عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan."
Para sahabat bertanya: "Apakah itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan-perempuan baik yang beriman dan tidak berdosa."
متفق عليهDarjatصحيح
Huraian
Rasulullah ﷺ memerintahkan umatnya untuk menjauhi tujuh jenayah dan maksiat yang membinasakan. Apabila ditanya tentangnya, baginda menjelaskan bahawa ia adalah:
Pertama: Syirik kepada Allah, iaitu dengan menjadikan tandingan dan sekutu bagi-Nya dalam apa jua bentuk, serta melakukan sebarang ibadah kepada selain Allah SWT. Perkara ini dimulakan dengan syirik kerana ia adalah dosa yang paling besar.
Kedua: Sihir – iaitu berupa simpulan, jampi, ubat-ubatan dan asap-asapan – memberi kesan kepada jasad orang yang disihir sehingga menyebabkan kematian atau penyakit, atau memisahkan antara suami isteri. Ia adalah perbuatan syaitan, dan kebanyakannya tidak dapat dilakukan melainkan dengan syirik dan pendekatan kepada roh-roh jahat dengan sesuatu yang disukainya.
Ketiga: Membunuh jiwa yang Allah haramkan pembunuhannya, kecuali dengan alasan syarak yang dilaksanakan oleh pemerintah.
Keempat: Mengambil riba dengan memakannya atau dengan cara-cara pengambilan manfaat yang lain.
Kelima: Memakan harta anak yatim yang belum baligh.
Keenam: Lari dari pertempuran menentang orang-orang kafir.
Ketujuh: Menuduh wanita-wanita merdeka yang suci melakukan zina, demikian juga menuduh kaum lelaki.
Faedah
- Dosa-dosa besar tidak terhad kepada tujuh, dan pengkhususan tujuh ini adalah kerana kebesaran dan bahayanya.
- Keharusan membunuh jiwa sekiranya dilakukan dengan hak seperti qisas, riddah, dan zina muhsan, dan ia dilaksanakan oleh pemerintah yang syar'i.
Rujukan
صحيح البخاري (4/ 10) (2766).
صحيح مسلم (1/ 92) (89).
شرح صحيح البخارى لابن بطال (8/ 489).
الملخص في شرح كتاب التوحيد، للشيخ صالح الفوزان (ص201).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ».
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Antara (tanda) bagusnya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah buat dirinya.”
رواه الترمذي وغيرهDarjatقال النووي: حديث حسن
Huraian
Nabi ﷺ menerangkan bahawa sebahagian daripada (tanda) kesempurnaan baiknya Islam seseorang Muslim dan keutuhan imannya ialah dia menjauhi perkara yang tidak bererti buatnya, tidak berkaitan dengannya, tidak penting baginya, dan tidak memberi manfaat kepadanya, sama ada dalam perkataan, perbuatan, atau hal-hal yang tidak berkaitan dengannya dari segi keagamaan mahupun keduniaan. Seseorang insan yang menyibukkan diri dalam perkara yang bukan urusannya mungkin akan menyibukkannya daripada perkara yang sepatutnya diutamakan atau membawa kepada perkara yang wajib dijauhinya. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalannya pada hari kiamat.
Faedah
- Manusia berbeza-beza dalam tahap keislaman mereka, dan kesempurnaan Islam seseorang bertambah dengan amalan-amalan tertentu.
- Menjauhi perkataan dan perbuatan yang sia-sia atau remeh adalah petunjuk kepada kesempurnaan Islam seseorang.
- Galakan untuk sibuk dengan perkara yang berkaitan dengan kebaikan agama dan dunianya sendiri. Jika sebahagian daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengannya, maka sebahagian kebaikannya juga ialah sibuk dengan perkara yang benar-benar berkaitan dengannya.
- Ibnu al-Qayyim رحمه الله berkata: Nabi ﷺ telah merangkum seluruh konsep wara’ (sikap berhati-hati dan menjauhi yang haram) dalam satu ayat sahaja, iaitu: "Antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya". Maksudnya merangkumi meninggalkan segala yang tidak bermanfaat atau tidak berkaitan, sama ada dari segi perkataan, pandangan, pendengaran, perbuatan, berjalan, pemikiran dan semua gerakan zahir mahupun batin. Inilah satu ungkapan yang lengkap dalam menerangkan sifat wara’.
- Ibnu Rajab berkata: Hadis ini merupakan salah satu asas daripada asas-asas adab.
- Ini mendorong kepada menuntut ilmu, kerana dengan ilmu manusia dapat membezakan antara perkara yang bermanfaat baginya dan yang tidak bermanfaat.
- Perintah untuk berbuat kebaikan, larangan daripada kemungkaran, dan memberi nasihat termasuk perkara yang memberi manfaat kepada seseorang, kerana ia diperintahkan kepadanya.
- Termasuk dalam maksud umum hadis ini ialah menjauhi perkara yang tidak memberi manfaat kepada seseorang, sama ada yang diharamkan oleh Allah ﷻ atau yang dibenci oleh Nabi ﷺ, begitu juga perkara yang tidak diperlukan berkaitan (membincangkan) urusan akhirat, seperti hakikat ghaib, perincian hukum dalam urusan penciptaan makhluk dan urusan pemerintahan, juga seperti menyoal dan mengkaji tentang persoalan perkara yang ditetapkan, dan yang diandaikan tetapi belum berlaku, hampir tidak berlaku, atau mustahil berlaku.
Rujukan
الأربعون النووية (ص: 64) (ح12).
سنن الترمذي (4/ 136) (2317).
سنن ابن ماجه (5/ 118) (3976).
تحفة الأحوذي (6/ 500).
شرح الأربعين النووية للعثيمين (ص: 158).
الرياض الزكية شرح الأربعين النووية للخضير (ص 223).
Hadis ini di HadeethEnc.com