عَنْ المِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَا مَلأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أَكَلاَتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ، وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ».
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."
رواه الإمام أحمد والترمذي والنسائي وابن ماجهDarjatصحيح
Huraian
Nabi yang mulia ﷺ membimbing kita kepada salah satu prinsip asas perubatan, iaitu pencegahan yang menjaga kesihatan manusia. Pencegahan itu adalah dengan mengurangkan makan, bahkan hendaklah seseorang makan secukupnya sahaja untuk mengenyangkan perutnya dan menguatkannya bagi menunaikan amalan-amalan yang perlu dilaksanakannya. Sesungguhnya bekas yang paling buruk yang dipenuhkan ialah perut, kerana akibat kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang merbahaya, sama ada segera atau lambat, zahir atau batin, yang tidak terhitung jumlahnya. Kemudian, Rasulullah ﷺ bersabda: Jika seseorang manusia tidak dapat dielakkan daripada kenyang, hendaklah dia membahagikan makannya menjadi satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga untuk nafas, supaya dia tidak mengalami kesempitan atau kemudaratan, serta tidak menjadi malas dalam menunaikan apa yang diwajibkan Allah ke atasnya dalam urusan agamanya atau dunianya.
Faedah
- Tidak melampaui batas dalam makan dan minum. Ini merupakan prinsip yang merangkumi semua asas perubatan, kerana terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit dan kemudaratan.
- Tujuan makan ialah untuk memelihara kesihatan dan kekuatan, dan dengan itu terpelihara keselamatan hidup.
- Memenuhkan perut dengan makanan boleh mendatangkan kemudaratan dari segi jasmani dan agama. Saidina Umar رضي الله عنه berkata: “Jauhilah daripada memenuhi perut, kerana ia perosak tubuh badan dan penyebab malas untuk menunaikan solat.”
- Makanan dari segi hukum dibahagikan kepada beberapa jenis: Wajib, iaitu makanan yang memelihara kehidupan dan meninggalkannya mendatangkan kemudaratan. Dibenarkan, iaitu makanan yang melebihi keperluan wajib tetapi tidak berbahaya. Makruh, iaitu makanan yang dikhuatiri mendatangkan mudarat. Haram, iaitu makanan yang diketahui mendatangkan kemudaratan. Sunat, iaitu makanan yang membantu seseorang menunaikan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Kesemuanya diringkaskan dalam hadis dalam tiga peringkat: Pertama, memenuhkan perut. Kedua: Makanan atau suapan yang menguatkan tulang belakang. Ketiga: Sabda Nabi ﷺ: “Satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, dan satu pertiga untuk nafasnya.” Semua ini tertakluk kepada syarat bahawa jenis makanan yang dimakan adalah halal.
- Hadis ini merupakan salah satu asas dalam ilmu perubatan. Oleh sebab ilmu perubatan berlandaskan kepada tiga prinsip: memelihara kekuatan, menjaga kesederhanaan, dan pengosongan (detoksifikasi), maka hadis ini merangkumi dua prinsip yang awal daripadanya. Seperti firman Allah: (“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”) [Surah al-A‘raf: 31]."
- Sempurnanya syariat ini kerana ia merangkumi kebaikan manusia dalam urusan agamanya dan dunianya.
- Antara ilmu syariat terdapat asas-asas perubatan dan pelbagai jenisnya, sebagaimana yang disebutkan tentang madu dan jintan hitam (Habbatus Sauda).
- Syariat Islam mengandungi hukum-hukum yang penuh dengan hikmah, dan ia dibina atas asas mencegah kemudaratan serta mendatangkan manfaat.
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 188) (2380).
سنن ابن ماجه (4/ 448) (3349).
مسند أحمد (28/ 422) (17186).
فتح الباري لابن حجر (9/ 528).
جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم، لابن رجب (2/ 467).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص100).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، لعبد المحسن العباد (ص148).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ، وَلَا لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ، وَلَا تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ، فَالنَّارُ النَّارُ».
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian dalam majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah, nerakalah."
رواه ابن ماجهDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ telah memberi amaran tentang perbuatan menuntut ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, dan menzahirkan diri sebagai seorang alim seperti mereka; atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh dan yang cetek akalnya; atau mempelajarinya untuk mendapat kedudukan utama dalam majlis-majlis dan didahulukan mengatasi orang lain di dalamnya. Maka sesiapa yang berbuat demikian, dia berhak mendapat neraka kerana riaknya dan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu kerana Allah.
Faedah
- Ancaman neraka bagi sesiapa yang mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga, berdebat, atau mendahului dalam majlis-majlis, dan seumpamanya.
- Kepentingan ikhlas dalam niat bagi orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya.
- Niat adalah asas amalan dan balasan adalah berdasarkannya.
