Nabi ﷺ memberitahu dalam hadis Qudsi bahawa Allah ﷻ berfirman: "Sesiapa yang menyakiti seorang wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku yang dekat dengan-Ku, sehingga dia membuatnya marah dan membencinya, maka Aku memberitahunya dan mengisytiharkan permusuhan terhadapnya." Dan wali itu ialah orang mukmin yang bertakwa, dan sebesar mana keimanan dan ketakwaan seorang hamba, sebesar itu juga bahagian yang diperolehinya dari wilayah (perlindungan dan kasih sayang) Allah. Tidak ada suatu amalan yang seorang Muslim lakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya yang lebih dicintai-Nya daripada amalan yang difardukan dan diwajibkan ke atasnya —dengan menunaikan ketaatan dan meninggalkan larangan— Dan dia terus mendekatkan diri kepada Tuhannya melalui amalan sunat berserta yang wajib, sehingga dia memperoleh cinta Allah. Lalu apabila Allah mencintainya, Dia akan membimbingnya dalam empat anggota badan ini: Allah akan membimbingnya pada pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah. Allah membimbingnya pada perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha menuju ke arah kebaikan. Meskipun demikian, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya apa yang dimintanya, maka doanya dikabulkan. Jika dia berlindung kepada Allah serta memohon perlindungan-Nya, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya.
- Hadis ini merupakan antara hadis yang diriwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Tuhannya, dan dikenali sebagai hadith Qudsi atau ilahi. Lafaz dan maknanya datang daripada Allah, namun dia tidak memiliki ciri-ciri khusus al-Quran yang membezakannya daripada yang lain, seperti dianggap sebagai ibadah dengan membacanya, bersuci kerananya (membacanya), bersifat mukjizat dan cabaran, serta keistimewaan lain.
- Larangan daripada menyakiti para wali Allah dan galakan untuk mencintai mereka serta mengakui kelebihan mereka.
- Perintah supaya memusuhi musuh Allah dan pengharaman bersekutu dengan mereka.
- Sesiapa yang mendakwa sebagai wali Allah dengan tanpa mengikuti syariat-Nya maka dia berdusta dalam dakwaannya.
- Kewalian boleh dicapai melalui pelaksanaan kewajipan dan meninggalkan yang haram.
- Salah satu sebab Allah mencintai hamba-Nya dan mengabulkan doanya ialah dengan melaksanakan amalan sunat selepas menunaikan kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.
- Petunjuk kemuliaan para wali Allah dan tingginya darjat mereka.
صحيح البخاري (8/ 105) (6502). الإفصاح عن معاني الصحاح، ليحيى بن هبيرة (7/ 302). جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم، لابن رجب (2/ 330). عمدة القاري شرح صحيح البخاري، لمحمود بدر الدين العينى (23/ 88). مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، لعلي بن سلطان القاري (4/ 1544). تاج العروس من جواهر القاموس، للزبيدي (17/ 81). شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 59). مجموع فتاوى ومقالات متنوعة، لابن باز(8/ 277).