Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Praiseworthy Morals

14 hadis

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”

عن المِقدام بن معدي كرب رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ».
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, beliau bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”
رواه أبو داود والترمذي والنسائي في الكبرى وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan salah satu sebab yang menguatkan hubungan antara orang mukmin dan menyebarkan kasih sayang sesama mereka, iaitu apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.

Faedah
  1. Keutamaan cinta yang ikhlas kepada Allah Taala, bukan kerana mengharapkan sebarang kepentingan duniawi.
  2. Galakan untuk memberitahu orang yang dicintai kerana Allah tentang cinta kepadanya, agar bertambah cinta dan keakraban.
  3. Menyebarkan kasih sayang antara mukmin mengukuhkan persaudaraan iman dan memelihara masyarakat daripada perpecahan dan perselisihan.
Rujukan

سنن أبي داود (7/ 444) (5124). سنن الترمذي (4/ 199) (2392). السنن الكبرى للنسائي (9/ 87) (9963). مسند أحمد (28/ 408) (17171). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (1/ 450). تطريز رياض الصالحين، لفيصل المبارك (ص258). رياض الصالحين للنووي، (ص138) (383). سلسلة الأحاديث الصحيحة وشيء من فقهها وفوائدها، للألباني (1/ 777). فيض القدير شرح الجامع الصغير، للمناوي (1/ 247). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (6/ 279).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya

عن جابر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «رَحِمَ اللهُ رَجُلًا سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى».
Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya."
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mendoakan rahmat bagi setiap orang yang bertolak ansur, dermawan lagi pemurah dalam jualannya; Maka janganlah menyusahkan pembeli dari sudut harga, dan layanilah dia dengan akhlak yang baik, Bertolak ansur dan pemurah apabila membeli; tidak merendah-rendahkan dan mengurangkan nilai barangan, Bersikap mudah, pemurah dan dermawan apabila menuntut pelunasan hutang. Tidak menyusahkan orang fakir dan yang memerlukan, bahkan menuntutnya dengan lemah lembut, serta memberi penangguhan kepada orang yang dalam kesusahan.

Faedah
  1. Antara tujuan syariat adalah memelihara kesejahteraan dalam hubungan sesama manusia.
  2. Galakan untuk mengamalkan akhlak yang mulia dalam muamalat sesama manusia seperti urusan jual beli dan seumpamanya.
Rujukan

صحيح البخاري (3/ 57) (2076). نزهة المتقين (2/ 944). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (16/ 386). منار القاري، لحمزة محمد قاسم (3/ 258). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (5/ 405).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «كان رجلٌ يُدَايِنُ الناسَ، فكان يقول لفتاه: إذا أتيتَ مُعسِرًا فتجاوز عنه، لعل اللهَ يَتجاوزُ عنا، فلقي اللهَ فتجاوز عنه».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita, lalu ketika dia bertemu Allah, Allah pun memaafkannya».”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ mengkhabarkan: mengenai seorang lelaki yang memberi pinjaman kepada orang ramai, atau menjual kepada mereka secara hutang," Nabi ﷺ juga berpesan kepada pembantunya yang menagih hutang daripada orang ramai: Apabila kamu mendatangi seorang yang berhutang, dan dia tidak memiliki apa-apa untuk melunaskan hutangnya kerana ketidakmampuannya, "maka bertolak ansurlah dengannya"; iaitu dengan memberinya tempoh dan tidak mendesak dalam menuntutnya, atau dengan menerima apa yang ada padanya walaupun dengan kekurangannya, yang demikian itu adalah kerana keinginan dan harapan agar Allah memaafkannya dan mengampuninya, Maka apabila beliau wafat, semoga Allah memaafkannya dan mengampunkan dosa-dosanya.

