عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.
Faedah
- Peringatan terhadap syirik dengan segala bentuknya dan bahawa ia adalah penghalang daripada penerimaan amalan.
- Menghayati kekayaan dan kebesaran Allah membantu untuk ikhlas dalam amalan.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2289) (2985).
شرح النووي على مسلم (18/ 115).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص287).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص325).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ، فَقَالَ: «الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ».
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda bersabda:
“Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya tentang kebaikan dan kejahatan, lalu Baginda bersabda:
Sifat kebaikan yang paling agung ialah berakhlak mulia dengan Allah melalui takwa dan dengan makhluk melalui kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, tutur kata yang baik, menjalin hubungan silaturahim, ketaatan, kelembutan, kebaikan, serta berakhlak baik dalam pergaulan dan persahabatan.
Adapun kejahatan itu ialah sesuatu yang timbul dalam jiwa daripada perkara-perkara yang meragukan dan berulang-ulang (dalam fikiran) tanpa hati merasa tenang terhadapnya, lalu timbul keraguan dalam hati serta rasa takut bahawa ia merupakan satu dosa. Seseorang juga tidak mahu perkara itu diketahui orang ramai kerana ia dianggap buruk di sisi orang-orang yang terhormat, mulia dan sempurna akalnya. Hal ini kerana fitrah jiwa itu suka jika orang mengetahui kebaikannya. Maka apabila dia membenci untuk sesuatu perbuatannya diketahui orang, itu adalah dosa yang tiada kebaikan padanya.
Faedah
- Galakan untuk berakhlak mulia, kerana akhlak yang baik merupakan salah satu sifat kebaikan yang paling agung.
- Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur-aduk urusannya kepada seorang mukmin, bahkan dia mengenali kebenaran dengan cahaya yang wujud dalam hatinya, dan menjauhkan diri daripada kebatilan lalu mengingkarinya.
- Antara tanda-tanda dosa ialah kegelisahan dan keresahan hati, serta ketidaksukaan untuk ia diketahui oleh orang ramai.
- Al-Sindi berkata: “Perkara ini merujuk kepada perkara-perkara yang meragukan, iaitu yang manusia tidak mengetahui penentuan salah satu daripada dua pihak padanya. Adapun perkara yang diperintahkan dalam syariat tanpa adanya dalil yang menunjukkan sebaliknya, maka ia termasuk dalam kebaikan dan perkara yang dilarang pula termasuk dalam dosa. Maka tidak perlu merujuk kepada fatwa hati dan ketenangannya dalam kedua-dua hal tersebut.”
- Sasaran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang memiliki fitrah yang suci, bukan orang-orang yang hatinya tersasar, yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran melainkan apa yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsunya.
- Al-Ṭībī berkata: “Dikatakan bahawa kebaikan yang disebut dalam hadis ini ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia ditafsirkan di satu tempat sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati, di tempat lain sebagai iman, di tempat lain pula sebagai sesuatu yang mendekatkan dirimu kepada Allah dan di sini ia ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Akhlak yang baik pula ditafsirkan sebagai kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, dan tutur kata yang baik. Semua tafsiran ini berdekatan dari segi makna.”
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 1980) (2553).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية التحفة الربانية (ص62).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص267).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للنووي وابن رجب رحمهما الله (ص92).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ، وَإِنَّمَا لِامْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ».
وفي لفظ للبخاري: «إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى».
Daripada ʿUmar bin al-Khaṭṭāb رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”
Dalam satu lafaz oleh al-Bukhari:
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Hukum ini bersifat umum bagi semua amalan, sama ada ibadat mahupun muamalat. Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amalan hanya untuk memperoleh manfaat duniawi, maka dia hanya akan mendapat manfaat tersebut tanpa sebarang ganjaran pahala. Namun, sesiapa yang berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dengan amalannya, dia akan memperoleh ganjaran dan pahala walaupun amalannya hanyalah perkara biasa seperti makan dan minum.
Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan satu perumpamaan bagi menjelaskan kesan niat dalam amalan walaupun rupa lahiriah amal itu kelihatan sama. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berniat berhijrah dan meninggalkan tanah airnya demi meraih keredaan Tuhannya, maka hijrahnya adalah hijrah yang sah menurut syarak, diterima dan diberi ganjaran pahala kerana keikhlasan niatnya.
Namun, sesiapa yang berhijrah kerana mengejar manfaat duniawi seperti harta, kedudukan, perniagaan atau kerana wanita (yang ingin dikahwininya), maka dia hanya akan memperoleh manfaat duniawi yang diniatkannya itu dan tiada ganjaran pahala buatnya.
Faedah
- Galakan supaya ikhlas, kerana Allah tidak menerima sesuatu amalan kecuali yang dilakukan dengan tujuan mencari keredaan-Nya.
- Amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah عز وجل, jika dilakukan oleh seseorang hanya sekadar kebiasaan tanpa niat ibadah maka dia tidak akan mendapat pahala daripadanya, sehinggalah dia berniat melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Rujukan
صحيح البخاري (9/ 22) (6953)، (1/ 6) (1).
صحيح مسلم (3/ 1515) (1907).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص5).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص5).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص8).
شرح النووي على مسلم (13/ 54).
تاج العروس من جواهر القاموس، للزبيدي (7/ 196).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن أنس رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: «لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ».
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ memberitahu kita bahawa iman seorang Muslim tidak sempurna sehingga dia meletakkan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ melebihi kecintaan kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Cinta ini menuntut ketaatan kepada baginda, membelanya dan menjauhi segala bentuk keingkaran kepada baginda.
Faedah
- Kewajipan mencintai Rasulullah ﷺ dan meletakkan cintanya melebihi kecintaan kepada setiap makhluk.
- Antara tanda kesempurnaan cinta ialah menegakkan sunnah Rasulullah ﷺ dan mengorbankan diri serta harta demi menegakkannya.
- Cinta kepada Rasulullah ﷺ menuntut ketaatan kepada apa yang diperintahkan, meyakini apa yang disampaikan, menjauhi larangan dan teguran beliau serta mengikuti sunnahnya dan meninggalkan bidaah.
- Hak Rasulullah ﷺ lebih agung dan lebih utama daripada hak semua manusia lain; kerana baginda adalah sebab kita mendapat petunjuk berbanding kesesatan, penyelamat kita daripada neraka dan kejayaan memperoleh syurga.
Rujukan
صحيح البخاري (1/ 12) (15).
صحيح مسلم (1/ 67) (44).
فتح الباري لابن رجب (1/ 48).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، للقرعاوي (ص281).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، للفوزان (ص252).
القول المفيد على كتاب التوحيد، لابن عثيمين (2/ 50).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا، وَعَلَى جَنْبَتَيْ الصِّرَاطِ سُورَانِ، فِيهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ، وَعَلَى الْأَبْوَابِ سُتُورٌ مُرْخَاةٌ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَاطِ دَاعٍ يَقُولُ: أَيُّهَا النَّاسُ، ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيعًا، وَلَا تَتَعَرَّجُوا، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ، فَإِذَا أَرَادَ يَفْتَحُ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ، قَالَ: وَيْحَكَ لَا تَفْتَحْهُ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ، وَالصِّرَاطُ الْإِسْلَامُ، وَالسُّورَانِ: حُدُودُ اللهِ، وَالْأَبْوَابُ الْمُفَتَّحَةُ: مَحَارِمُ اللهِ، وَذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ: كِتَابُ اللهِ، وَالدَّاعِي مِنِ فَوْقَ الصِّرَاطِ: وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ».
