Langkau ke kandungan
Hadis dengan huraian

“Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan, dan sesungguhnya dusta itu adalah keraguan.”

عَنْ أَبِي الحَوْرَاءِ السَّعْدِيِّ قَالَ: قُلْتُ لِلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ رضي الله عنهما: مَا حَفِظْتَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ، فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ، وَإِنَّ الكَذِبَ رِيبَةٌ».
Daripada Abu al-Hawra’ al-Sa‘di berkata: Aku berkata kepada al-Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما: “Apakah yang engkau hafal daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?” Beliau menjawab: “Aku telah menghafal daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم: ...” “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan, dan sesungguhnya dusta itu adalah keraguan.”
رواه الترمذي والنسائي وأحمدDarjatصحيح
Huraian

Nabi ﷺ memerintahkan agar meninggalkan perkara yang engkau ragui dari segi perkataan dan perbuatan – sama ada ia dilarang atau tidak, haram atau halal – dan beralih kepada perkara yang tidak diragui, yang engkau yakin akan kebaikan dan kehalalannya. Sesungguhnya hati akan merasa tenang dan tenteram dengannya, sedangkan perkara yang meragukan akan membuat hati gelisah dan resah.

Faedah
  1. Seorang Muslim hendaklah membina urusannya atas keyakinan dan meninggalkan perkara yang diragukan, serta jelas dan faham tentang agamanya.
  2. Larangan daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syubhah (yang samar hukumnya).
  3. Jika engkau menginginkan ketenangan dan kerehatan, maka tinggalkan perkara yang meragukan dan lemparkan ia ke tepi.
  4. Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya apabila Dia memerintahkan mereka dengan perkara yang mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran, serta melarang mereka daripada perkara yang menimbulkan keresahan dan kebingungan.
Rujukan

سنن النسائي (8/ 327) (5711). سنن الترمذي (4/ 286) (2518). مسند أحمد (3/ 248) (1723). التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص29). شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص153). فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين للنووي وابن رجب (ص56).

Hadis ini di HadeethEnc.com
Divergence and Preponderance

Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com