عن المقدام بن معدِيْكَرِب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «أَلَا هَلْ عَسَى رَجُلٌ يَبْلُغُهُ الْحَدِيثُ عَنِّي وَهُوَ مُتَّكِئٌ عَلَى أَرِيكَتِهِ فَيَقُولُ: بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُ اللهِ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَلَالًا اسْتَحْلَلْنَاهُ، وَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَرَامًا حَرَّمْنَاهُ، وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا حَرَّمَ اللهُ».
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: «Ketahuilah, jangan-jangan akan ada seorang lelaki yang sampai kepadanya hadis daripadaku, sedang dia bersandar di atas kerusi empuknya, lalu berkata: “Pegangan antara kami dan kamu ialah Kitabullah, apa sahaja yang kami dapati halal di dalamnya, kami halalkannya, dan apa sahaja yang kami dapati haram di dalamnya, kami haramkannya.” Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah ﷺ adalah sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah».
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memberitahu bahawa telah hampir suatu zaman yang mana akan ada segolongan manusia; salah seorang daripada mereka bersandar di atas hamparannya, lalu sampai kepadanya hadis daripada Nabi ﷺ, maka dia berkata: Yang menjadi pemutus antara kami dengan kamu dalam segala urusan ialah al-Quran al-Karim, maka ia sudah mencukupi bagi kami. Apa yang kami dapati halal di dalamnya, kami beramal dengannya, dan apa yang kami dapati haram di dalamnya, kami menjauhinya. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap perkara yang baginda haramkan atau larang dalam sunnahnya, maka hukumnya adalah sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya; kerana baginda ialah penyampai daripada Tuhannya.
Faedah
- Mengagungkan sunnah sebagaimana al-Quran diagungkan dan mengikutinya.
- Mentaati Rasul ialah mentaati Allah, dan menderhakai baginda ialah penderhakaan kepada Allah Taala.
- Pensabitan Kehujjahan al-Sunnah dan Sanggahan Terhadap Golongan yang Menolak Hadis-hadis atau Mengingkarinya.
- Sesiapa yang berpaling daripada Sunnah dan mendakwa cukup dengan al-Quran, maka dia telah menolak kedua-duanya sekali dan berdusta dalam dakwaan mengikuti al-Quran.
- Antara bukti kenabian Baginda ﷺ ialah baginda memberitahu tentang sesuatu yang bakal terjadi, dan ia berlaku tepat seperti yang dikhabarkan.
Rujukan
سنن أبي داود (7/ 13) (4604)، سنن الترمذي (4/ 399) (2664)، سنن ابن ماجه (1/ 9) (12)، نخب الأفكار في تنقيح مباني الأخبار في شرح معاني الآثار (13/ 154).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يُحَدِّثُكُمْ بِهِ أَحَدٌ غَيْرِي: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ العِلْمُ، وَيَكْثُرَ الجَهْلُ، وَيَكْثُرَ الزِّنَا، وَيَكْثُرَ شُرْبُ الخَمْرِ، وَيَقِلَّ الرِّجَالُ، وَيَكْثُرَ النِّسَاءُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ».
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Aku akan menceritakan kepada kamu satu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ, yang tidak akan disampaikan oleh sesiapa pun selainku: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah diangkatnya ilmu syariat, iaitu dengan kewafatan para ulama, Natijahnya, kejahilan bertambah banyak dan tersebar, perzinaan dan perbuatan keji tersebar, perbuatan meminum arak bertambah banyak, dan bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan kaum wanita bertambah; sehinggakan bagi lima puluh orang wanita ada seorang lelaki yang menguruskan hal ehwal mereka dan menjaga maslahat mereka.
Faedah
- Penjelasan beberapa tanda kiamat.
- Pengetahuan tentang waktu berlakunya kiamat adalah daripada perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya.
- Galakan untuk menuntut ilmu syarie sebelum kehilangannya.
