Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قالَ: «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ».
Daripada Anas رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman yang sempurna bagi seorang Muslim tidak akan tercapai sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri dari segi ketaatan dan pelbagai kebaikan dalam agama dan dunia, serta membenci apa yang dibencinya untuk dirinya sendiri. Jika dia melihat saudaranya kekurangan dalam agamanya maka dia berusaha memperbaikinya, dan jika dia melihat kebaikan padanya maka dia membimbing dan menolongnya, serta menasihatinya dalam hal agama atau dunianya.

Faedah
  1. Kewajipan seseorang mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri kerana penafian iman daripada orang yang tidak mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya itu menunjukkan bahawa perkara ini wajib.
  2. Persaudaraan kerana Allah mengatasi persaudaraan keturunan, maka haknya lebih wajib dipenuhi.
  3. Pengharaman terhadap segala yang menafikan kasih sayang ini melalui kata-kata dan perbuatan seperti menipu, mengumpat, dengki, atau menyerang diri, harta, atau maruah seorang Muslim.
  4. Penggunaan beberapa perkataan yang mendorong kepada tindakan, berdasarkan sabda “untuk saudaranya”.
  5. Al-Kirmānī رحمه الله berkata: “Termasuk dalam iman juga ialah membenci untuk saudaranya apa yang dibenci untuk dirinya sendiri berupa keburukan, namun ia tidak disebut secara khusus kerana mencintai sesuatu sudah memberi maksud membenci perkara yang bertentangan dengannya, maka tidak disebut secara terperinci adalah memadai.”
Rujukan

صحيح البخاري (1/ 12) (13). صحيح مسلم (1/ 67) (45). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، مطبعة دار نشر الثقافة، الإسكندرية، الطبعة: الأولى، 1380 هـ. شرح الأربعين النووية، للشيخ ابن عثيمين، دار الثريا للنشر. فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، دار ابن القيم، الدمام المملكة العربية السعودية، الطبعة: الأولى، 1424هـ/2003م. الفوائد المستنبطة من الأربعين النووية، للشيخ عبد الرحمن البراك، دار التوحيد للنشر، الرياض. الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله بن صالح المحسن، نشر: الجامعة الإسلامية، المدينة المنورة، الطبعة: الثالثة، 404هـ/1984م.

Hadis ini di HadeethEnc.com
Praiseworthy Morals

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com