Rujukan
سنن ابن ماجه (1/ 170) (254)، مرشد ذوي الحجا والحاجة (2/378)، مشارق الأنوار الوهاجة ومطالع الأسرار البهاجة في شرح سنن الإمام ابن ماجه (4/ 482).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا، وَعَلَى جَنْبَتَيْ الصِّرَاطِ سُورَانِ، فِيهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ، وَعَلَى الْأَبْوَابِ سُتُورٌ مُرْخَاةٌ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَاطِ دَاعٍ يَقُولُ: أَيُّهَا النَّاسُ، ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيعًا، وَلَا تَتَعَرَّجُوا، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ، فَإِذَا أَرَادَ يَفْتَحُ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ، قَالَ: وَيْحَكَ لَا تَفْتَحْهُ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ، وَالصِّرَاطُ الْإِسْلَامُ، وَالسُّورَانِ: حُدُودُ اللهِ، وَالْأَبْوَابُ الْمُفَتَّحَةُ: مَحَارِمُ اللهِ، وَذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ: كِتَابُ اللهِ، وَالدَّاعِي مِنِ فَوْقَ الصِّرَاطِ: وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ».
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’
Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
رواه الترمذي وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa Allah telah membuat satu perumpamaan bagi Islam seperti sebatang jalan yang lurus terbentang tanpa sebarang kebengkokan. Di kedua-dua belah sisi jalan ini, terdapat dua tembok yang mengelilinginya, iaitu had-had (batasan) Allah. Pada kedua-dua tembok ini terdapat pintu-pintu yang terbuka, iaitu perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Pada pintu-pintu tersebut, tergantung tirai-tirai yang menghalang orang yang lalu-lalang daripada melihat apa yang ada di dalamnya. Di permulaan jalan, terdapat seorang penyeru yang memberi petunjuk kepada manusia dengan berkata: "Teruskan perjalanan di atas jalan ini dan jangan menyimpang." Penyeru ini ialah Kitab Allah. Terdapat seorang lagi penyeru dari atas jalan itu. Setiap kali orang yang berjalan di atas jalan itu berniat untuk membuka sedikit tirai pada pintu-pintu tersebut, penyeru ini akan mengherdiknya dan berkata: "Celakalah kamu, jangan membukanya! Sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya, dan kamu tidak akan mampu menahan dirimu daripada masuk ke dalamnya." Dan penyeru ini ialah peringatan daripada Allah di dalam hati setiap orang Muslim.
Faedah
- Islam adalah agama kebenaran dan jalan yang lurus yang menyampaikan kita ke syurga.
- Kewajipan beriltizam dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala dan dengan apa yang dihalalkan dan diharamkan-Nya, dan bahawa bermudah-mudah padanya mendatangkan kebinasaan.
- Kelebihan al-Quran dan galakan untuk mengamalkannya, kerana padanya terkandung petunjuk, cahaya dan kejayaan.
- Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah apa yang Dia tanamkan dalam hati orang-orang beriman, yang menjaga dan mengingatkan mereka agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan.
- Allah dengan rahmat-Nya menjadikan bagi hamba-hamba-Nya penghalang-penghalang yang mencegah mereka daripada terjatuh ke dalam maksiat.
- Antara kaedah pengajaran adalah memberikan perumpamaan untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan.
Rujukan
سنن الترمذي (4/ 539) (2859)، مسند أحمد (29/ 181، 183) (17634)، جامع العلوم والحكم (2/161)، فيض القدير (4/253)، التنوير شرح الجامع الصغير (7/100)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 83).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ، وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ، وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ} [آل عمران: 7]. قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللهُ، فَاحْذَرُوهُمْ».
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ membacakan ayat ini: “Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu, di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi al-Kitab dan yang lain (adalah) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecenderungan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya kerana hendak menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya, semuanya dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang berakal.” [Ali 'Imran: 7]. Dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Maka apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya, maka mereka itulah golongan yang Allah maksudkan, maka berwaspadalah terhadap mereka.”
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ membaca ayat ini: “Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran), sebahagian daripadanya ialah ayat-ayat yang muhkamat (jelas dan nyata maknanya), yang menjadi ibu (pokok) kepada isi al-Quran, dan sebahagian yang lain ialah ayat-ayat yang mutasyabihat (samar-samar atau mengandungi beberapa makna). Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya (yang salah). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya datang daripada Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”
Di dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu bahawa Dialah yang menurunkan al-Quran kepada Nabi-Nya. Sebahagian daripada al-Quran ialah ayat-ayat yang jelas petunjuknya, diketahui hukum-hukumnya tanpa sebarang kekeliruan; ia merupakan asas dan rujukan bagi al-Quran, serta menjadi rujukan ketika berlaku perselisihan. Sebahagian yang lain pula ialah ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna, yang maknanya menjadi kabur bagi sesetengah orang, atau mereka menyangka wujud percanggahan antara ayat-ayat tersebut dengan ayat yang lain.
Kemudian Allah menjelaskan cara manusia berinteraksi dengan ayat-ayat ini. Orang yang dalam hatinya ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran akan meninggalkan ayat-ayat yang muhkam (jelas), dan berpegang pada ayat-ayat yang mutasyabih (yang mengandungi pelbagai kemungkinan makna). Mereka berbuat demikian untuk mencetuskan syubhah dan menyesatkan manusia, dan untuk menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka.
