“Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.
- Merahsiakan bacaan al-Quran adalah lebih afdal, sepertimana merahsiakan sedekah adalah lebih afdal, kerana ia mengandungi keikhlasan dan menjauhkan daripada riya' dan 'ujub, kecuali jika terdapat keperluan dan maslahah untuk menyaringkan bacaan, seperti untuk tujuan mengajar al-Quran.
سنن أبي داود (2/ 494) (1333)، سنن الترمذي (5/ 40) (2919)، سنن النسائي (5/ 80) (2561)، الكاشف عن حقائق السُّنن (5/1688)، شرح أبي داود للعيني (5/238)، تحفة الأحوذي (8/ 191)، التنوير في شرح الجامع الصغير (5/286).