عَنْ أَبِي ذَرٍّ رضي الله عنه: أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ، يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ، قَالَ: «أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ؟ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً، وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ، وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ؟ قَالَ: «أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ؟ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ».
Daripada Abū Zar رضي الله عنه: Sekumpulan sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم berkata kepada Baginda صلى الله عليه وسلم: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah membawa pergi pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.” Baginda bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu sesuatu yang dengannya kamu boleh bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan pada kemaluan salah seorang daripada kamu juga terdapat sedekah.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, adakah apabila seseorang daripada kami mendatangi syahwatnya juga dia akan mendapat pahala daripadanya?” Baginda bersabda: “Tidakkah kamu melihat jika dia meletakkannya pada yang haram, bukankah dia berdosa kerananya? Maka demikian juga apabila dia meletakkannya pada yang halal, dia akan mendapat pahala daripadanya.”
رواه مسلمDarjatصحيح
Huraian
Sebahagian sahabat yang miskin mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang keadaan dan kemiskinan mereka, serta ketidakmampuan mereka untuk bersedekah dengan harta bagi memperoleh pahala yang banyak seperti yang diperoleh oleh saudara-saudara mereka yang berharta dan untuk melakukan kebaikan seperti mereka kerana mereka (yang kaya) bersolat sebagaimana kami bersolat, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka, sedangkan kami tidak mampu bersedekah! Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepada mereka perkara-perkara yang mampu mereka lakukan sebagai sedekah, lalu Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk kamu bersedekah dengannya ke atas diri kamu sendiri?! Sesungguhnya ucapan kamu ‘Subḥānallāh’ adalah pahala sedekah bagi kamu, begitu juga ucapan ‘Allāhu Akbar’ adalah sedekah, ucapan ‘Alḥamdulillāh’ adalah sedekah, ucapan ‘Lā ilāha illallāh’ adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah, bahkan hubungan intim salah seorang daripada kamu dengan isterinya juga adalah sedekah.” Maka mereka pun berasa hairan lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah apabila seseorang daripada kami memenuhi syahwatnya juga dia akan mendapat pahala daripadanya?!” Baginda bersabda: “Tidakkah kamu melihat jika dia meletakkannya pada yang haram seperti zina atau selainnya, bukankah dia berdosa kerananya? Maka demikian juga apabila dia meletakkannya pada yang halal, dia akan mendapat pahala.”
Faedah
- Persaingan para sahabat dalam melakukan kebaikan dan kesungguhan mereka untuk memperoleh ganjaran hebat dan rahmat daripada Allah تعالى.
- Terdapat banyak bentuk amalan kebaikan, dan ia merangkumi setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan niat yang baik dan tujuan yang benar.
- Kemudahan dan kesenangan ajaran Islam, kerana setiap Muslim pasti menemukan sesuatu yang boleh dilakukannya untuk mentaati Allah dengannya.
- Al-Nawawī berkata: “Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa perkara-perkara yang harus boleh menjadi ibadah dengan niat yang ikhlas. Maka hubungan intim menjadi ibadah jika seseorang berniat dengannya untuk menunaikan hak isteri, bergaul dengannya dengan cara yang baik sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah تعالى, atau untuk mendapatkan anak yang soleh, atau untuk memelihara kehormatan diri sendiri atau isterinya dan mencegah daripada melihat perkara haram, atau memikirkan tentangnya, atau berniat untuk melakukannya, atau selain itu daripada tujuan-tujuan yang baik.”
- Memberikan perumpamaan dan qiyas agar ia lebih jelas dan lebih memberi kesan dalam jiwa pendengar.
Rujukan
صحيح مسلم (2/ 697) (1006).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين، لسليم الهلالي (1/ 201).
شرح رياض الصالحين، لابن عثيمين (2/ 161).
كنوز رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (3/ 31).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين، لمجموعة من الباحثين (1/ 150).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ، فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ، قَالَ: «لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ».
Daripada ʿAbdullāh bin Busr رضي الله عنه bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam telah banyak bagiku, maka beritahulah kepadaku satu perkara yang boleh aku berpegang teguh padanya.” Baginda bersabda: “Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya.
Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.
Faedah
- Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.
- Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.
- Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.
- Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.
- Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.
Rujukan
سنن الترمذي (5/ 388) (3375).
سنن ابن ماجه (4/ 707) (3793).
مسند أحمد (29/ 226) (17680).
جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم، لابن رجب الحنبلي (2/ 510).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص104).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للنووي وابن رجب (ص154).
الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله بن صالح المحسن (ص93).
Hadis ini di HadeethEnc.comعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهِ عَنْهُ قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا، فَبَابٌ نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ؟ قَالَ: «لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ».
وفي رواية: مِنْ حَدِيثِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: آخِرُ مَا فَارَقْتُ عَلَيْهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ قُلْتُ: أَيُّ الأَعْمَالِ خَيْرٌ وَأَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطْبٌ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ».
Daripada Abdullah bin Busr رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah menjadi banyak bagi kami, adakah wujud satu pintu yang dapat kami pegang?” Nabi ﷺ bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.” Dalam sebuah riwayat daripada Mu‘ādh bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Perkara terakhir sekali saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebelum berpisah: “Apakah amalan yang paling baik dan paling hampir kepada Allah?” Baginda ﷺ menjawab:
“Engkau mati dalam keadaan lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah Ta‘ālā.”
رواه أحمد والترمذي وابن ماجه وابن حبانDarjatصحيح
Huraian
Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya.
Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.
Faedah
- Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.
- Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.
- Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.
- Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.
- Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.
Rujukan
سنن الترمذي (5/ 318) (3375).
سنن ابن ماجه (4/ 707) (3793).
مسند أحمد (29/ 226) (17680).
جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم، لابن رجب الحنبلي (2/ 510).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص104).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين، للنووي وابن رجب (ص154).
الأحاديث الأربعون النووية وعليها الشرح الموجز المفيد، لعبد الله بن صالح المحسن (ص93).
Hadis ini di HadeethEnc.com