Faedah
  1. Berbuat baik kepada manusia, memaafkan mereka, dan memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam kesempitan merupakan antara sebab teragung bagi keselamatan seorang hamba pada hari kiamat.
  2. Ihsan kepada makhluk, ikhlas kepada Allah dan harapan pada rahmat-Nya adalah daripada penyebab-penyebab pengampunan dosa.
Rujukan

صحيح البخاري (4/ 176) (3480). صحيح مسلم (3/ 1196) (1562). بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (2/ 458). التنوير شرح الجامع الصغير، للصنعاني (8/ 123). كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (16/ 402). مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، للقاري (5/ 1953). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (2/ 945).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ، فَقَالَ: «الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ».
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda bersabda: “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya tentang kebaikan dan kejahatan, lalu Baginda bersabda: Sifat kebaikan yang paling agung ialah berakhlak mulia dengan Allah melalui takwa dan dengan makhluk melalui kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, tutur kata yang baik, menjalin hubungan silaturahim, ketaatan, kelembutan, kebaikan, serta berakhlak baik dalam pergaulan dan persahabatan. Adapun kejahatan itu ialah sesuatu yang timbul dalam jiwa daripada perkara-perkara yang meragukan dan berulang-ulang (dalam fikiran) tanpa hati merasa tenang terhadapnya, lalu timbul keraguan dalam hati serta rasa takut bahawa ia merupakan satu dosa. Seseorang juga tidak mahu perkara itu diketahui orang ramai kerana ia dianggap buruk di sisi orang-orang yang terhormat, mulia dan sempurna akalnya. Hal ini kerana fitrah jiwa itu suka jika orang mengetahui kebaikannya. Maka apabila dia membenci untuk sesuatu perbuatannya diketahui orang, itu adalah dosa yang tiada kebaikan padanya.

Faedah
  1. Galakan untuk berakhlak mulia, kerana akhlak yang baik merupakan salah satu sifat kebaikan yang paling agung.
  2. Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur-aduk urusannya kepada seorang mukmin, bahkan dia mengenali kebenaran dengan cahaya yang wujud dalam hatinya, dan menjauhkan diri daripada kebatilan lalu mengingkarinya.
  3. Antara tanda-tanda dosa ialah kegelisahan dan keresahan hati, serta ketidaksukaan untuk ia diketahui oleh orang ramai.
  4. Al-Sindi berkata: “Perkara ini merujuk kepada perkara-perkara yang meragukan, iaitu yang manusia tidak mengetahui penentuan salah satu daripada dua pihak padanya. Adapun perkara yang diperintahkan dalam syariat tanpa adanya dalil yang menunjukkan sebaliknya, maka ia termasuk dalam kebaikan dan perkara yang dilarang pula termasuk dalam dosa. Maka tidak perlu merujuk kepada fatwa hati dan ketenangannya dalam kedua-dua hal tersebut.”
  5. Sasaran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang memiliki fitrah yang suci, bukan orang-orang yang hatinya tersasar, yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran melainkan apa yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsunya.
  6. Al-Ṭībī berkata: “Dikatakan bahawa kebaikan yang disebut dalam hadis ini ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia ditafsirkan di satu tempat sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati, di tempat lain sebagai iman, di tempat lain pula sebagai sesuatu yang mendekatkan dirimu kepada Allah dan di sini ia ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Akhlak yang baik pula ditafsirkan sebagai kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, dan tutur kata yang baik. Semua tafsiran ini berdekatan dari segi makna.”
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 1980) (2553). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية التحفة الربانية (ص62). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص267). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للنووي وابن رجب رحمهما الله (ص92).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara

عن شداد بن أوس رضي الله عنه قال: ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ».
Daripada Syaddād bin Aus رضي الله عنه, beliau berkata: "Dua perkara yang aku ingat daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah salah seorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada haiwan sembelihannya."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah ﷻ mewajibkan kita berbuat ihsan (kebaikan) dalam setiap perkara. Ihsan ialah sentiasa merasa diawasi oleh Allah dalam beribadah kepada-Nya, dalam melakukan kebaikan dan dalam menahan diri daripada menyakiti makhluk. Termasuk dalam hal ini ialah berbuat ihsan ketika membunuh (dalam pelaksanaan hukuman) dan ketika menyembelih. Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum. Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.

