عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ؛ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada."
رواه أبو داودDarjatحسن
Huraian
Nabi ﷺ melarang rumah-rumah dikosongkan daripada solat, sehingga ia menjadi seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya, Baginda melarang ziarah berulang kali ke makamnya dan berkumpul di sana sebagai satu kebiasaan kerana ia adalah wasilah kepada syirik, Dan diperintahkan untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda di mana-mana sahaja di muka bumi; kerana amalan itu sampai kepada baginda, sama sahaja baik dari dekat mahupun jauh. Maka, tidak perlu berulang-alik ke makam baginda.
Faedah
Larangan daripada mengosongkan rumah-rumah daripada ibadah kepada Allah Ta’ala.
Larangan melakukan perjalanan untuk menziarahi makam Nabi ﷺ kerana baginda memerintahkan untuk berselawat ke atasnya dan memberitahu bahawa selawat itu sampai kepadanya. Sebaliknya, perjalanan hanya diadakan dengan tujuan ke masjid dan untuk bersolat di dalamnya.
Pengharaman menjadikan ziarah kubur Nabi ﷺ sebagai perayaan, dengan mengulang-ulangi ziarahnya pada cara dan waktu yang khusus, demikian juga ziarah setiap kubur.
Kemuliaan Nabi ﷺ di sisi Tuhannya, dengan disyariatkannya selawat dan salam ke atas baginda pada setiap masa dan tempat.
Oleh sebab larangan solat di kubur telah menjadi ketetapan dalam kalangan para sahabat, maka Nabi ﷺ melarang rumah dijadikan seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya.
Rujukan
سنن أبي داود (3/ 385) (2042).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص202).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص185).
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: «الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ».
Daripada Abu Hurayrah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa solat lima waktu yang diwajibkan sehari semalam, solat Jumaat setiap minggu, dan puasa bulan Ramadan setiap tahun, adalah penghapus bagi dosa-dosa kecil yang ada di antaranya, dengan syarat menjauhi dosa-dosa besar, Adapun dosa-dosa besar seperti zina dan meminum arak, maka tidak akan dihapuskan kecuali dengan taubat.
Faedah
Dosa-dosa terbahagi kepada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar.
Penghapusan dosa-dosa kecil adalah bersyarat dengan menjauhi dosa-dosa besar.
Dosa-dosa besar ialah dosa-dosa yang dinyatakan padanya hukuman had di dunia, atau datang padanya ancaman di akhirat; dengan azab, atau kemurkaan, atau yang terkandung di dalamnya ugutan, atau laknat ke atas pelakunya, seperti zina dan meminum arak.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 209) (233).
شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 183).
نزهة المتقين بشرح رياض الصالحين، لمصطفى سعيد الخن (1/ 158).
تطريز رياض الصالحين، لفيصل آل مبارك (ص108).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم بن عيد الهلالي (1/ 209).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com