Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seorang hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang padanya tempat janjinya, padanya dibalas setiap amalnya, imannya akan mendorongnya untuk mengamalkan sifat-sifat berikut: 1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk. 2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya. 3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.

Faedah
  1. Beriman kepada Allah dan hari akhirat merupakan asas bagi segala kebaikan dan ia mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan baik.
  2. Berhati-hati daripada keburukan lidah.
  3. Agama Islam adalah agama perpaduan dan kedermawanan.
  4. Sifat-sifat ini termasuk cabang-cabang iman dan adab-adab yang terpuji.
  5. Banyak bercakap boleh membawa kepada perkara yang tidak baik atau haram. Keselamatan terletak pada menahan diri daripada bercakap kecuali tentang kebaikan.
Rujukan

صحيح البخاري (8/ 11) (6018). صحيح مسلم (1/ 68) (47). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، (ص34). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص176). شرح النووي على مسلم (2/ 18).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Praiseworthy Morals

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam · Hadis dengan huraian · Sabīl