Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga
عن سهل بن سعد رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ».
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang dua perkara, yang jika seorang Muslim berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka dia akan masuk syurga,
Pertama: Menjaga lidah daripada berkata perkara yang memurkai Allah Taala,
Kedua: Menjaga kemaluan daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji;
Kerana kedua-dua anggota ini adalah punca banyak berlakunya maksiat.
Faedah
Menjaga lidah dan kemaluan adalah jalan memasuki syurga.
Lidah dan kemaluan dikhususkan; kerana kedua-duanya adalah sumber bala terbesar bagi manusia di dunia dan akhirat.
Rujukan
صحيح البخاري (8/ 100) (6474).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، تأليف سليم الهلالي (3/ 9).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، تأليف د. مصطفى الخِن وغيره (2/ 1035).
كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (18/ 85).
شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (6/ 117).
إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري، للقسطلاني (9/ 272).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com