Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada seorang Yahudi berkata: Wahai Muslim, ini seorang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada seorang Yahudi berkata: Wahai Muslim, ini seorang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memberitahu bahawa kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum Muslimin dan kaum Yahudi berperang, Sehinggalah apabila orang Yahudi melarikan diri ke sebalik batu untuk bersembunyi daripadanya daripada kaum Muslimin; Allah menjadikan batu itu berkata-kata dan menyeru orang Muslim: bahawa seorang Yahudi berada di belakangnya, supaya dia datang untuk membunuhnya.
Faedah
Nabi ﷺ mengkhabarkan sebahagian perkara ghaib dan masa hadapan, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Allah Ta‘ala kepadanya, dan ia pasti akan berlaku.
Peperangan orang Islam menentang orang Yahudi pada akhir zaman, dan bahawa ia adalah antara tanda-tanda kiamat.
Kekalnya agama Islam sehingga hari kiamat, dan kemenangannya atas seluruh agama.
Pertolongan Allah kepada kaum Muslimin terhadap musuh mereka, dan antaranya ialah Dia menjadikan batu berkata-kata pada akhir zaman.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 42) (2926)، صحيح مسلم (4/ 2238) (2921)، عمدة القاري (14/199) الكوكب الوهاج شرح صحيح مسلم (26/198).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com