Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Asceticism and Piety

1 hadis

Bersederhanalah dalam urusan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan bersederhanalah dalam apa yang dimiliki manusia, nescaya manusia akan mencintaimu

عَنْ أَبِي العَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعِدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ، فَقَالَ: «ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللَّهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ».
Daripada Abu al-‘Abbas, Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan, jika aku melakukannya, Allah akan mencintaiku dan manusia juga mencintaiku. Lantas Nabi ﷺ bersabda: "Bersederhanalah dalam urusan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan bersederhanalah dalam apa yang dimiliki manusia, nescaya manusia akan mencintaimu."
رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنةDarjatقال النووي: حديث حسن
Huraian

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ agar diberitahu tentang amalan yang jika dilakukan, Allah mencintainya dan manusia juga mencintainya. Baginda ﷺ menjawab: Allah mencintaimu apabila kamu meninggalkan kelebihan dunia dan apa sahaja yang tidak bermanfaat untuk akhirat, serta menjauhi perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada agamamu. Manusia mencintaimu apabila kamu bersederhana terhadap apa yang mereka miliki dari dunia; kerana secara fitrah, mereka menyukainya, dan sesiapa yang bersaing dengannya, mereka membencinya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya kepada mereka, mereka menyayanginya.

Faedah
  1. Keutamaan zuhud terhadap dunia, iaitu meninggalkan segala perkara yang tidak bermanfaat untuk akhirat.
  2. Zuhud kedudukannya lebih tinggi daripada wara’ kerana wara’ ialah meninggalkan perkara yang mungkin mendatangkan kemudaratan, manakala zuhud ialah meninggalkan perkara yang tidak memberi manfaat di akhirat.
  3. Al-Sindi berkata: “Sesungguhnya dunia itu sesuatu yang dicintai oleh manusia. Maka sesiapa yang berebut dengan mereka di dalamnya, dia akan dibenci oleh mereka sesuai dengan kadar (rebutannya itu). Dan sesiapa yang meninggalkan mereka bersama perkara yang mereka cintai, dia akan dicintai dalam hati mereka sesuai dengan kadar (peninggalannya itu).”
Rujukan

الأربعون النووية (ص118) (ح31). سنن ابن ماجه (5/ 225) (4102). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية (ص73). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين (ص111). الفوائد المستنبطة من الأربعين النووية، للشيخ عبد الرحمن البراك (ص87). الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله بن صالح المحسن (1/61).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com