عَنْ زِيَادِ بْنِ لَبِيدٍ رضي الله عنه قَالَ: ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا، فَقَالَ: «ذَاكَ عِنْدَ أَوَانِ ذَهَابِ الْعِلْمِ» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ، وَنَحْنُ نَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَنُقْرِئُهُ أَبْنَاءَنَا وَيُقْرِئُهُ أَبْنَاؤُنَا أَبْنَاءَهُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ زِيَادُ، إِنْ كُنْتُ لَأُرَاكَ مِنْ أَفْقَهِ رَجُلٍ بِالْمَدِينَةِ، أَوَلَيْسَ هَذِهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى يَقْرَؤونَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ، لَا يَعْمَلُونَ بِشَيْءٍ مِمَّا فِيهِمَا؟!».
Daripada Ziyad bin Labid رضي الله عنه, beliau berkata: Nabi ﷺ menyebutkan sesuatu, lalu baginda bersabda: “Itu berlaku ketika waktu hilangnya ilmu” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang, sedangkan kita membaca al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, dan anak-anak kita pula mengajarkannya kepada anak-anak mereka sehinggalah hari Kiamat?” Baginda bersabda: “Celaka engkau, Ziyad! Sesungguhnya aku menganggapmu antara lelaki yang paling faqih di Madinah. Bukankah kaum Yahudi dan Nasrani ini membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka tidak mengamalkan sedikit pun daripada apa yang terkandung di dalam kedua-duanya?!”
رواه ابن ماجهDarjatصحيح لغيره
Huraian
Nabi ﷺ sedang duduk di antara para sahabatnya, lalu baginda bersabda: “Inilah waktu ketika ilmu diangkat dan dicabut daripada manusia, ” Ziyad bin Labid al-Anṣārī رضي الله عنه pun merasa heran lalu bertanya kepada Nabi ﷺ, Lalu beliau berkata: "Bagaimanakah ilmu akan diangkat dan hilang daripada kami?! Sedangkan kami telah membaca al-Quran dan menghafaznya; Demi Allah, sesungguhnya kami akan membacanya, dan akan mengajarkannya kepada isteri-isteri kami, anak-anak kami, serta cucu-cucu kami." Lalu Nabi ﷺ bersabda dengan hairan: “Semoga ibumu kehilangan kamu, wahai Ziyad! Padahal aku telah menganggapmu sebagai salah seorang ulama Madinah!” Kemudian baginda ﷺ menjelaskan kepadanya: bahawa kehilangan ilmu bukanlah dengan kehilangan al-Quran; akan tetapi kehilangan ilmu adalah dengan kehilangan pengamalannya, Maka Taurat dan Injil ini ada pada kaum Yahudi dan Nasrani; namun demikian ia tidak memberi manfaat kepada mereka, dan mereka tidak mengambil faedah daripada tujuannya; iaitu untuk beramal dengan apa yang mereka ketahui.
Faedah
- Keberadaan Mashaf dan Kitab di tangan manusia tidak bermanfaat tanpa mengamalkannya.
- Ilmu diangkat melalui beberapa perkara, antaranya: kewafatan Nabi ﷺ, kewafatan para ulama, dan tidak beramal dengan ilmu.
- Antara tanda-tanda kiamat ialah hilangnya ilmu dan tidak beramal dengannya.
- Galakan untuk beramal dengan ilmu, kerana itulah tujuannya.
Rujukan
سنن ابن ماجه (5/ 172) (4048)، سنن الترمذي (4/ 328) (2653)، مسند أحمد (39/ 417) (23990)، الكاشف عن حقائق السُّنن (2/721)، المفهم (6/705)، مشارق الأنوار الوهاجة (2/146)، مرشد ذوي الحجا والحاجة إلى سنن ابن ماجه والقول المكتفى على سنن المصطفى (24/ 274).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ، وَلَا لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ، وَلَا تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ، فَالنَّارُ النَّارُ».
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian dalam majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah, nerakalah."
رواه ابن ماجهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ telah memberi amaran tentang perbuatan menuntut ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, dan menzahirkan diri sebagai seorang alim seperti mereka; atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh dan yang cetek akalnya; atau mempelajarinya untuk mendapat kedudukan utama dalam majlis-majlis dan didahulukan mengatasi orang lain di dalamnya. Maka sesiapa yang berbuat demikian, dia berhak mendapat neraka kerana riaknya dan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu kerana Allah.
Faedah
- Ancaman neraka bagi sesiapa yang mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga, berdebat, atau mendahului dalam majlis-majlis, dan seumpamanya.
- Kepentingan ikhlas dalam niat bagi orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya.
- Niat adalah asas amalan dan balasan adalah berdasarkannya.
Rujukan
سنن ابن ماجه (1/ 170) (254)، مرشد ذوي الحجا والحاجة (2/378)، مشارق الأنوار الوهاجة ومطالع الأسرار البهاجة في شرح سنن الإمام ابن ماجه (4/ 482).
Hadis ini di HadeethEnc.com