عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ».
Daripada Abū Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu membantu saudaranya. Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka dalam kalangan makhluk yang ada di sisi-Nya. Dan sesiapa yang amalnya melambatkannya, nasabnya tidak akan mempercepatkannya.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa ganjaran seorang Muslim di sisi Allah adalah sejenis dengan apa yang dia lakukan terhadap sesama Muslim. Maka sesiapa yang meringankan, melepaskan, menghilangkan dan melenyapkan kesusahan serta kesempitan seorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan membalasnya dengan meringankan baginya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesempitan, memberi kelapangan kepadanya, dan menghilangkan kesukarannya, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, umpamanya jika dia mengetahui kesilapan dan kekhilafan yang tidak patut didedahkan daripadanya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya dalam urusan agama dan dunianya. Bantuan itu boleh diberikan melalui doa, tenaga, harta dan lain-lain. Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu syariat dengan niat mengharap keredaan Allah Taala, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan kedamaian, diliputi dan diselubungi rahmat Allah, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah memuji mereka dalam kalangan makhluk yang dekat dengan-Nya. Cukuplah sebagai satu kemuliaan apabila Allah menyebut nama hamba-Nya dalam kalangan penduduk langit. Sesiapa yang amalannya kurang, yang tidak melayakkannya untuk mencapai kedudukan orang-orang yang banyak beramal, dia tidak patut bergantung kepada kemuliaan nasab dan keutamaan bapanya sambil mengambil ringan akan amalannya sendiri.
Faedah
- Ibn Daqīq al-ʿĪd berkata: “Ini merupakan hadis yang agung, yang merangkumi pelbagai jenis ilmu, kaedah dan adab. Di dalamnya terkandung keutamaan melunaskan keperluan umat Islam dan memberi manfaat kepada mereka dengan apa yang termampu, sama ada melalui ilmu, harta, pertolongan, panduan kepada kebaikan, nasihat atau lain-lain.”
- Galakan untuk memudahkan orang yang dalam kesusahan.
- Galakan untuk menolong hamba Muslim, dan bahawa Allah Taala akan menolong orang yang menolong saudaranya mengikut kadar bantuannya.
- Antara bentuk menutup aib seorang Muslim ialah dengan tidak mencari-cari aibnya. Diriwayatkan daripada sebahagian salaf bahawa mereka berkata: “Aku menemui satu kaum yang tiada cacat cela pada mereka, lalu mereka menyebut cacat cela orang lain, maka orang lain pun menyebut cacat cela mereka. Dan aku menemui satu kaum yang mempunyai cacat cela, tetapi mereka menahan diri daripada menyebut cacat cela orang lain, maka cacat cela mereka dilupakan.”
- Menutup aib manusia tidak bermaksud meninggalkan kemungkaran dan tidak mengubahnya, tetapi boleh diubah sambil tetap menutup aib. Hal ini berlaku bagi orang yang tidak dikenali dengan kefasikan dan keterlaluan dalam kezaliman. Adapun bagi orang yang dikenali dengan perkara tersebut, tidak disunatkan menutup aibnya, bahkan perkara itu harus diserahkan kepada pihak yang berkuasa, selagi tidak timbul keburukan daripadanya. Hal ini kerana menutup aibnya akan mendorongnya kepada kefasikan, berani menzalimi manusia dan mendorong orang lain yang jahat dan degil berbuat demikian.
- Galakan untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran, dan mempelajarinya bersama-sama.
- Al-Nawawī berkata: “Di dalam ini terdapat dalil tentang keutamaan berkumpul untuk membaca al-Quran di masjid… Dan termasuk juga di masjid dalam memperoleh keutamaan ini ialah berkumpul di madrasah, ribāṭ, dan tempat-tempat seumpamanya, insyaAllah تعالى.”
- Pahala hanya ditentukan oleh Allah berdasarkan amalan, bukan berdasarkan keturunan.
Rujukan
صحيح مسلم (4/ 2074) (2699).
التحفة الربانية، لإسماعيل الأنصاري (ص82).
الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله المحسن (ص69).
