Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Merits of the Noble Qur'an

4 hadis

“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا، وَعَلَى جَنْبَتَيْ الصِّرَاطِ سُورَانِ، فِيهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ، وَعَلَى الْأَبْوَابِ سُتُورٌ مُرْخَاةٌ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَاطِ دَاعٍ يَقُولُ: أَيُّهَا النَّاسُ، ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيعًا، وَلَا تَتَعَرَّجُوا، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ، فَإِذَا أَرَادَ يَفْتَحُ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ، قَالَ: وَيْحَكَ لَا تَفْتَحْهُ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ، وَالصِّرَاطُ الْإِسْلَامُ، وَالسُّورَانِ: حُدُودُ اللهِ، وَالْأَبْوَابُ الْمُفَتَّحَةُ: مَحَارِمُ اللهِ، وَذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ: كِتَابُ اللهِ، وَالدَّاعِي مِنِ فَوْقَ الصِّرَاطِ: وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ».
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’ Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
رواه الترمذي وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa Allah telah membuat satu perumpamaan bagi Islam seperti sebatang jalan yang lurus terbentang tanpa sebarang kebengkokan. Di kedua-dua belah sisi jalan ini, terdapat dua tembok yang mengelilinginya, iaitu had-had (batasan) Allah. Pada kedua-dua tembok ini terdapat pintu-pintu yang terbuka, iaitu perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Pada pintu-pintu tersebut, tergantung tirai-tirai yang menghalang orang yang lalu-lalang daripada melihat apa yang ada di dalamnya. Di permulaan jalan, terdapat seorang penyeru yang memberi petunjuk kepada manusia dengan berkata: "Teruskan perjalanan di atas jalan ini dan jangan menyimpang." Penyeru ini ialah Kitab Allah. Terdapat seorang lagi penyeru dari atas jalan itu. Setiap kali orang yang berjalan di atas jalan itu berniat untuk membuka sedikit tirai pada pintu-pintu tersebut, penyeru ini akan mengherdiknya dan berkata: "Celakalah kamu, jangan membukanya! Sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya, dan kamu tidak akan mampu menahan dirimu daripada masuk ke dalamnya." Dan penyeru ini ialah peringatan daripada Allah di dalam hati setiap orang Muslim.

Faedah
  1. Islam adalah agama kebenaran dan jalan yang lurus yang menyampaikan kita ke syurga.
  2. Kewajipan beriltizam dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala dan dengan apa yang dihalalkan dan diharamkan-Nya, dan bahawa bermudah-mudah padanya mendatangkan kebinasaan.
  3. Kelebihan al-Quran dan galakan untuk mengamalkannya, kerana padanya terkandung petunjuk, cahaya dan kejayaan.
  4. Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah apa yang Dia tanamkan dalam hati orang-orang beriman, yang menjaga dan mengingatkan mereka agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan.
  5. Allah dengan rahmat-Nya menjadikan bagi hamba-hamba-Nya penghalang-penghalang yang mencegah mereka daripada terjatuh ke dalam maksiat.
  6. Antara kaedah pengajaran adalah memberikan perumpamaan untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan.
Rujukan

سنن الترمذي (4/ 539) (2859)، مسند أحمد (29/ 181، 183) (17634)، جامع العلوم والحكم (2/161)، فيض القدير (4/253)، التنوير شرح الجامع الصغير (7/100)، الفتح الرباني لترتيب مسند الإمام أحمد بن حنبل الشيباني (1/ 83).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Adakah salah seorang antara kamu suka apabila pulang kepada keluarganya, dia mendapati tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk?

عَنْ ‌أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلَاثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ؟» قُلْنَا: نَعَمْ. قَالَ: «فَثَلَاثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلَاثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ».
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Adakah salah seorang antara kamu suka apabila pulang kepada keluarganya, dia mendapati tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk?" Kami menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Maka tiga ayat yang dibaca oleh salah seorang antara kamu dalam solatnya adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk."
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menerangkan bahawa ganjaran membaca tiga ayat di dalam solat adalah lebih baik daripada seseorang mendapati di rumahnya tiga ekor unta betina yang bunting, besar lagi gemuk.

Faedah
  1. Penjelasan kelebihan membaca al-Quran dalam solat.
  2. Amalan-amalan soleh adalah lebih baik dan lebih kekal daripada kesenangan dunia yang fana.
  3. Kelebihan ini tidak terhad kepada bacaan tiga ayat sahaja, kerana semakin banyak ayat yang dibaca oleh seseorang dalam solatnya, maka pahalanya adalah lebih baik baginya berbanding bilangan unta betina bunting yang setara.
Rujukan

صحيح مسلم (1/ 552) (802)، إكمال المعلم (3/172)، الإفصاح عن معاني الصِّحاح (8/65)، فتح المنعم شرح صحيح مسلم (3/620)، البحر المحيط الثجاج (16/343).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يقالُ لصاحبِ القرآن: اقرَأ وارتَقِ، ورتِّل كما كُنْتَ ترتِّل في الدُنيا، فإن منزِلَكَ عندَ آخرِ آية تقرؤها».
Daripada 'Abdullah bin 'Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."
رواه أبو داود والترمذي والنسائي في الكبرى وأحمدDarjatحسن
Huraian

Nabi ﷺ memberitakan bahawa akan dikatakan kepada pembaca al-Quran, yang beramal dengan kandungannya serta sentiasa tekun membacanya dan menghafalnya, apabila dia memasuki syurga: “Bacalah al-Quran, dan naiklah ke darjat-darjat syurga, dan bacalah ia secara tartil sepertimana engkau membacanya di dunia dengan perlahan dan tenang; kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang engkau baca.”

Faedah
  1. Balasan setimpal dengan perbuatan dari segi kuantiti dan kualiti.
  2. Galakan untuk membaca al-Quran, menguasainya, menghafaznya, mentadabburnya, dan mengamalkannya.
  3. Syurga memiliki banyak tingkatan dan darjat, dan di dalamnya para ahli al-Quran meraih darjat yang paling tinggi.
Rujukan

سنن أبي داود (2/ 592) (1464)، سنن الترمذي (5/ 35) (2914)، مسند أحمد (11/ 403) (6799)، السنن الكبرى للنسائي (7/ 272) (8002)، معالم السنن (1/290)، تحفة الأحوذي (8/187)، عون المعبود وحاشية ابن القيم (4/ 237).

Hadis ini di HadeethEnc.com

“Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”

عن عُقبة بن عامر الجُهني رضي الله عنه قال: قال رسولُ الله صلَّى الله عليه وسلم: «الجاهِرُ بالقرآن كالجاهِرِ بالصَّدَقَةِ، والمُسِرُّ بالقرآن كالمُسِرِّ بالصَّدَقَة».
Daripada 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”
رواه أبو داود والترمذي والنسائيDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.

Faedah
  1. Merahsiakan bacaan al-Quran adalah lebih afdal, sepertimana merahsiakan sedekah adalah lebih afdal, kerana ia mengandungi keikhlasan dan menjauhkan daripada riya' dan 'ujub, kecuali jika terdapat keperluan dan maslahah untuk menyaringkan bacaan, seperti untuk tujuan mengajar al-Quran.
Rujukan

سنن أبي داود (2/ 494) (1333)، سنن الترمذي (5/ 40) (2919)، سنن النسائي (5/ 80) (2561)، الكاشف عن حقائق السُّنن (5/1688)، شرح أبي داود للعيني (5/238)، تحفة الأحوذي (8/ 191)، التنوير في شرح الجامع الصغير (5/286).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com