Faedah
  1. Rahmat dan kelembutan Allah ﷻ terhadap makhluk.
  2. Berbuat baik dalam membunuh dan menyembelih dengan cara yang disyariatkan.
  3. Kesempurnaan syariat Islam yang merangkumi segala kebaikan, termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan berlemah-lembut dengannya.
  4. Larangan memotong atau mencacatkan anggota manusia setelah dibunuh.
  5. Pengharaman segala bentuk penyeksaan terhadap haiwan.
Rujukan

صحيح مسلم (3/ 1548) (1955). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثا النووية (ص38). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص185). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص65). فتح الباري، لابن حجر (9/ 644). شرح النووي على مسلم (13/ 107).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

عَنْ أَبي مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ».
Daripada Abu Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa antara kata-kata yang sampai sebagai wasiat daripada para nabi terdahulu, yang berleluasa penggunaannya dalam kalangan manusia dan diwarisi sejak turun-temurun, sehingga sampai kepada generasi awal umat ini ialah: Perhatikan apa yang kamu ingin lakukan; jika ia sesuatu yang tidak memalukan, maka lakukanlah, tetapi jika ia sesuatu yang memalukan, maka tinggalkannya. Sesungguhnya penghalang daripada melakukan perkara keji ialah sifat malu. Maka sesiapa yang tidak memiliki rasa malu, dia akan terjerumus dalam segala bentuk kejahatan dan kemungkaran.

