داود (7/ 122) (4744)، سنن الترمذي (4/ 319) (2560)، سنن النسائي (7/ 3) (3763)، شرح سنن أبي داود للعباد (537/ 15)، حاشية السندي على سنن النسائي (7/ 3).)، فتح الباري (18/317)، ذخيرة العقبى في شرح المجتبى (30/276).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Akan didatangkan kematian dalam rupa seekor kibas yang berwarna putih kehitaman

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُؤْتَى بِالْمَوْتِ كَهَيْئَةِ كَبْشٍ أَمْلَحَ، فَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ، فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ، فَيَقُولُ: هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، هَذَا المَوْتُ، وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ، ثُمَّ يُنَادِي: يَا أَهْلَ النَّارِ، فَيَشْرَئِبُّونَ وَيَنْظُرُونَ، فَيَقُولُ: وهَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، هَذَا المَوْتُ، وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ، فَيُذْبَحُ ثُمَّ يَقُولُ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ خُلُودٌ فَلاَ مَوْتَ، وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ فَلاَ مَوْتَ، ثُمَّ قَرَأَ: {وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ} [مريم: 39]، وَهَؤُلاَءِ فِي غَفْلَةٍ أَهْلُ الدُّنْيَا {وَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ} [مريم: 39]».
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: «Akan didatangkan kematian dalam rupa seekor kibas yang berwarna putih kehitaman, lalu seorang penyeru berseru: 'Wahai ahli Syurga,' maka mereka pun mendongak dan melihat. Lalu dia bertanya: 'Adakah kamu mengenalinya?' Mereka menjawab: 'Ya, inilah kematian,' dan mereka semua pernah melihatnya. Kemudian dia menyeru: 'Wahai ahli Neraka,' maka mereka pun mendongak dan melihat. Lalu dia bertanya: 'Dan adakah kamu mengenalinya?' Mereka menjawab: 'Ya, inilah kematian,' dan mereka semua pernah melihatnya. Lalu kibas itu disembelih, kemudian (penyeru) berkata: 'Wahai ahli syurga, (kini adalah) keabadian dan tiada lagi kematian. Wahai ahli neraka, (kini adalah) keabadian dan tiada lagi kematian.' Kemudian baginda membaca: {Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, iaitu ketika segala perkara telah diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian} [Maryam: 39], dan mereka yang lalai itu ialah ahli dunia {dan mereka tidak beriman} [Maryam: 39]».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa maut akan didatangkan pada hari kiamat, dalam rupa seekor kibas jantan yang berwarna putih dan hitam, Maka diserukan: 'Wahai ahli syurga!' Lalu mereka memanjangkan leher, mengangkat kepala dan memandang, Lalu dia mengucapkan kepada mereka: "Adakah kamu mengenali ini?" Maka mereka berkata: "Ya, inilah kematian, dan kesemua mereka telah melihatnya serta mengenalinya," Kemudian penyeru itu menyeru: "Wahai ahli neraka," lalu mereka memanjangkan leher dan tengkuk mereka, mengangkat kepala mereka, dan memandang, lalu baginda mengucapkan: "Adakah kamu sekalian mengenali ini?" Maka mereka berkata: "Ya, inilah kematian, dan kesemua mereka telah melihatnya;" “Maka ia disembelih, kemudian penyeru berseru: Wahai ahli syurga, kekal selama-lamanya, maka tiada lagi kematian. Dan wahai ahli neraka, kekal selama-lamanya, maka tiada lagi kematian.” Hal yang demikian adalah untuk menambahkan nikmat bagi orang-orang yang beriman, dan memperberat azab orang-orang kafir. Kemudian Nabi ﷺ membaca: Dan berilah amaran kepada mereka tentang hari penyesalan, ketika perkara itu telah selesai diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan mereka tidak beriman. Maka pada hari kiamat, akan dipisahkan antara ahli syurga dan ahli neraka, lalu masing-masing akan memasuki tempat kesudahannya untuk kekal di dalamnya, Maka akan menyesallah orang yang berbuat jahat kerana tidak berbuat baik, dan orang yang cuai kerana tidak menambah kebaikan.

Faedah
  1. Kesudahan manusia di akhirat ialah kehidupan yang kekal di syurga atau di neraka.
  2. Amaran keras tentang kedahsyatan hari kiamat dan bahawa ia adalah hari penyesalan dan kekesalan.
  3. Penjelasan tentang kekekalan kegembiraan ahli syurga, dan kekekalan kesedihan ahli neraka.
Rujukan

صحيح البخاري (6/ 93) (4730)، صحيح مسلم (4/ 2188) (2849)، التوضيح شرح الجامع الصحيح (22/595)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (19/ 52)، البحر المحيط الثجاج (43/686).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «نَارُكُمْ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنْ نَارِ جَهَنَّمَ»، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنْ كَانَتْ لَكَافِيَةً. قَالَ: «فُضِّلَتْ عَلَيْهِنَّ بِتِسْعَةٍ وَسِتِّينَ جُزْءًا كُلُّهُنَّ مِثْلُ حَرِّهَا».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam.” Lalu ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia (api dunia) sudah pun mencukupi.” Baginda bersabda: “Ia telah dilebihkan ke atasnya dengan 69 bahagian, yang mana kesemuanya adalah sama panasnya.”"
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa api dunia adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian neraka jahanam, Maka api neraka di akhirat, darjah kepanasannya melebihi kepanasan api di dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian, yang mana setiap satu bahagian daripadanya adalah bersamaan dengan kepanasan api di dunia. Maka dikatakan: Wahai Rasulullah, sesungguhnya api dunia sudah cukup untuk mengazab penghuninya, Beliau berkata: Api neraka Jahannam dilebihkan ke atas api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian, dan setiap satu bahagian daripadanya sama panasnya seperti api dunia.

Faedah
  1. Amaran tentang neraka bertujuan untuk menjauhkan manusia daripada perbuatan yang boleh membawanya ke sana.
  2. Kedahsyatan neraka Jahannam dan azabnya, serta kepanasan apinya yang amat dahsyat.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 121) (3265)، صحيح مسلم (4/ 2184) (2843)، المفهم (7/178)، التوضيح (19/177)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (15/ 165)، فتح الباري لابن حجر (6/ 334).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com