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’
Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
رواه الترمذي وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa Allah telah membuat satu perumpamaan bagi Islam seperti sebatang jalan yang lurus terbentang tanpa sebarang kebengkokan. Di kedua-dua belah sisi jalan ini, terdapat dua tembok yang mengelilinginya, iaitu had-had (batasan) Allah. Pada kedua-dua tembok ini terdapat pintu-pintu yang terbuka, iaitu perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Pada pintu-pintu tersebut, tergantung tirai-tirai yang menghalang orang yang lalu-lalang daripada melihat apa yang ada di dalamnya. Di permulaan jalan, terdapat seorang penyeru yang memberi petunjuk kepada manusia dengan berkata: "Teruskan perjalanan di atas jalan ini dan jangan menyimpang." Penyeru ini ialah Kitab Allah. Terdapat seorang lagi penyeru dari atas jalan itu. Setiap kali orang yang berjalan di atas jalan itu berniat untuk membuka sedikit tirai pada pintu-pintu tersebut, penyeru ini akan mengherdiknya dan berkata: "Celakalah kamu, jangan membukanya! Sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya, dan kamu tidak akan mampu menahan dirimu daripada masuk ke dalamnya." Dan penyeru ini ialah peringatan daripada Allah di dalam hati setiap orang Muslim.
Faedah
- Islam adalah agama kebenaran dan jalan yang lurus yang menyampaikan kita ke syurga.
- Kewajipan beriltizam dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala dan dengan apa yang dihalalkan dan diharamkan-Nya, dan bahawa bermudah-mudah padanya mendatangkan kebinasaan.
- Kelebihan al-Quran dan galakan untuk mengamalkannya, kerana padanya terkandung petunjuk, cahaya dan kejayaan.
- Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah apa yang Dia tanamkan dalam hati orang-orang beriman, yang menjaga dan mengingatkan mereka agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan.
- Allah dengan rahmat-Nya menjadikan bagi hamba-hamba-Nya penghalang-penghalang yang mencegah mereka daripada terjatuh ke dalam maksiat.
- Antara kaedah pengajaran adalah memberikan perumpamaan untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan.
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 539) (2859)، مسند أحمد (29/ 181، 183) (17634)، جامع العلوم والحكم (2/161)، فيض القدير (4/253)، التنوير شرح الجامع الصغير (7/100)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 83).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَمِيرِ المُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ».
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehnya, atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”
رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفةDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Hukum ini bersifat umum bagi semua amalan, sama ada ibadat mahupun muamalat. Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amalan hanya untuk memperoleh manfaat duniawi, maka dia hanya akan mendapat manfaat tersebut tanpa sebarang ganjaran pahala. Namun, sesiapa yang berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dengan amalannya, dia akan memperoleh ganjaran dan pahala walaupun amalannya hanyalah perkara biasa seperti makan dan minum.
Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan satu perumpamaan bagi menjelaskan kesan niat dalam amalan walaupun rupa lahiriah amal itu kelihatan sama. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berniat berhijrah dan meninggalkan tanah airnya demi meraih keredaan Tuhannya, maka hijrahnya adalah hijrah yang sah menurut syarak, diterima dan diberi ganjaran pahala kerana keikhlasan niatnya.
Namun, sesiapa yang berhijrah kerana mengejar manfaat duniawi seperti harta, kedudukan, perniagaan atau kerana wanita (yang ingin dikahwininya), maka dia hanya akan memperoleh manfaat duniawi yang diniatkannya itu dan tiada ganjaran pahala buatnya.
Faedah
- Galakan supaya ikhlas, kerana Allah tidak menerima sesuatu amalan kecuali yang dilakukan dengan tujuan mencari keredaan-Nya.
- Amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah عز وجل, jika dilakukan oleh seseorang hanya sekadar kebiasaan tanpa niat ibadah maka dia tidak akan mendapat pahala daripadanya, sehinggalah dia berniat melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
- Niat membezakan antara ibadat dengan ibadat yang lain, dan juga antara ibadat dengan adat kebiasaan.
Rujukan
صحيح البخاري (9/ 22) (6953)، (1/ 6) (1).
صحيح مسلم (3/ 1515) (1907).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص5).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص5).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للعباد (ص8).
شرح النووي على مسلم (13/ 54).
تاج العروس من جواهر القاموس، للزبيدي (7/ 196).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «البِرُّ: حُسْنُ الخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ».
وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ البِرِّ وَالإِثْمِ»، قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «اسْتَفْتِ قَلْبَكَ، البِرُّ: مَا اطْمَأَنَّتْ إلَيْهِ النَّفْسُ، وَاطْمَأَنَّ إلَيْهِ القَلْبُ، وَالإِثْمُ: مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ».