Faedah
  1. Malu adalah asas kepada akhlak yang mulia.
  2. Malu adalah satu sifat daripada sifat para nabi عليهم السلام, dan ia termasuk perkara yang diwarisi daripada mereka.
  3. Malu ialah sifat yang mendorong seorang Muslim melakukan perkara yang memperelok dan menghiasinya, serta meninggalkan perkara yang mengotorkan dan mencemarkan dirinya.
  4. Al-Nawawi berkata: Perintah dalam hadis ini adalah dalam bentuk keharusan (ibahah), iaitu: jika engkau ingin melakukan sesuatu, maka jika perkara itu adalah sesuatu yang engkau tidak malu melakukannya di hadapan Allah dan manusia, maka lakukanlah. Jika tidak, maka jangan. Atas dasar ini, Islam dibina. Penjelasannya ialah: Amar (perintah) berupa wajib atau mandub (digalakkan) adalah perkara yang dirasakan malu untuk ditinggalkan. Manakala nahi (larangan) berupa haram atau makruh adalah perkara yang dirasakan malu untuk dilakukan. Adapun perkara harus, rasa malu itu boleh jadi pada melakukannya atau meninggalkannya. Maka hadis ini merangkumi lima hukum syarak. Dikatakan juga bahawa ia adalah perintah berupa ancaman, maksudnya: apabila sifat malu telah tercabut daripadamu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu; sesungguhnya Allah pasti akan membalasmu atas perbuatan itu. Ada juga yang berkata: ia adalah perintah yang bermaksud khabar iaitu sesiapa yang tidak memiliki sifat malu, dia akan melakukan apa sahaja yang dia kehendaki.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 29) (6120). نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (2/ 1252). تطريز رياض الصالحين، لفيصل آل مبارك (ص1045). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (6/ 656).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Janganlah kamu saling iri hati, saling menipu, saling membenci, saling berpaling, dan janganlah ada antara kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain. Jadilah hamba Allah yang bersaudara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ، وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا» وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ «بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Janganlah kamu saling iri hati, saling menipu, saling membenci, saling berpaling, dan janganlah ada antara kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak meninggalkannya, dan tidak merendahkannya. Taqwa berada di sini,” sambil baginda menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. “Cukuplah bagi seseorang dianggap jahat apabila dia merendahkan saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim adalah haram terhadap Muslim yang lain sama ada darahnya, hartanya dan maruahnya.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi صلى الله عليه وسلم mewasiatkan kepada seorang Muslim agar berbuat baik kepada saudaranya sesama Muslim, dan baginda menjelaskan sebahagian daripada kewajipan dan adab yang harus dilaksanakan terhadap mereka, antaranya: Wasiat yang pertama: Jangan saling hasad dengki sehingga wujud antara kamu mengharapkan hilangnya nikmat orang lain. Wasiat yang kedua: Jangan saling menipu dalam tawar-menawar sehingga seseorang menaikkan harga barang sedangkan dia tidak berniat untuk membelinya. Sebaliknya hanya mahu menguntungkan penjual atau merugikan pembeli. Wasiat yang ketiga: Jangan saling membenci, iaitu menghendaki kemudaratan orang lain, kerana ia bertentangan dengan kasih sayang; kecuali jika kebencian itu kerana Allah تعالى, maka ia adalah wajib. Wasiat yang keempat: Jangan saling berpaling belakang, iaitu supaya seorang daripada kamu tidak memalingkan belakangnya daripada saudaranya dan menjauhkan diri daripadanya. Wasiat yang kelima: Jangan ada antara kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain dengan mengatakan kepada pembeli: “Saya ada yang serupa dengan harga lebih rendah atau lebih baik dengan harga itu.” Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم mewasiatkan dengan wasiat yang holistik, seraya bersabda: “Dan jadilah kamu seperti saudara dengan meninggalkan perkara-perkara yang telah disebut sebagai larangan, serta menzahirkan kasih sayang, kelembutan, belas kasihan, lemah lembut, dan kerjasama dalam kebaikan, disertai hati yang tulus dan memberi nasihat dalam setiap keadaan.” Antara tuntutan persaudaraan ini ialah: Seorang muslim tidak menzalimi dan tidak menindas saudaranya yang muslim. Seorang muslim tidak membiarkan saudaranya dizalimi lalu meninggalkannya dalam keadaan lemah, padahal dia mampu menolong serta menghapuskan kezaliman terhadapnya. Dia tidak merendahkannya, memandang rendah atau memandangnya dengan pandangan hina dan ejekan kerana sikap ini berpunca daripada kesombongan di dalam hati. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم menegaskan sebanyak tiga kali bahawa takwa itu berada di dalam hati. Sesiapa yang hatinya memiliki takwa yang menuntut akhlak yang baik, takut kepada Allah dan sentiasa memerhatikan-Nya, maka dia tidak akan merendahkan seorang muslim. Ini sudah memadai untuk menangkis sifat jahat dan kejahatan akhlak berupa merendahkan saudaranya sesama muslim, kerana perbuatan itu berpunca daripada kesombongan di dalam hati. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم menegaskan lagi bahawa seluruh diri seorang Muslim adalah haram ke atas Muslim yang lain, darahnya, iaitu tidak boleh dizalimi dengan dibunuh atau selainnya seperti dilukai, dipukul dan seumpamanya; begitu juga hartanya, tidak boleh diambil tanpa hak; serta maruahnya, tidak boleh dicela sama ada pada dirinya atau keturunannya.