Adapun orang yang mantap ilmunya, mereka mengetahui (hakikat) ayat-ayat mutasyabih ini, lalu merujukkannya kepada ayat-ayat yang muhkam. Mereka beriman kepadanya dan (yakin) bahawa semuanya datang daripada Allah SWT, serta tidak mungkin berlaku sebarang kekeliruan atau percanggahan. Namun, tiada yang dapat mengambil peringatan dan pengajaran daripadanya melainkan orang yang memiliki akal yang waras.
Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepada Ummul Mukminin Aisyah RA, bahawa jika beliau melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabih, maka merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam firman-Nya: "Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran." Baginda menambah: "Maka berhati-hatilah dengan mereka dan janganlah kamu mendengar mereka."
Faedah
- Al-Muhkam daripada ayat-ayat al-Quran: ialah apa yang jelas dalalahnya dan zahir maknanya, dan al-Mutasyabih: ialah apa yang mengandungi lebih daripada satu makna dan memerlukan penelitian dan kefahaman.
- Amaran daripada bergaul dengan golongan yang menyeleweng, ahli bidaah, dan mereka yang mencetuskan kekeliruan untuk menyesatkan manusia dan menimbulkan keraguan.
- Pada penutup ayat ini dengan firman Allah ﷻ: “Dan tiada yang mengambil peringatan melainkan Ulul Albab”, ia merupakan sindiran kepada orang yang menyeleweng, dan pujian kepada orang yang teguh. Yakni: Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran dan iktibar, serta mengikut hawa nafsunya, bukanlah daripada kalangan Ulul Albab.
- Mengikuti (perkara-perkara) mutasyabih menyebabkan penyimpangan hati.
- Kewajipan mengembalikan ayat-ayat mutasyabihah yang mungkin tidak difahami maknanya kepada ayat-ayat muhkamat.
- Allah SWT menjadikan sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya pula mutasyabih; sebagai ujian kepada manusia agar dapat dibezakan antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat.
- Kewujudan ayat-ayat mutashabih dalam al-Quran adalah untuk menzahirkan keutamaan para ulama berbanding yang lain, dan menyedarkan akal akan kekurangannya; agar ia tunduk menyerah diri kepada Penciptanya dan mengakui kelemahannya.
- Keutamaan kedalaman ilmu dan keperluan ketekunan padanya.
- Para mufassir (ahli tafsir) mempunyai dua pendapat tentang waqaf (berhenti) pada lafaz {Allah} dalam firman-Nya: { وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم }. Bagi yang berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah ilmu tentang hakikat dan inti pati sesuatu, iaitu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal seperti urusan roh dan hari kiamat, yang ilmunya hanya khusus bagi Allah. Adapun al-Rasikhun fi al-'Ilm (orang-orang yang mendalam ilmunya) beriman dengannya dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah, lalu mereka berserah diri dan selamat. Manakala bagi yang menyambung bacaan (wasal) tanpa berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah tafsir, pendedahan dan penjelasan. Maka Allah mengetahuinya, dan al-Rasikhun fi al-'Ilm juga mengetahuinya; lalu mereka beriman dengannya dan mengembalikannya kepada (ayat-ayat) yang muhkam.
Rujukan
صحيح البخاري (6/ 33) (4547)، صحيح مسلم (4/ 2053) (2665)، فتح الباري (8/211)، شرح النووي على مسلم (16/217)، النهاية في غريب الحديث والأثر (ص 407، 465)، فتح الودود في شرح سنن أبي داود (4/415)، تحفة الأبرار شرح مصابيح السنّة (1/129)، البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (41/ 559).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ».
Daripada Abu Muhammad, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa."
رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيحDarjatقال النووي: حديث صحيح
Huraian
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seseorang itu tidak menjadi mukmin yang sempurna imannya sehingga kecintaannya mengikuti apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ berupa perintah dan larangan serta syariat-syariat lain. Dia mencintai apa yang diperintahkan dan membenci apa yang dilarang.
Faedah
- Hadis ini menjadi asas dalam menyerahkan diri kepada syariat dan patuh kepadanya.
- Ia merupakan peringatan kepada manusia bahawa sesiapa yang menghukum menggunakan akal atau adatnya sendiri dan mendahulukannya melebihi apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ, maka iman orang tersebut boleh terjejas atau terhapus.
- Kewajipan menjadikan syariat sebagai hukum dalam setiap perkara, berdasarkan firman baginda: (bagi apa yang aku bawa).
- Iman seseorang bertambah dengan ketaatan kepada Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat.
Rujukan
الحجة على تارك المحجة لأبي الفتح نصر بن إبراهيم المقدسي، برقم (25).
فتح الباري لابن حجر (13/289).
جامع العلوم والحكم (3/1146).
شرح النووي على مسلم (1/77).
Hadis ini di HadeethEnc.comSetiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com