Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa solat lima waktu yang diwajibkan sehari semalam, solat Jumaat setiap minggu, dan puasa bulan Ramadan setiap tahun, adalah penghapus bagi dosa-dosa kecil yang ada di antaranya, dengan syarat menjauhi dosa-dosa besar, Adapun dosa-dosa besar seperti zina dan meminum arak, maka tidak akan dihapuskan kecuali dengan taubat.
- Dosa-dosa terbahagi kepada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar.
- Penghapusan dosa-dosa kecil adalah bersyarat dengan menjauhi dosa-dosa besar.
- Dosa-dosa besar ialah dosa-dosa yang dinyatakan padanya hukuman had di dunia, atau datang padanya ancaman di akhirat; dengan azab, atau kemurkaan, atau yang terkandung di dalamnya ugutan, atau laknat ke atas pelakunya, seperti zina dan meminum arak.
صحيح مسلم (1/ 209) (233). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 183). نزهة المتقين بشرح رياض الصالحين، لمصطفى سعيد الخن (1/ 158). تطريز رياض الصالحين، لفيصل آل مبارك (ص108). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم بن عيد الهلالي (1/ 209).