Faedah
  1. Perintah untuk melaksanakan segala yang dituntut oleh persaudaraan iman, dan larangan daripada segala yang bertentangan dengannya sama ada dalam ucapan mahupun perbuatan.
  2. Inti asas takwa ialah apa yang wujud di dalam hati berupa mengenali Allah, rasa takut kepada-Nya, dan pengawasan terhadap-Nya. Ketakwaan ini melahirkan amalan-amalan soleh.
  3. Penyimpangan yang nyata menunjukkan lemahnya takwa di hati.
  4. Larangan daripada menyakiti seorang muslim dengan apa jua cara sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
  5. Tidak termasuk dalam hasad apabila seorang muslim berkeinginan untuk menjadi seperti orang lain tanpa menginginkan nikmat itu hilang daripada orang tersebut. Hal ini dinamakan ghibṭah; ia dibolehkan dan mendorong kepada berlumba-lumba dalam kebaikan.
  6. Manusia secara fitrahnya tidak suka jika ada orang lain yang melebihinya dalam sesuatu keutamaan. Jika dia suka agar kelebihan itu hilang daripada orang tersebut, itulah hasad yang tercela. Namun jika dia hanya ingin berlumba-lumba dalam kebaikan, maka itu dinamakan ghibṭah yang dibolehkan.
  7. Tidak termasuk dalam larangan “menjual atas jualan saudaranya” jika seorang muslim menjelaskan kepada pembeli bahawa dia telah tertipu dengan penipuan yang besar dalam pembeliannya. Hal ini adalah sebahagian daripada tuntutan memberi nasihat, dengan syarat niatnya adalah untuk menasihati saudaranya yang membeli, bukan untuk memudaratkan penjual. Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat.
  8. Tidak termasuk dalam larangan “menjual atas jualan saudaranya” jika kedua-dua pihak penjual dan pembeli belum saling meredai dan harga barang tersebut belum dimuktamadkan.
  9. Tidak termasuk dalam larangan “saling membenci” yang disebut dalam hadis ialah kebencian kerana Allah. Ia wajib dan merupakan salah satu ikatan iman yang paling kukuh.
Rujukan

صحيح مسلم (4/ 1986) (2564). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص79). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص339). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، النووي وابن رجب (ص118). الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله المحسن (ص67).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Jangan marah

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ: «لَا تَغْضَبْ» فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: «لَا تَغْضَبْ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه: Seorang lelaki berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: “Berilah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah” Lelaki itu mengulanginya beberapa kali, namun baginda tetap bersabda: “Jangan marah.”
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Salah seorang sahabat رضي الله عنهم meminta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم agar baginda menunjukkan kepadanya sesuatu yang bermanfaat. Lalu baginda memerintahkannya supaya jangan marah. Maksudnya ialah dia hendaklah menjauhi segala sebab yang boleh mendorongnya kepada kemarahan, serta mengawal dirinya apabila perasaan marah itu timbul, agar tidak berlarutan hingga membawa kepada perbuatan seperti membunuh, memukul, mencela dan seumpamanya. Lelaki itu mengulangi permintaannya agar diberikan nasihat beberapa kali, namun Nabi صلى الله عليه وسلم tidak menambah wasiat baginda kepadanya selain daripada sabdanya: “Jangan marah.”

Faedah
  1. Amaran daripada sifat marah dan sebab-sebabnya kerana ia merupakan punca segala keburukan, manakala menjauhinya adalah punca segala kebaikan.
  2. Marah kerana Allah seperti marah ketika larangan Allah dilanggar, ia termasuk dalam kemarahan yang terpuji.
  3. Ucapan berulang kali ketika diperlukan supaya pendengar lebih memahami dan menyedari kepentingannya.
  4. Keutamaan meminta nasihat daripada orang yang berilmu.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 28) (6116). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص36). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص181). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص64). المعجم الوسيط، (2/ 1038). تاج العروس من جواهر القاموس، للزبيدي (3/ 485).

Hadis ini di HadeethEnc.com
8 daripada 14
14 hadis
  1. “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”
  2. Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya
  3. Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita
  4. “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”
  5. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara
  6. “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”
  7. “Janganlah kamu saling iri hati, saling menipu, saling membenci, saling berpaling, dan janganlah ada antara kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain. Jadilah hamba Allah yang bersaudara
  8. Jangan marah
  9. “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
  10. “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam
  11. “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
  12. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala perkara
  13. “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”
  14. Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com