Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «حُجِبَتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ، وَحُجِبَتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa neraka dikelilingi oleh perkara-perkara yang diingini oleh hawa nafsu seperti melakukan perkara-perkara haram atau memandang ringan terhadap kewajipan; Maka sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya dalam hal itu, maka dia layak memasuki neraka, Dan bahawa syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh diri; seperti berterusan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan, meninggalkan perkara yang haram, dan bersabar atasnya. Maka apabila seseorang itu menempuhinya dan berjihad melawan dirinya untuk melakukannya, dia berhak masuk ke syurga.

Faedah
  1. Antara sebab-sebab terjatuh ke dalam syahwat ialah perbuatan syaitan yang menghiaskan perkara yang mungkar dan keji, sehingga jiwa melihatnya sebagai sesuatu yang baik, lalu cenderung kepadanya.
  2. Perintah untuk menjauhi syahwat yang diharamkan; kerana ia adalah jalan ke neraka, dan bersabar atas perkara-perkara yang dibenci kerana ia adalah jalan ke syurga.
  3. Keutamaan berjuang melawan hawa nafsu, bersungguh-sungguh dalam ibadah, dan bersabar atas segala kesukaran dan kepayahan dalam menjalankan ketaatan.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 102) (6487). صحيح مسلم (4/ 2174) (2822). سنن أبي داود (7/ 122) (4744). سنن الترمذي (4/ 274) (2560). سنن النسائي (7/ 3) (3763). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (2/ 449). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 87). المنهاج شرح صحيح مسلم بن الحجاج، للنووي (17/ 165). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (1/ 183). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمصطفى الخِن وغيره (1/ 134).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Descriptions of Paradise and Hell

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com