Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

Manners of Sleeping and Waking Up

1 hadis

Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}

عَنْ ‌عَائِشَةَ رضي الله عنها: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ.
Daripada Aisyah RA: Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}, kemudian baginda menyapu bahagian badannya yang dapat dicapai dengan kedua-dua tangannya, bermula dari kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda melakukan perkara itu sebanyak tiga kali.
رواه البخاريDarjatصحيح
Huraian

Antara sunnah Baginda ﷺ, apabila hendak tidur di pembaringannya, baginda akan menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan mengangkatnya -seperti orang yang berdoa-, lalu meniup ke dalamnya dengan tiupan yang lembut berserta sedikit air liur, dan membaca tiga surah: {قل هو الله أحد}, {قل أعوذ برب الفلق}, dan {قل أعوذ برب الناس}. Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya pada bahagian badannya yang mampu dicapai; bermula dengan kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda mengulangi perbuatan ini tiga kali.

Faedah
  1. Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas sebelum tidur, kemudian menghembus halus dengannya dan mengusap ke seluruh bahagian badan yang mampu dicapai.
Rujukan

صحيح البخاري (6/ 190) (5017)، (7/ 133) (5748)، الكاشف عن حقائق السُّنن (5/1651)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري (20/ 35)، التوضيح لشرح الجامع الصحيح ( 24/ 91)، النهاية في غريب الحديث والأثر (ص 929)، شرح سنن أبي داود لابن رسلان (19/268).

Hadis ini di HadeethEnc.com

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com