Daripada al-Nawwās bin Sim‘ān رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya." Daripada Wabisah bin Ma‘bad رضي الله عنه, beliau berkata: Aku datang menemui Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda:
"Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan dan dosa?"
Aku menjawab: Ya.
Baginda bersabda: "Rujuklah hatimu sendiri. Kebaikan itu ialah apa yang menenangkan jiwa dan mendapat ketenangan di hati. Sementara dosa itu ialah apa yang meragukan dalam hatimu dan berlegar di dadamu, walaupun orang lain memberikan pandangan kepadamu dan (berterusan) diberi pandangan oleh mereka."
الحديث الأول: رواه مسلم، والحديث الثاني: رواه أحمد والدارميDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ telah memberitahu tentang kebaikan dan dosa melalui sabdanya: Sifat paling agung dalam kebaikan ialah mempunyai akhlak yang baik kepada Allah melalui takwa. Kebaikan kepada makhluk dengan bersikap sabar, mengawal kemarahan, menebarkan senyuman, berkata dengan kata-kata yang baik, menjaga hubungan, taat, bersikap lemah lembut, berbuat kebaikan, menjaga akhlak yang mulia dalam pergaulan dan persahabatan. Kebaikan itu adalah apa yang menenangkan hati dan jiwa. Adapun dosa ialah apa sahaja yang timbul dalam hati berupa perkara-perkara yang meragukan, yang menimbulkan keraguan di hati tanpa menenangkan jiwa, sehingga muncul syak dan rasa takut bahawa ia mungkin suatu dosa. Perbuatan itu tidak ingin ditunjukkan kerana ia dianggap tercela di mata orang lain, walaupun orang lain sempurna atau mulia. Hal ini kerana fitrah manusia cenderung untuk memperlihatkan kebaikannya kepada orang lain; apabila ia merasa tidak senang jika perbuatannya diketahui, maka itulah dosa yang tiada kebaikannya.
Jika orang lain memberikan fatwa, janganlah diambil sebagai pegangan selagi tanda keraguan itu masih ada dalam hati, kerana fatwa tidak menghilangkan keraguan jika keraguan itu wujud dan si pemberi fatwa memberi pendapat tanpa ilmu. Namun, jika fatwa itu berdasarkan dalil syarak, maka wajib bagi orang yang bertanya untuk merujuk kepadanya walaupun hatinya belum merasa tenteram.
Faedah
- Galakan untuk berakhlak mulia, kerana akhlak yang baik merupakan salah satu sifat kebaikan yang paling agung.
- Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur-aduk urusannya kepada seorang mukmin, bahkan dia mengenali kebenaran dengan cahaya yang wujud dalam hatinya, dan menjauhkan diri daripada kebatilan lalu mengingkarinya.
- Antara tanda-tanda dosa ialah kegelisahan dan keresahan hati, serta ketidaksukaan untuk ia diketahui oleh orang ramai.
- Al-Sindi berkata: “Perkara ini merujuk kepada perkara-perkara yang meragukan, iaitu yang manusia tidak mengetahui penentuan salah satu daripada dua pihak padanya. Adapun perkara yang diperintahkan dalam syariat tanpa adanya dalil yang menunjukkan sebaliknya, maka ia termasuk dalam kebaikan dan perkara yang dilarang pula termasuk dalam dosa. Maka tidak perlu merujuk kepada fatwa hati dan ketenangannya dalam kedua-dua hal tersebut.”
- Sasaran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang memiliki fitrah yang suci, bukan orang-orang yang hatinya tersasar, yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran melainkan apa yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsunya.
- Al-Ṭībī berkata: “Dikatakan bahawa kebaikan yang disebut dalam hadis ini ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia ditafsirkan di satu tempat sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati, di tempat lain sebagai iman, di tempat lain pula sebagai sesuatu yang mendekatkan dirimu kepada Allah dan di sini ia ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Akhlak yang baik pula ditafsirkan sebagai kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, dan tutur kata yang baik. Semua tafsiran ini berdekatan dari segi makna.”
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 1980) (2553).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية التحفة الربانية (ص62).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص267).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للنووي وابن رجب رحمهما الله (ص92).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com