عن جندب رضي الله عنه قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ وَهُوَ يَقُولُ «إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللهِ أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدِ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلًا! أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ! إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ».
Daripada Jundub رضي الله عنه, beliau berkata: Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ mengkhabarkan tentang kedudukan baginda di sisi Allah Ta‘ala, dan bahawa ia telah mencapai darjat kecintaan yang tertinggi, sebagaimana yang telah dicapai oleh Nabi Ibrahim AS. Oleh sebab itu, baginda menafikan mempunyai seorang kekasih selain Allah; kerana hati baginda dipenuhi dengan kecintaan, pengagungan dan makrifah kepada Allah Ta‘ala, sehingga tiada lagi ruang di dalamnya untuk sesiapa pun selain Allah. Sekiranya baginda mempunyai seorang khalil daripada kalangan makhluk, pastinya ia adalah Abu Bakar al-Siddiq RA. Kemudian baginda memberi amaran agar tidak melampaui batas dalam kecintaan, seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan-tuhan syirik yang disembah selain Allah, serta mendirikan masjid dan tempat-tempat ibadat di atas kubur mereka. Baginda ﷺ telah melarang umatnya daripada melakukan perbuatan seperti mereka.
Faedah
- Keutamaan Abu Bakar al-Siddiq RA, dan bahawa beliau adalah Sahabat yang paling afdal dan manusia yang paling layak menjadi khalifah Rasulullah ﷺ selepas kewafatan baginda.
- Membina masjid di atas perkuburan merupakan salah satu kemungkaran umat-umat terdahulu.
- Larangan untuk menjadikan kubur sebagai tempat-tempat ibadah di mana solat didirikan di sisinya atau menghadap ke arahnya, dan dibina di atasnya masjid atau kubah, sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam syirik disebabkan perbuatan tersebut.
- Peringatan berkenaan sikap ghuluw (melampau) terhadap orang-orang soleh kerana ia membawa kepada syirik.
- Seriusnya peringatan Nabi ﷺ, kerana baginda telah menekankannya lima malam sebelum kewafatan baginda.
Rujukan
صحيح مسلم (1/ 377) (532).
شرح النووي على مسلم (5/ 13).
الجديد في شرح كتاب التوحيد، لمحمد القرعاوي (ص188).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، لصالح الفوزان (ص172).
Hadis ini di HadeethEnc.comعن العِرْباضِ بن ساريةَ رضي الله عنه قال: قام فينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فوَعَظَنا مَوعظةً بليغةً وَجِلتْ منها القلوبُ، وذَرَفتْ منها العيونُ، فقيل: يا رسول الله، وعظتَنَا موعظةَ مُودِّعٍ فاعهد إلينا بعهد. فقال: «عليكم بتقوى الله، والسمع والطاعة، وإن عبدًا حبشيًّا، وسترون من بعدي اختلافًا شديدًا، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، عَضُّوا عليها بالنواجِذ، وإياكم والأمور المحدثات، فإن كل بدعة ضلالة».
Daripada al-‘Irbad bin Sariyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah berdiri di hadapan kami, lalu baginda menyampaikan suatu nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga hati menjadi takut dan mata menitiskan air mata. Lalu dikatakan: "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah. Oleh itu, berilah kami nasihat. Baginda bersabda:
"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk; gigitlah ia dengan gigi geraham (pegang dengan teguh). Jauhilah perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat."
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
Faedah
- Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
- Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
- Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
- Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
- Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
- Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
- Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
Rujukan
الأربعون النووية (ص: 89) (ح28)، سنن أبي داود (7/ 16) (4607)، سنن الترمذي (4/ 408) (2676)، سنن ابن ماجه (1/ 28) (42)، مسند أحمد (28/ 367) (17142)، تحفة الأحوذي (7/ 366)، عون المعبود وحاشية ابن القيم (12/ 235)، شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 278).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي نَجِيحٍ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ! كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ؛ فَأَوْصِنَا، قَالَ: «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ؛ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ».
Daripada Abu Najih, al-‘Irbadh bin Sāriyyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan nasihat yang begitu menyentuh hati, sehingga hati kami menjadi gementar dan berlinangan air mata. Kami berkata: ‘Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang mahu berpisah, maka nasihatilah kami.’ Baginda bersabda:” “Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah segala perkara yang diada-adakan, kerana setiap bidaah itu adalah sesat.”
رواه أبو داود والترمذيDarjatصحيح
Huraian
Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
Faedah
- Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
- Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
- Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
- Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
- Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
- Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
- Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
Rujukan
الأربعون النووية (ص: 89) (ح28).
سنن أبي داود (7/ 16) (4607).
سنن الترمذي (4/ 408) (2676).
سنن ابن ماجه (1/ 28) (42).
مسند أحمد (28/ 367) (17142).
تحفة الأحوذي (7/ 366).
عون المعبود وحاشية ابن القيم (12/ 235).
شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 278).
Hadis ini di HadeethEnc.com