شرح الأربعين النووية ، لابن عثيمين (ص355).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يُحَدِّثُكُمْ بِهِ أَحَدٌ غَيْرِي: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ العِلْمُ، وَيَكْثُرَ الجَهْلُ، وَيَكْثُرَ الزِّنَا، وَيَكْثُرَ شُرْبُ الخَمْرِ، وَيَقِلَّ الرِّجَالُ، وَيَكْثُرَ النِّسَاءُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ».
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Aku akan menceritakan kepada kamu satu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ, yang tidak akan disampaikan oleh sesiapa pun selainku: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah diangkatnya ilmu syariat, iaitu dengan kewafatan para ulama, Natijahnya, kejahilan bertambah banyak dan tersebar, perzinaan dan perbuatan keji tersebar, perbuatan meminum arak bertambah banyak, dan bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan kaum wanita bertambah; sehinggakan bagi lima puluh orang wanita ada seorang lelaki yang menguruskan hal ehwal mereka dan menjaga maslahat mereka.
Faedah
- Penjelasan beberapa tanda kiamat.
- Pengetahuan tentang waktu berlakunya kiamat adalah daripada perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya.
- Galakan untuk menuntut ilmu syarie sebelum kehilangannya.
Rujukan
صحيح البخاري (7/ 37) (5231)، صحيح مسلم (4/ 2056) (2671)، فتح الباري لابن حجر (9/ 330)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (20/ 213).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمي رحمه الله قَالَ: حَدَّثَنَا مَنْ كَانَ يُقْرِئُنَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقْتَرِئُونَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ آيَاتٍ، فَلَا يَأْخُذُونَ فِي الْعَشْرِ الْأُخْرَى حَتَّى يَعْلَمُوا مَا فِي هَذِهِ مِنَ الْعِلْمِ وَالْعَمَلِ، قَالُوا: فَعَلِمْنَا الْعِلْمَ وَالْعَمَلَ.
Daripada Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami رحمه الله, beliau berkata: Seseorang dalam kalangan para Sahabat Nabi ﷺ yang mengajar kami al-Quran menyampaikan kepada kami, bahawa mereka biasa belajar sepuluh ayat daripada Rasulullah ﷺ, lalu mereka tidak akan mengambil sepuluh ayat yang lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya. Mereka berkata: "Maka kami pun mempelajari ilmu dan amalan (secara serentak)."
رواه أحمدDarjatحسن
Huraian
Para sahabat رضي الله عنهم menerima sepuluh ayat al-Quran daripada Rasulullah ﷺ, dan tidak akan beralih kepada ayat-ayat lain sehinggalah mereka mempelajari ilmu yang terkandung di dalamnya dan mengamalkannya. Maka, mereka mempelajari ilmu dan amal secara serentak.
Faedah
- Kemuliaan para sahabat رضي الله عنهم dan kesungguhan mereka untuk mempelajari al-Quran.
- Mempelajari al-Quran adalah dengan mengetahui dan mengamalkan kandungannya, bukan dengan membacanya dan menghafaznya semata-mata.
- Ilmu adalah sebelum perkataan dan perbuatan.
Rujukan
مسند أحمد (38/ 466) (23482).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟» قَالَ: قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: «يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟» قَالَ: قُلْتُ: {اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255]. قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي، وَقَالَ: «وَاللهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ، أَبَا الْمُنْذِرِ».
Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ bertanya kepada Ubayy bin Ka'b tentang ayat yang paling agung di dalam kitab Allah, lalu beliau teragak-agak untuk menjawab. Kemudian, beliau berkata: "Ia adalah Ayat al-Kursi: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)}." Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya, lalu Baginda menepuk dadanya sebagai isyarat akan kepenuhannya dengan ilmu dan hikmah, dan mendoakannya agar beliau berbahagia dengan ilmu ini serta dipermudahkan baginya.
Faedah
- Kelebihan agung bagi Ubay bin Ka'b رضي الله عنه.
- Ayat Kursiy ialah ayat teragung dalam Kitab Allah Ta'ala, maka seyogianya ia dihafal, ditadabbur makna-maknanya, dan diamalkan.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 556) (810)، إكمال المعلم (3/178)، الكاشف عن حقائق السنن (5/1644)، المفهم (2/436)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (16/ 394).
Hadis ini di HadeethEnc.com