Salah seorang sahabat رضي الله عنهم meminta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم agar baginda menunjukkan kepadanya sesuatu yang bermanfaat. Lalu baginda memerintahkannya supaya jangan marah. Maksudnya ialah dia hendaklah menjauhi segala sebab yang boleh mendorongnya kepada kemarahan, serta mengawal dirinya apabila perasaan marah itu timbul, agar tidak berlarutan hingga membawa kepada perbuatan seperti membunuh, memukul, mencela dan seumpamanya. Lelaki itu mengulangi permintaannya agar diberikan nasihat beberapa kali, namun Nabi صلى الله عليه وسلم tidak menambah wasiat baginda kepadanya selain daripada sabdanya: “Jangan marah.”
- Amaran daripada sifat marah dan sebab-sebabnya kerana ia merupakan punca segala keburukan, manakala menjauhinya adalah punca segala kebaikan.
- Marah kerana Allah seperti marah ketika larangan Allah dilanggar, ia termasuk dalam kemarahan yang terpuji.
- Ucapan berulang kali ketika diperlukan supaya pendengar lebih memahami dan menyedari kepentingannya.
- Keutamaan meminta nasihat daripada orang yang berilmu.
صحيح البخاري (8/ 28) (6116). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص36). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص181). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص64). المعجم الوسيط، (2/ 1038). تاج العروس من جواهر القاموس، للزبيدي (3/ 485).