Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ؛ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada."
رواه أبو داودDarjatحسن
Huraian

Nabi ﷺ melarang rumah-rumah dikosongkan daripada solat, sehingga ia menjadi seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya, Baginda melarang ziarah berulang kali ke makamnya dan berkumpul di sana sebagai satu kebiasaan kerana ia adalah wasilah kepada syirik, Dan diperintahkan untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda di mana-mana sahaja di muka bumi; kerana amalan itu sampai kepada baginda, sama sahaja baik dari dekat mahupun jauh. Maka, tidak perlu berulang-alik ke makam baginda.

Faedah
  1. Larangan daripada mengosongkan rumah-rumah daripada ibadah kepada Allah Ta’ala.
  2. Larangan melakukan perjalanan untuk menziarahi makam Nabi ﷺ kerana baginda memerintahkan untuk berselawat ke atasnya dan memberitahu bahawa selawat itu sampai kepadanya. Sebaliknya, perjalanan hanya diadakan dengan tujuan ke masjid dan untuk bersolat di dalamnya.
  3. Pengharaman menjadikan ziarah kubur Nabi ﷺ sebagai perayaan, dengan mengulang-ulangi ziarahnya pada cara dan waktu yang khusus, demikian juga ziarah setiap kubur.
  4. Kemuliaan Nabi ﷺ di sisi Tuhannya, dengan disyariatkannya selawat dan salam ke atas baginda pada setiap masa dan tempat.
  5. Oleh sebab larangan solat di kubur telah menjadi ketetapan dalam kalangan para sahabat, maka Nabi ﷺ melarang rumah dijadikan seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya.
Rujukan

سنن أبي داود (3/ 385) (2042). الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص202). الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص185).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Merits of Good Deeds

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com