Daripada Abu al-Hawra’ al-Sa‘di berkata: Aku berkata kepada al-Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما: “Apakah yang engkau hafal daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?” Beliau menjawab: “Aku telah menghafal daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم: ...” “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan, dan sesungguhnya dusta itu adalah keraguan.”
رواه الترمذي والنسائي وأحمدDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ memerintahkan agar meninggalkan perkara yang engkau ragui dari segi perkataan dan perbuatan – sama ada ia dilarang atau tidak, haram atau halal – dan beralih kepada perkara yang tidak diragui, yang engkau yakin akan kebaikan dan kehalalannya. Sesungguhnya hati akan merasa tenang dan tenteram dengannya, sedangkan perkara yang meragukan akan membuat hati gelisah dan resah.
Faedah
Seorang Muslim hendaklah membina urusannya atas keyakinan dan meninggalkan perkara yang diragukan, serta jelas dan faham tentang agamanya.
Larangan daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syubhah (yang samar hukumnya).
Jika engkau menginginkan ketenangan dan kerehatan, maka tinggalkan perkara yang meragukan dan lemparkan ia ke tepi.
Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya apabila Dia memerintahkan mereka dengan perkara yang mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran, serta melarang mereka daripada perkara yang menimbulkan keresahan dan kebingungan.
Rujukan
سنن النسائي (8/ 327) (5711).
سنن الترمذي (4/ 286) (2518).
مسند أحمد (3/ 248) (1723).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص29).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص153).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين للنووي وابن رجب (ص56).
Daripada Abu Muhammad, al-Hasan bin Ali bin Abi Talib – cucu Rasulullah ﷺ dan pewaris harumannya – beliau berkata: “Aku telah menghafal daripada Rasulullah ﷺ: " Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu."
رواه الترمذي والنسائيDarjatصحيح
Huraian
Nabi ﷺ telah memerintahkan supaya meninggalkan perkara-perkara yang diragui, sama ada dalam ucapan atau amalan, tentang hukumnya sama ada terlarang atau tidak, haram atau halal dan memfokuskan kepada perkara yang tidak diragui lagi, iaitu yang telah diyakini kesahihannya dan kehalalannya.
Faedah
Seorang Muslim hendaklah membina urusannya atas keyakinan dan meninggalkan perkara yang diragukan, serta jelas dan faham tentang agamanya.
Larangan daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syubhah (yang samar hukumnya).
Jika engkau menginginkan ketenangan dan kerehatan, maka tinggalkan perkara yang meragukan dan lemparkan ia ke tepi.
Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya apabila Dia memerintahkan mereka dengan perkara yang mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran, serta melarang mereka daripada perkara yang menimbulkan keresahan dan kebingungan.
Rujukan
سنن النسائي (8/ 327) (5711).
سنن الترمذي (4/ 286) (2518).
مسند أحمد (3/ 248) (1723).
التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثًا النووية، لإسماعيل الأنصاري (ص29).
شرح الأربعين النووية، لابن عثيمين (ص153).
فتح القوي المتين في شرح الأربعين وتتمة الخمسين للنووي وابن رجب (ص56).
Setiap hadis, darjat, huraian dan faedah di sini dipaparkan tepat seperti yang diterbitkan oleh HadeethEnc.com, mengikut syarat penerbitan semulanya. Darjat itu tidak menamakan siapa yang menilainya. Terjemahan dan huraian adalah milik pengarangnya sendiri, dan sebahagiannya menyatakan hukum; penyemak Sabīl belum menelitinya. Hadis berbahasa Arablah teksnya. Sumber: HadeethEnc.com