Rujukan
صحيح البخاري (7/ 37) (5231)، صحيح مسلم (4/ 2056) (2671)، فتح الباري لابن حجر (9/ 330)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (20/ 213).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا اليَهُودَ، حَتَّى يَقُولَ الحَجَرُ وَرَاءَهُ اليَهُودِيُّ: يَا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فَاقْتُلْهُ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada seorang Yahudi berkata: Wahai Muslim, ini seorang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memberitahu bahawa kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum Muslimin dan kaum Yahudi berperang, Sehinggalah apabila orang Yahudi melarikan diri ke sebalik batu untuk bersembunyi daripadanya daripada kaum Muslimin; Allah menjadikan batu itu berkata-kata dan menyeru orang Muslim: bahawa seorang Yahudi berada di belakangnya, supaya dia datang untuk membunuhnya.
Faedah
- Nabi ﷺ mengkhabarkan sebahagian perkara ghaib dan masa hadapan, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Allah Ta‘ala kepadanya, dan ia pasti akan berlaku.
- Peperangan orang Islam menentang orang Yahudi pada akhir zaman, dan bahawa ia adalah antara tanda-tanda kiamat.
- Kekalnya agama Islam sehingga hari kiamat, dan kemenangannya atas seluruh agama.
- Pertolongan Allah kepada kaum Muslimin terhadap musuh mereka, dan antaranya ialah Dia menjadikan batu berkata-kata pada akhir zaman.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 42) (2926)، صحيح مسلم (4/ 2238) (2921)، عمدة القاري (14/199) الكوكب الوهاج شرح صحيح مسلم (26/198).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ فَرَآهَا النَّاسُ آمَنُوا أَجْمَعُونَ، فَذَلِكَ حِينَ: {لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158] وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلاَنِ ثَوْبَهُمَا بَيْنَهُمَا فَلاَ يَتَبَايَعَانِهِ، وَلاَ يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلاَ يَطْعَمُهُ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَهُوَ يَلِيطُ حَوْضَهُ فَلاَ يَسْقِي فِيهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أَحَدُكُمْ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلاَ يَطْعَمُهَا».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman, maka pada waktu itulah: {Tidak lagi bermanfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu, atau (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya} [al-An'am: 158]. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika dua orang lelaki sedang membentangkan kain antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli dan tidak pula sempat melipatnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seorang lelaki pulang membawa susu untanya yang baru diperah, lalu dia tidak sempat meminumnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang memperbaiki kolam airnya, lalu dia tidak sempat memberi minum (ternakannya) daripadanya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku sedang salah seorang daripada kamu telah mengangkat suapan makanannya ke mulutnya, lalu dia tidak sempat memakannya».
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa antara tanda-tanda kiamat utama ialah terbitnya matahari dari barat, bukannya dari timur, dan apabila manusia melihatnya, mereka semua beriman, Maka pada ketika itu, iman tidak memberi manfaat kepada orang kafir, begitu juga amalan soleh dan taubat. Kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa hari kiamat datang secara tiba-tiba; sehingga ia berlaku ketika manusia sedang sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan mereka; Maka berlakulah kiamat, sedangkan penjual dan pembeli telah membentangkan kain di antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli, dan tidak sempat melipatnya semula, Dan berlakulah kiamat, sedang seorang lelaki baru sahaja mengambil susu unta perahannya, lalu dia tidak sempat meminumnya, Kiamat terjadi ketika seorang lelaki sedang membaiki dan menampal takungan airnya, tetapi dia tidak sempat menggunakannya untuk memberi minum. Kiamat juga terjadi ketika mana seseorang telah mengangkat suapannya ke mulutnya untuk makan, lalu tidak sempat memakannya.
Faedah
- Islam dan taubat diterima selagi tidak terbit matahari dari barat.
- Galakan untuk bersiap sedia bagi menghadapi hari kiamat dengan iman dan amalan soleh; kerana kiamat datang secara tiba-tiba.
Rujukan
صحيح البخاري (8/ 106) (6506)، صحيح مسلم (1/ 137) (157)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (23/ 92).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ زِيَادِ بْنِ لَبِيدٍ رضي الله عنه قَالَ: ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا، فَقَالَ: «ذَاكَ عِنْدَ أَوَانِ ذَهَابِ الْعِلْمِ» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ، وَنَحْنُ نَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَنُقْرِئُهُ أَبْنَاءَنَا وَيُقْرِئُهُ أَبْنَاؤُنَا أَبْنَاءَهُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ زِيَادُ، إِنْ كُنْتُ لَأُرَاكَ مِنْ أَفْقَهِ رَجُلٍ بِالْمَدِينَةِ، أَوَلَيْسَ هَذِهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى يَقْرَؤونَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ، لَا يَعْمَلُونَ بِشَيْءٍ مِمَّا فِيهِمَا؟!».
Daripada Ziyad bin Labid رضي الله عنه, beliau berkata: Nabi ﷺ menyebutkan sesuatu, lalu baginda bersabda: “Itu berlaku ketika waktu hilangnya ilmu” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang, sedangkan kita membaca al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, dan anak-anak kita pula mengajarkannya kepada anak-anak mereka sehinggalah hari Kiamat?” Baginda bersabda: “Celaka engkau, Ziyad! Sesungguhnya aku menganggapmu antara lelaki yang paling faqih di Madinah. Bukankah kaum Yahudi dan Nasrani ini membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka tidak mengamalkan sedikit pun daripada apa yang terkandung di dalam kedua-duanya?!”
رواه ابن ماجهDarjatصحيح لغيره
Huraian
Nabi ﷺ sedang duduk di antara para sahabatnya, lalu baginda bersabda: “Inilah waktu ketika ilmu diangkat dan dicabut daripada manusia, ” Ziyad bin Labid al-Anṣārī رضي الله عنه pun merasa heran lalu bertanya kepada Nabi ﷺ, Lalu beliau berkata: "Bagaimanakah ilmu akan diangkat dan hilang daripada kami?! Sedangkan kami telah membaca al-Quran dan menghafaznya; Demi Allah, sesungguhnya kami akan membacanya, dan akan mengajarkannya kepada isteri-isteri kami, anak-anak kami, serta cucu-cucu kami." Lalu Nabi ﷺ bersabda dengan hairan: “Semoga ibumu kehilangan kamu, wahai Ziyad! Padahal aku telah menganggapmu sebagai salah seorang ulama Madinah!” Kemudian baginda ﷺ menjelaskan kepadanya: bahawa kehilangan ilmu bukanlah dengan kehilangan al-Quran; akan tetapi kehilangan ilmu adalah dengan kehilangan pengamalannya, Maka Taurat dan Injil ini ada pada kaum Yahudi dan Nasrani; namun demikian ia tidak memberi manfaat kepada mereka, dan mereka tidak mengambil faedah daripada tujuannya; iaitu untuk beramal dengan apa yang mereka ketahui.
Faedah
- Keberadaan Mashaf dan Kitab di tangan manusia tidak bermanfaat tanpa mengamalkannya.
- Ilmu diangkat melalui beberapa perkara, antaranya: kewafatan Nabi ﷺ, kewafatan para ulama, dan tidak beramal dengan ilmu.
- Antara tanda-tanda kiamat ialah hilangnya ilmu dan tidak beramal dengannya.
- Galakan untuk beramal dengan ilmu, kerana itulah tujuannya.
Rujukan
سنن ابن ماجه (5/ 172) (4048)، سنن الترمذي (4/ 328) (2653)، مسند أحمد (39/ 417) (23990)، الكاشف عن حقائق السُّنن (2/721)، المفهم (6/705)، مشارق الأنوار الوهاجة (2/146)، مرشد ذوي الحجا والحاجة إلى سنن ابن ماجه والقول المكتفى على سنن المصطفى (24/ 274).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com